Thursday, 17 December 2015
tazkirah&selawat
Ilmu-yakin iaitu ilmu yg melalui pengkhabaran daripada Nabi, ulamak dan kitab-kitab.
Ainul-yakin iaitu ilmu yg telah terbuka, terungkap, terasa, merasai dzaukiyah, iaitu hasil daripada ibadat, zikrullah dan mujahadah tetapi belum wasil.
Hakkul-yakin iaitu yakin yg sebenar-benar daripada Allah secara langsung tampa orang tengah, iaitu ilham ketuhanan, kenal Allah dengan Allah iaitu makrifatullah yg sebenar bagi orang yg Wasil.
Doa Pagi /Petang
سُبْحَانَ اللَّهِ 100
الْحَمْدُ لِلَّهِ 100
لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ 100
اللَّهُ أَكْبَرُ 100
Subhanallah 100X
Al HAMDULILLAAH 100X
LAA ILAAHA ILLALLAAH 100X
ALLAAHU AKBAR 100X
Cara Membaca:
Dibaca Pagi dan Petang
Keutamaan:
Barangsiapa yang bertasbih kepada Allah sebanyak seratus kali pada pagi hari dan seratus kali pada petang hari maka ia seperti orang yang seratus kali haji. Barangsiapa bertahmid kepada Allah seratus kali pada pagi dan petang hari maka ia seperti membawa seratus kuda di jalan Allah, atau orang yang berperang seratus peperangan. Dan barangsiapa yang bertahlil kepada Allah sebanyak seratus kali pada pagi hari dan seratus kali pada petang hari maka ia seperti orang yang memerdekakan budak dari anak Ismail, dan barangsiapa yang bertakbir kepada Allah sebayak seratus kali pada pagi hari dan seratus kali pada petang hari maka tidak ada orang pada hari itu yang membawa lebih banyak daripada apa yang ia bawa kecuali orang yang mengucapkan seperti itu atau lebih banyak lagi dari apa yang ia ucapkan.
Sumber:
H.R. Tirmidzi 3471
حسن غريب - الألباني: منكر
Kemuliaan Mukmin Yang Banyak Berzikir Kepada Allah Ta'ala.
Rasulullah SAW bersabda: Perumpamaan orang yang berzikir kepada Allah dengan orang yang tidak berzikir kepada Allah adalah sepertimana orang yang hidup dengan orang yang mati. (HR Bukhari dan Muslim)
Dari Abdullah bin Busrin r.a meriwayatkan bahawa ada seorang lelaki berkata kepada baginda Rasulullah SAW: Ya Rasulullah, Sesungguhnya syariat Islam telah banyak (yang semestinya kami amalkan tetapi) berikanlah kepadaku satu amal supaya tetap menjadi amalanku. Baginda SAW bersabda: Janganlah putus-putus lidah kamu basah dari mengingati Allah SWT. (HR Tirmizi)
Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya : "Sesungguhnya Allah Ta’ala tidak melihat rupa paras dan harta-harta kamu, Akan tetapi Allah Ta’ala melihat hati kamu dan amalan-amalan kamu. (HR Muslim)
Bismillahirrahmanirrahim
Sekadar berbagi
Semoga bermanfaat dan dimanfaatkan
42 RAHSIA DAHSYATNYA SELAWAT NABI...
Syekh Abdul Qadir Al-Jailani, Qaddasallah Sirrahu,
memberi nasihat:
“Ketahuilah membaca selawat kepada Nabi Muhammad SAW adalah salah satu ibadah paling mulia, bentuk ketaatan paling luhur, ibadah yang paling tinggi nilainya yang diperintahkan Allah SWT kepada kita, sebagai bentuk penghormatan, pemuliaan dan pengagungan terhadap derajat beliau. Orang yang membaca selawat dijanjikan akan mendapatkan tempat paling indah di akhirat dan pahala paling besar.
Membaca selawat adalah amal perbuatan yang menyelamatkan, ucapan paling utama, ibadah yang menguntungkan, mengandung barokah paling banyak, dan ahwal yang paling kukuh.
Dengan membaca selawat, seorang hamba dapat meraih keredhaan Tuhan yang Maha Penyayang. Memperoleh kebahagiaan dan restu Allah SWT, barokah-barokah yang dapat dipetik, doa-doa yang terkabulkan, bahkan dia dapat naik ke tingkatan derajat yang lebih tinggi, serta mampu mengubati penyakit hati,dan diampuni dosa-dosa besarnya.
Allah SWT berfirman:
إِنَّ اللَّهَ وَ مَلَئكتَهُ يُصلُّونَ عَلى النَّبىِّ يَأَيهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا صلُّوا عَلَيْهِ وَ سلِّمُوا تَسلِيماً
“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada Nabi; wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya dan ucapkan salam kepadanya.” (QS Al-Ahzab [ 33]: 56)
Dalam Kitab As-Safinah Al-Qadiriyah,
Syekh Abdul Qadir Al-Jailani menjelaskan tentang keutamaan-keutaman berselawat kepada Rasulullah SAW dengan merujuk apa yang telah diriwayatkan oleh Ibnu Furhan dalam kitab Haqa’iq Al-Anwar.
Beliau menyebut 42 keutamaan dan keuntungan berselawat kepada Nabi.
Menurutnya, Membaca selawat kepada Nabi membuahkan banyak faedah yang boleh dipetik oleh seorang hamba:
1. Berselawat untuk Nabi berarti melaksanakan perintah Allah SWT.
2. Berselawat untuk Nabi berarti meniru Allah yang berselawat kepada Nabi.
3. Berselawat untuk Nabi berarti meniru malaikat-malaikat-Nya yang berselawat kepada Nabi.
4. Mendapat balasan 10 kali lipat selawat dari Allah SWT untuk diri kita pada setiap selawat yang kita ucapkan.
5. Allah akan mengangkat derajat orang yang membaca selawat 10 tingkat lebih tinggi..
6. Mendapat 10 catatan kebaikan.
7. Allah SWT menghapuskan 10 dosa keburukan.
8. Berpeluang besar doanya akan dikabulkan Allah SWT.
9. Selawat adalah syarat utama mendapat syafaat dari Rasulullah SAW.
10. Selawat adalah syarat untuk mendapat ampunan Allah dan akan ditutup segala aib.
11. Selawat adalah syarat untuk memperoleh perlindungan dari segala hal yang ditakutinya.
12. Selawat adalah syarat seseorang dapat dekat kepada Rasulullah SAW.
13. Nilai selawat sama dengan nilai sedekah.
14. Selawat adalah alasan bagi Allah dan para malaikat untuk membacakan selawat balasan.
15. Selawat adalah syarat kesucian jiwa dan raga bagi pembacanya.
16. Terpenuhinya segala keinginan.
17. Selawat adalah alasan seseorang mendapat khabar baik bahawa dirinya kelak akan memperoleh syurga.
18. Selawat adalah faktor memperoleh keselamatan di Hari Kiamat.
19. Selawat adalah alasan bagi Rasulullah SAW untuk mengucapkan selawat balasan.
20. Selawat dapat membuat pembacanya teringat akan semua hal yang dilupakannya.
21. Selawat dapat membuat harumnya sebuah majelis pertemuan dan orang-orang yang hadir tidak mendapat kerugian di Hari Kiamat kelak.
22. Selawat dapat menghilangkan kemiskinan dan kefakiran bagi pembacanya.
23. Selawat dapat menghapus jolokan orang kikir ketika selawat dibacakan.
24. Selawat menjadi penyelamat dari doa ancaman Rasulullah bagi orang yang membaca selawat ketika namanya disebutkan.
25. Selawat akan mengiringi perjalanan pembacanya kelak di atas jambatan menuju syurga dan akan menjauh dari orang yang tidak membacanya.
26. Selawat akan menghilangkan keburukan-keburukan di suatu majelis pertemuan yang tidak dimulai dengan menyebut nama Allah dan Rasul-Nya.
27. Selawat adalah penyempurna pahala dari sebuah percakapan yang dimulai dengan menyebut nama Allah dan membaca selawat kepada Rasul-Nya.
28. Selawat adalah faktor yang dapat menyelematkan seorang hamba ketika berada di atas jembatan menuju surga.
29. Selawat menghapus status sebagai pembenci selawat.
30. Selawat adalah alasan bagi Allah untuk mengumumkan pujian baiknya kepada pembaca selawat tersebut di hadapan semua makhluk, baik di bumi maupun di langit.
31. Selawat dapat mendatangkan rahmat Allah.
32. Selawat dapat mendatangkan berkah.
33. Selawat dapat mempertebal cinta kepada Rasulullah SAW dimana cinta ini merupakan simpul pokok keimanan.Dan, keimanan seseorang belum sempurna tanpa adanya cinta kepada Nabi.
34. Selawat dapat memikat hati Rasulullah agar mencintai dirinya.
35. Selawat mendatangkan hidayah dan menghidupkan hati yang telah mati.
36. Selawat adalah syarat agar nama pembacanya disebut-sebut di hadapan Rasulullah SAW.
37. Selawat dapat memantapkan iman dan Islam serta membacanya sama dengan memberi hak yang layak diterima oleh Rasulullah SAW.
38. Selawat merupakan bentuk syukur kita atas segala nikmat dari Allah SWT.
39. Bacaan selawat mengandung dzikir, syukur dan pengakuan atas nikmat Allah SWT.
40. Selawat yang dibaca seorang hamba adalah bentuk doa dan permohonan kepada Allah, terkadang doa itu dipersembahkan kepada Nabi SAW dan tak jarang pula untuk dirinya sendiri, kerana selawat dapat mendatangkan tambahan pahala.
41. Selawat adalah buah yang paling manis dan faedah paling utama yang dapat didatangkan dari pembacaan selawat atas Nabi adalah melekatnya gambaran seorang Nabi yang mulia di dalam jiwa pembacanya.
42. Memperbanyak bacaan selawat atas Nabi SAW menjadikan dirinya satu tingkatan dengan derajat seorang Syeikh Murabbi (guru spiritual).
--As-Safinah Al-Qadiriyah Li Asy-Syaikh ‘Abd Qadir Al-Jailani Al-Hasani
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment