Tuesday, 29 December 2015
tasawuf&tazkirah
Wahai hambaKU! AKU merasakan kepadamu sedikit daripada hal mereka itu, sesungguhnya mereka itu tiada daya-upaya dan kekuatan melainkan dengan rahmat dan pertolonganKU semata-mata, maka engkau pandanglah mereka itu dengan merasai ketiadaan daya-upaya dan kekuatanmu melainkan dengan rahmat dan pertolonganKU semata-mata....
Kasyaf(keramat) paling besar itu adalah melihat keaiban, kekurangan dan kebodohan diri dan melihat dustanya diri dengan Tuhan. Mengenali diri sendiri itu lebih baik daripada mengenali seribu Wali, maka tangisilah dirimu yg masih dusta dan jauh dripada Tuhanmu!
[EMPAT PENDENGARAN]
Guru Mulia Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz pernah berkata, bahawasanya manusia itu terdapat 4 pendengaran. 4 jenis orang dengan empat jenis pendengaran berbeza.
Dan ketahuilah, dengan pendengaran kita akan mengetahui apa yang kita akan lakukan. Sungguh semua kebaikan itu terletak di mana? Di pendengaran kita.
Pendengaran pertama adalah pendengaran Abu Jahal. Pendengaran ini adalah bilamana diberi peringatan, masuk dari telinga kanan akan keluar dari telinga kiri. Hatinya berada dalam keadaan keras. Tak boleh nak terima peringatan daripada sesiapa lagi.
Muhasabahlah, dengar dan muhasabah.
Adakah kita dalam golongan sebegitu? kita telah banyak menghadiri Majlis demi Majlis, Mawlid demi Mawlid, khutbah jumaat demi khutbah jumaat, berzikir demi berzikir. Adakah kita orang yang hanya sekali lalu yang masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri? Ini jenis pendengaran orang pertama. Orang sebegini tidak dapat mengambil manfaat apa-apa.
Pendengaran yang kedua adalah orang itu hadir dalam majlis seperti sebegini. Telah mendengar dan telah masuk cahaya ke dalam telinganya, dan masuk ke dalam hatinya.
Dia merasakan sedap. Dia merasakan peringatan itu "MasyaAllah, tukang pencaramah ini Bagus, Mumtaz!". Zaman sekarang begitu banyak orang yang mencari penceramah yang paling lawak untuk dia dengar dan dipujinya. Ceramah ini bagus, menghidupkan. Lebih baik daripada dia duduk di rumah, tengok tv, tengok wayang dan sebagainya. Lebih baik dia duduk di majlis sebegini. Dia tengok ustaz mengajar dalam keadaan ketawa dan sebagainya.
Jenis orang yg kedua, peringatan masuk ke dalam hati tetapi dia tiada niat untuk mengamalkan apa yang dia dengar. Maka terhenti disitu. Yang penting itu ilmu, tetapi jika tidak diamalkan, ianya adalah perkara tidak benar. Betul majlis sebegini mempunyai kelebihan yang banyak. Diberi keampunan daripada الله سبحانه و تعالى dan sebagainya. Tetapi hasil daripada majlis seperti ini perlu ada. Adakah hanya duduk disini dengar sedapnya ceramah dan selepas itu keluar, habis. Inilah pendengaran yang kedua. Dirinya tidak mengambil manfaat yang banyak.
Pendengaran yang ketiga. Masuk di dalam majlis, duduk bersama-sama dan mendengar, penuh adab. Duduk dalam penuh adab. Kerana apa? Bilamana duduk tidak betul, pendengaran susah nak masuk ke dalam hati. Pandang kanan, pandang kiri, pandang handphone dan sebagainya. Ilmu susah nak masuk ke dalam hati.
Maka dia duduk dengan betul, beradab dan berakhlak dalam majlis kerana inginkan sesuatu faedah kepada hatinya. Kerana dia tahu kehidupan ini adalah sementara. Jadi orang yang ketiga, dia duduk dalam majlis sebegini dan cahaya orang yang memberi peringatan masuk ke dalam telinganya, masuk ke dalam hatinya. Dia berniat nak mengamalkan apa yang didengarinya.
Niat dah ada, bagus! Tapi disebabkan bukan kebiasaan dia, apabila dia nak buat perkara sunat, dia rasa tak sedap nak buat amalan tersebut akibat kata-kata orang dan ianya bukanlah kebiasaan bagi dirinya. Sehingga syaitan berjaya buat dia meninggal segala perkara sunat dan merasa cukuplah dengan hanya buat perkara yang fardhu. Terhenti di situ. Niat dah hadir, tapi amalnya terhenti di situ. Akibat hasutan daripada syaitan dia berhenti di situ. Orang ini belum dapat hidayat yang betul.
Tapi pendengaran yang keempat mendapat faedah yang terbesar. Mereka akan mengambil faedah yang betul-betul berfaedah. Dia datang ke majlis sebegini, dia beradab dan mendengar peringatan yang disampaikan. Merasakan peringatan yang diterima bukan datang daripada pendakwah, tetapi datangnya daripada الله سبحانه و تعالى . Dia merasakan ingin memperbetulkan dirinya.
Dia berkata sediri,"Siapapun yang berada di hadapan, aku ingin betulkan diri aku, aku ingin bersihkan hati aku. Hati aku semakin keras & banyaknya maksiat telah aku lakukan. Aku duduk di majlis ini aku mahukan peringatan".
Maka masuk peringatan tersebut ke dalam hatinya kerana peringatan itu bercahaya dan selepas itu dia pun berniat mahu beramal. Selepas keluar daripada majlis dia bertaubat kepada الله سبحانه و تعالى dan beramal dengan apa yang dia dengar. Dia merasakan apa yang dia inginkan adalah perkara yang agung. Amalan adalah perkara yang agung dan besar. Jadi dia tidak akan mahu kotorkan amalannya dengar sifat Kibir, Riak, sombong dan berasa malu beribadah kerana manusia. Dia tidak peduli apa yang orang lain cakap. Bila nak berzikir dia berzikir, Bila dia nak solat dia solat. Dia nak jadi hamba الله سبحانه و تعالى . Bukan hamba manusia. Orang seperti begini akan merasakan kelazatan dalam beribadah.
Zaman sekarang kita telah tahu sedapnya rasa makanan, minuman dan sebagainya. Kelazatan yang zahir. Tetapi hati kita sebetulnya boleh dapat kelazatan yang lebih tinggi jikalaulah dia boleh merasa. Cinta bila sesama manusia, kita boleh rasa sedap di dalam hati kita kan? Dalam ibadah juga ada kelazatannya yang boleh dinikmati.
Berselawat kepada رسول الله صلى الله عليه وسلم punyai kelazatan. Berzikir dan tasbih punyai kelazatan. Istighfar juga punyai kelazatan.
Tetapi kita tidak dapat merasakannya. Sungguh kasihan. Tanyalah dengan diri sendiri. Adakah kita pernah rasa atau tidak rasa? Adakah kita redha dengan keaadan kita yg telah berumur berpuluhan tahun tapi tak pernah merasakan kelazatan ini seumur hidup?
Sungguh rugi.Sungguh rugi.
[AL-HABIB NAEL BIN ALI BIN THOHIR HAFIDZOHULLAH]
MARI MEMBERSIHKAN DIRI SEBELUM TERLAMBAT...
Syekh Ibnu ‘Atha’illah mengatakan:
“Siapa saja yang mencintai dunia dengan hatinya, maka ia bagaikan orang yang mendirikan bangunan yang indah, namun tandas di atasnya terus menerus menitisinya. Keadaannya tetap seperti itu hingga bahagian luarnya tampak seperti bahagian dalamnya.
Di antara mereka ada yang selalu membersihkan diri sehingga hatinya tetap putih bersih. Cara membersihkannya adalah dengan taubat, dzikir, menyesal dan beristigfar. Begitu pula dirimu ketika berada di hadapan Allah SWT. Keadaanmu kotor akibat maksiatyang selalu kau lakukan. Engkau memakan yang haram dan melihat segala sesuatu yang terlarang. Barangsiapa melakukan pelanggaran dan mengikuti syahwat, hatinya akan menjadi gelap. Jika ia tidak bertaubat di saat sehat, boleh jadi ia diuji dengan berbagai penyakit dan ujian sehingga keluar dari dosa laksana pakaian saat dicuci.”
--Syekh Ibnu ‘Atha’illah dalam Taj Al-‘Arus
~Ilmu Dan Rasa Takut Kepada Allah~
Ketika ilmu mengkhabarkan kepada mereka tentang kebenaran dan ternyata hawa nafsunya tidak menyukainya maka dia pun lebih mengutamakan selera hawa nafsunya dan mencampakkan ilmunya. Inilah bencana yang menimpa golongan orang yang berilmu!
Oleh sebab itu Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu’anhu berkata, “Bukanlah ilmu itu dengan banyaknya riwayat, akan tetapi hakekat ilmu itu adalah khasyyah/rasa takut kepada Allah.” [Al-Fawa’id, hal. 142].
Beliau juga mengatakan, “Cukuplah rasa takut kepada Allah bukti keilmuan, dan cukuplah ketertipuan diri kerana kemurahan Allah sebagai bentuk kebodohan.” [Al-Iman, hal. 22]
#Ezz, 28/12/2015.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment