Thursday, 17 December 2015
Tasawuf&kitab
MAZA SELEWENG KITAB IHYA' UNTUK HALALKAN KHALWAT
Dahulu dia juga yang mengajar orang awam untuk kritik kitab Ihya' Ulumiddin yang disusun oleh ulamak besar dalam Mazhab Asy Syafie iaitu hujjatul Islam Imam Al Ghazzali.
Sekarang disebabkan terdesak dan dangkal kerana tidak memahami dan tidak amanah mengambil teks dalam kitab Ihya' Ulumiddin, maka dia pergunakan sebahagian teks untuk menghalalkan khalwat pulak. Padahal hakikatnya huraian di kitab berkenaan bukan sebagaimana pengkhianatan yang dilakukan MAZA.
Penjelasan sebenar ada di sini :
https://www.facebook.com/AbuSyafiq1/photos/a.140925812664540.30897.140909219332866/931822233574890/?type=3
ISU KHALWAT..
Asri Wahhabi Tipu Teks Imam Al-Ghazaliy.
1- Asri Wahhabi berbohong keatas Imam Ghazali apabila menukilkan kenyataan Imam Ghazali pada kes Hisbah (Team Rasmi Pencegah Mungkar) secara tidak amanah hanya demi menampakkan kononnya Imam Ghazali sepertinya melarang Hisbah menangkap khalwat atau mencegah maksiat.
2- Sebenarnya dalam Kitab Ihya Ulumuddin jilid 3 mukasurat 28 tu yg dinukilkan oleh Asri Wahhabi secara tidak amanah..hakikatnya Imam Ghazali menyebut begini:
"Maka ketahuilah sesungguhnya sesiapa menutup pintu rumahnya dan terhalang dengan dindingnya maka tidak harus (keatas Hisbah) masuk kedalam tanpa izinnya untuk mengetahui maksiat KECUALI ianya zahir berlaku dalam rumahnya secara jelas diketahui orang di luar rumah SEPERTI suara seruling dan gitar yang kedengaran menembusi dinding dari luar rumah. Maka barangsiapa yang mendengarnya harus baginya (hisbah) masuk ke rumah dan memecahkan alat muzik itu". Tamat.
Jelas Imam Ghazali disitu tak berikan contoh pada isu tangkap khalwat tetapi memberi contoh pada keadaan Hisbah menahan orang yang main muzik yang haram. Keduanya pula jelas Imam Ghazali bagitau jika diketahui didalamnya ada maksiat maka diharuskan penguat kuasa masuk untuk tindakan.
Tapi Asri Wahabi konar kut lain dan kaitkan terus dgn isu tangkap khalwat dan jika ya pun.. Imam Ghazali dah bagi pengecualian disitu bahawa ia dibolehkan keatas Pencegah Maksiat masuk bila ada zahir maksiat itu didengari.
3- Yang disebut oleh Imam Ghazali pada isu khalwat adalah begini:
"Maka maksiat itu ada 3 keadaan..yang ke 3 Apabila kemungkaran itu dianggap akan dilakukan..SEPERTI berkhalwat dengan wanita asing...
Dan berkhalwat dengan wanita ajnabiyyah itu..adalah WAJIB dicegah. -MS 27 (rujuk gambar).
Maka jelas pada isu Khalwat imam Ghazali membenarkan Penguat Kuasa mengambil tindakan.
Dan terakhir..
pada M/S 33 Imam Ghazali sebut..
"Jika Penguat Kuasa diberitahu oleh 2 lelaki atau seorang lelaki yang adil memaklumkan bahawa didalam rumah si fulan itu bahawa sifulan itu minum arak atau sedang bersiap untuk minum arak maka PenguatKuasa boleh masuk rumahnya TANPA IZIN untuk mencegah kemungkaran".
Dengan ini jelaslah bahawa Asri wahhabi berbohong keatas Imam Ghazali dgn dakwaan kononnya imam ghazali seperti dia tak benarkan Hisbah mencegah kemungkaran walaupun telah mencukupi syarat.
Dasar wahhabi memang begitu menipu keatas kesemua teks ulama Islam demi mengaburi mata masyarakat hanya krn nafsu serakah syaitonnya.
MOHON SEBARKAN AGAR UMAT ISLAM TAK TERTIPU DENGAN PENYELEWENGAN ASRI ZAINAL ABIDIN TERHADAP KITAB ULAMAK AHLUS SUNNAH WAL JAMA'AH !. TQ
Abdullah Bin Mubarak ketika ditanya "Sampai bilakah seseorang itu perlu menuntut ilmu?" Maka jawab Abdulllah Bin Mubarak "Selama dia masih ada kebodohan, maka disitu baik untuknya menuntut ilmu"
"Teruslah Berbuat baik walau kebaikanmu tak dihargai atau dilupakan.
Karena kebaikan itu akan subur tumbuh terus dan suatu saat akan menghampirimu pada saatnya"
#Habib_Muhammad_Ahmad_Alhabsyi
" Pandalah AKU
Setelah engkau buta dari penglihatanmu,
Dengarlah kalam-KU
Ketika pendengaranmu tuli dari suara,
Datangilah AKU
Disaat akalmu tiada kesanggupan lagi
Untuk merangkai huruf maupun kata-kata,
Lalu cintai AKU
Dimana hatimu telah jauh ditinggalkan
Oleh kemauanmu sendiri
Dan ketahuilah sesungguhnya AKU
Adalah sebaik baik pengganti
Dari segala sesuatu yang hilang di dirimu."
SOALAN : (EN.ZAINUDIN AWALLUDIN)
"Maaf nak tanya sikit betul ke (hadis di bawah ini)? Jika betul, berita apa ya?" 😁
"Selepas azan magrib hari ini, akan datang'a 1 Safar. Rasullullah Bersabda "Barang Siapa Yang Memberitahukan Berita 1 Safar Kepada Yang Lain, Maka Haram Api Neraka Baginya".
✳✳✳✳✳✳✳✳✳
✅ JAWAPAN : Bismillah .. Buat saudara yang bertanya. HAdis di atas ini adalah hadis palsu dan kedustaan atas nama Rasulullah SAW - Hadis di atas rekaan Syiah untuk penganut agama Syiah - Kita bukan Syiah.
✅ Jangan disebarkan. Lebih bermanfaat dan berpahala jika maklumkan di group Whatsapp lain lain bahawa hadis atas adalah PALSU. Berdosa besar sebarkan kedustaan atas nama Rasulullah SAW, ancaman neraka buat penfitnah Rasulullah SAW.
BAGAIMANA CARA UNTUK MENGETAHUI MATAN HADIS DI ATAS ADALAH PALSU? KAEDAH SALAFUSSOLEH (ILMU MANTIK) :
✅ Katakan sahaja Hadis di atas dianggap ia hadis 'SAHIH'. Baik, kaedahnya begini bagi mengetahui status hadis ini : "Jika kita tak solat, buat jahat, makan barang haram yang tidak halal dan dalam masa yang sama "disebarkan" hadis di atas yang "dianggap sahih" kepada sejuta orang.
Persoalannya, apakah anda fikir "perbuatan sebar hadis" ini mampu untuk terlepas dari azab neraka Allah dari hal dosa-dosa besar di atas? :-) Jawabnya tidak kan? Dosa tinggal solat tidak mampu "ditebus" dengan sebarang "amalan sunat" seperti perbuatan "menyebar hadis" ..
Maka matan (isi) hadis di atas bertentangan dengan matan hadis-hadis sahih bahawa tiada suatu amalan ibadah yang mampu untuk "menebus" dosa-dosa besar, termasuklah "perbuatan sebarkan hadis" - ia sekadar perbuatan "sunat" yang berpahala di sisi Allah, tetapi ia tidak mampu "MEMBATALKAN" SEBARANG DOSA-DOSA BESAR TERMASUKLAH TINGGAL SOLAT WAJIB dll.
Hanya perbuatan "TAUBAT NASUHAH" sahaja yang mampu untuk MEMBATALKAN SEGALA DOSA-DOSA BESAR KECUALU DOSA MENCELA & MENGUMPAT. Tetapi sebarang dosa besar tidak mampu ditebus dengan perbuatan 'sunat' menyebarkan hadis "1 Safar" ini.
Jadi mengikut kaedah ilmu mantik, maka jelaslah "matan hadis 1 Safar" di atas adalah sahih berstatus PALSU atas kerana ia bertentangan dengan matan hadis-hadis sahih yang sedia ada. Maka hadis di atas tidak boleh dianggap sebagai SAHIH sekalipun perawinya tidak diragui status dirinya.
Mudahan penjelasan ini dapat membantu tuan-tuan dalam mengenal-pasti status sesebuah hadis yang tidak diketahui sumbernya dan kesahihannya. Ada pelbagai kaedah ilmu hadis silam bagi mengenali status sesebuah hadis yang dibaca. Wallahu'alam - pms🍃
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment