Saturday, 26 December 2015

Tasawuf hakikat&tazkirah


Seorang Alim ketika ilmunya bertambah maka ia semakin tawadu' menerima kebenaran dari orang lain dan lemah lembut dr orang lain.Tetapi orang yg pura-pura alim, semakin berlajar justru menjadikannya semakin terpedaya, membuatnya fanatik terhadap pendapatnya dan keras dengan orang yang tidak sependapat dengannya.

Nasihat Ulamak

Al-Kahf:14 - Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

" Jangan bayangkan ikhlas itu mudah dan ringan utk dikerjakan .Ikhlas merupakan sesuatu yang sulit , namun mudah bagi mereka yang dimudahkan Allah SWT.Seorang muslim senantiasa bersungguh-sungguh dengan berlatih keras untuk ikhlas hanya kepada ALLAH SWT."

Manusia ni ada 3 jenis...jenis gi dengar..jenis gi menadah kitab..jenis gi menuntut.Pakat sama-sama tiliklah agak2 dok kategori mana.

Wahai si jahil...wajin atas mu menuntut ilmu dari sumber yg shahih..dr ktb ulama yg muktabar.agar sejahtera akidah mu


RINGKASAN DARI AMANAT SAORANG ALIM SEMPENA BULAN MAWLID NABI  1437H ﷺ



Matlamat yang terpenting bagi kita (ummat Islam) ialah memahami bagaimana hendak mendirikan kehidupan kita atas Manhaj Nubuwah (Perjalanan Kenabian) lantas menjadikan kehidupan ini seperti insan yang diingati pada bulan ini iaitu penghulu sekalian warga dunia dan akhirat: Rasulullah ﷺ.

Ramai dari kalangan ummat ini hidup dalam keadaan huru-hara di mana tanggapan masyarakat terhadap agama Islam telah dipesongkan sekaligus menjadi penghalang bagi mereka yang bukan Islam untuk memahami dan memeluk agama Islam. Oleh itu, tugas kita sekarang ialah untuk kembali mengasaskan diri kita atas hakikat Islam. Bagi mencapai matlamat tersebut, kita perlu menterjemahkan Islam dengan terjemahan yang terbaik, dan meninggalkan segala persaingan sesama kita, ketaksuban dan meninggi-ninggikan diri (melebihi yang lain).

Seorang Muslim perlu berusaha untuk memperbaiki hubungannya dengan setiap lapisan masyarakat termasuk jiran tetangga dan teman sepejabat di dalam rangka menjawab segala cacian dan tohmahan terhadap agama Islam. Dengan usaha membaiki akhlak secara menyeluruh, akan tertolak segala tuduhan para musuh Islam disebabkan tuduhan mereka berbeza dengan akhlak mulia seorang Muslim yang dikenali masyarakat umum. Mereka yang memusuhi Islam akan tetap berusaha memadamkan cahaya Allah dengan kata-kata mereka namun Allah sediri Maha Memelihara akan cahayaNya sebagaimana yang termaktub dalam Surah as-Saf ayat 8:



يُرِيدُونَ لِيُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَاللَّهُ مُتِمٌّ نُورَه



Maksud: Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya.



dan surah at-Taubah ayat 32:



يُرِيدُونَ أَن يُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَيَأْبَى اللَّهُ إِلَّا أَن يُتِمَّ نُورَهُ



Maksud: Mereka hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya.



Seorang Muslim diingatkan agar tidak menyinggung orang lain, memberikan kesempatan untuk orang lain bertindak biadab dan kasar terhadap Islam. Seorang Muslim sepatutnya menjadi duta agama yang cemerlang dengan tidak menghiraukan serangan oleh pihak media di samping memberikan tumpuan terhadap perkara-perkara yang dituntut oleh Allah. Mereka sepatutnya mengelakkan diri daripada saling berdebat kerana ini merupakan pintu kepada kesesatan.



Terdapat larangan yang jelas dalam beberapa ayat Al Qur’an untuk berdebat kecuali dengan cara yang terbaik. Hendaklah kita mengetahui apakah cara yang terbaik itu agar kita dapat menyibukkan diri kita – bukan semata-mata untuk menegakkan kebenaran – tetapi juga dengan jalan yang diredhai Allah. Allah swt menyukai kita menyibukkan diri dengan beribadah kepadanya seperti penyucian hati dan tadabbur ayat-ayat suci Al Qur’an. Antara hikmah yang terbesar tentang kesusahan dan ujian yang datang adalah agar hamba itu tunduk merendah diri dan merasa kecil di hadapan Allah, kerana kalau tidak begitu nescaya hati akan menjadi keras dan terpedaya dengan hiasan syaitan. Maka sibukkanlah diri sesuai dengan keredhaan Allah.



Oleh kerana itu, kita wajib menjaga adab dengan Allah dengan melaksanakan perkara yang mendatangkan kecintaan Allah seperti berbakti kepada ibu bapa, menghubungkan silaturrahim, mendidik anak-anak, menyantuni tetangga, membantu mereka yang memerlukan dan menambah pengetahuan dalam ilmu syariat. Semua ini mendatangkan keredhaan Allah kerana manfaat zahir dan batin yang diperolehi sekelian hamba Allah daripa usaha-usaha tersebut. Semua usaha ini semestinya berpaksikan kemahuan untuk menjalinan ikatan dengan Allah dan RasulNya ﷺ dan bukan tujuan yang selainnya.


Nur muhammad adalah makhkuk yg dijadikan yg bersifat baharu bukan qodim...
Bukan pecahan...bukan satu juzuk dari zat Allah Taala krn Allah Taala bkn lah jisim yg boleh di bahagi2kan di pecah2 kan.

Brg siapa yg menyembah nur muhammad atau ruh sama lah seperti org yg menyembah makhluk yg kena jadi....

Barang siapa yg memyembah nur muhammad samalah sprti si kafir yg memyembah berhala...

Jaga2 oleh mu hai saudaraku fillah...ambillah ilmu dari mursyid murobbi yg sebenar...


Barang siapa yg berittiqod nur muhammad dan ruh itu qodim sesungguhnya dia telah kafir dgn syariat yg di bawa oleh Rasulullah s a w.
Wallahu alam.

Wassalam


~ - HAKIKAT SYAHADAH -
Inilah satu risalah yg telah dibukakan bagiku pintu yg memberi faham didalam Sir akalku daripada Allah Azza Wajalla....

Wahai hambaKU!
Dengan namaKU yg bersifat Ar-Rahman dan yg bersifat Ar-Rahim. Segala puji itu bagiku, Tuhan Pencipta sekalian alam. Bahawa sesungguhnya AKU ALLAH, tiada Tuhan yg disembah dengan sebenar-benar melainkan AKU. Dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu adalah hambaKU dan RasulKU kepada sekalian makhluk.
AKU-lah Zat yg Wajibul-Wujud Pencipta sekalian alam. AKU-lah Zat yg Maha Tunggal, SediaKU tiada awal permulaan, KekalKU tiada akhir kesudahan.AKU Maha Hidup dan Berdiri AKU SendiriKU, tiada sekutuKU sesuatu. AKU-lah Zat yg Maha Esa, Maha Kuasa dan Maha IradatKU diatas segala sesuatu. AKU-lah As-Shomad, tempat tumpuan hajat sekalian makhlukKU.
AKU tiada beranak dan tiada yg memperanakkan bagiKU. AKU Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu yg ghaib dan yg nyata, dan segala ilmu adalah IlmuKU. AKU Maha Mendengar lagi Maha Melihat akan tiap-tiap sesuatu. AKU-lah Zat yg Berkata-kata,  sifat KalamKU kekal adaNya dan bahawasanya AKU telah pun berkata-kata dan sedang berkata-kata dan lagi akan berkata-kata dengan para hamba pilihanKU selama-lamanya.
AKU bukanlah roh dan roh itu bukanlah AKU, sesungguhnya roh itu ciptaanKU dan cermin tempat kenyataan WujudKU. Mahasuci AKU daripada menyamai, Mahasuci AKU Tuhan Yg Maha Besar, Mahasuci AKU Tuhan Yg Maha Tinggi daripada sesuatu. Mahasuci AKU daripada pihak dan arah, Mahasuci AKU daripada berbentuk dan berupa yg kasar atau yg halus, Mahasuci AKU daripada dikandung dalam sesuatu atau diluar sesuatu, AKU tiada bertempat didalam ruang, dan AKU tiada suara yg berbunyi dan tiada berhuruf, dan tiada AKU cahaya dan tiada AKU kilauan, warna dan getaran.
Mahasuci AKU daripada disifatkan akan ZatKU, Mahasuci AKU daripada dibatasi AKU oleh sesuatu, Mahasuci AKU daripada dapat dilihat oleh segala mata dan Mahasuci AKU daripada dapat dipandang oleh segala akal. Mahasuci AKU dan Maha Agung AKU daripada dicapai oleh sesuatu, Mahasuci AKU, Maha Rahsia AKU yg tersembunyi SendiriKU.
Mahasuci AKU dengan QahharKU yg tiada kuasa seseorang pun menolakkan segala tadbirKU dan tiada kuasa keluar daripada segala takdirKU, dan AKU berbuat apa yg AKU kehendaki, dan tiada sesuatu yg dapat menahan kehendakKU. Mahasuci AKU daripada dipersoalkan, apakah, dimanakah, mengapakah, bilakah, bagaimanakah? Dan sesungguhnya AKU tidak dapat ditanyai oleh sesuatu.
Al-LatifKU adalah KelembutanKU, dan KeelokkanKU, dan KehalusanKU, dan KeindahanKU, dan KeluhuranKU, dan KetersembunyianKU didalam tiap-tiap sesuatu. Dan tiada yg menjadikan manfaat dan mudarat, kurnia dan tegah, gerak dan diam, daya-upaya dan kekuatan melainkan AKU-lah Yg Zahir, dan tiada yg dapat membinasakan sesuatu melainkan AKU. Dan tiada yg memberi rezeki kepada tiap-tiap makhlukKU melainkan AKU.
Ka'abah ialah rumahKU dibumi, dan Arasy ialah rumahKU dilangit dan adapun rumahKU yg hakiki itu ialah dalam Sir hambaKU yg telah AKU sucikan ia daripada sesuatu selainKU. Mahasuci AKU daripada berhubung dan bercerai dengan sesuatu, Mahasuci AKU daripada segala sifat yg kekurangan, dan AKU-lah Yg Maha Besar Sifat KemalatKU yg tidak dapat dikira akan bilangannya.
AKU adalah perbendaharaan yg tersembunyi, dan AKU suka bahawa AKU dikenali, maka AKU jadikan makhluk untuk mengenali DiriKU. Telah adalah AKU dan tiada sesuatu sertaKU, dan segala sesuatu binasa melainkan AKU, dan AKU sekarang sebagaimana AKU dahulu jua, Maha Esa  dengan KeEsaanKU.
Jangan engkau buka matamu melainkan untuk melihatKU, dan jangan engkau mendengar melainkan untuk mendengar suaraKU, dan jangan engkau melangkah kakimu melainkan untuk menuju kepadaKU dan jangan engkau terpesona dan kagum kepada sesuatu melainkan kepada AKU!
Tiada AKU berkehendak kepada sesuatu dan berkehendak tiap-tiap sesuatu kepadaKU, dan AKU-lah yg menentukan Qadar bagi tiap-tiap sesuatu dan telah selesai-lah segala IradatKU, dan tiada perubahan bagi takdirKU, tiada pengubah terhadap hukumanKU, dan tiada hukum melainkan hukum-hukumKU, AKU Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
Sesungguhnya tiada Tuhan melainkan AKU Yg Maha Esa, tiada sekutu bagiKU sesuatu, bagiKU semua kerajaan dan bagiKU segala pujian, dan AKU diatas segala sesuatu Amat Berkuasa.
Maka AKU-lah Zat yg disembah disetiap zaman dan disetiap tempat. AKU-lah Zat yg Awal tiada permulaan adaKU, dan AKU-lah yg Akhir tiada kesudahan WujudKU, dan AKU-lah yg Zahir dan telah nyata KudratKU dan IradatKU, dan AKU-lah yg Batin ZatKU yg Mahasuci yg terselimut ghaib didalam keghaiban Mutlak selama-lamanya, dan tiada yg Wujud dengan sebenar-benarnya didalam sekalian alam ini melainkan WujudKU, AKU-lah Zat Yg Maha Esa, Maha Tunggal, Mahasuci dan Maha Tinggi AKU, dan tiada sesuatu seumpama AKU(ALLAH), LAISA KAMISTLIHI SYAI'UN....
- KALAM QADIM




No comments:

Post a Comment