NASIHAT AGUNG RASULULLAH ﷺ
Daripada Sayidina Khalid bin Al-Walid RA telah berkata, "Telah datang seorang Arab desa kepada Rasulullah ﷺ dan dia telah menyatakan tujuannya, "Wahai Rasulullah! Sesungguhnya kedatangan aku ini adalah untuk bertanya engkau mengenai perkara yang akan menyempurnakan diriku di dunia dan akhirat". Maka Baginda ﷺ telah berkata kepadanya, "Tanyalah apa yang dikehendaki". Maka Baginda ﷺ ditanya,
1.Bagaimana sekiranya aku ingin menjadi orang yang alim?
Rasulullah ﷺ bersabda, "Takutlah kepada Allah, maka engkau akan jadi orang yang paling alim"
2.Bagaimana sekiraya aku mahu menjadi orang yang paling kaya?
Rasulullah ﷺ bersabda, "Jadilah orang yang qana'ah (merasa cukup dengan Allah), maka engkau akan jadi orang yang paling kaya"
3.Bagaimana sekiranya aku mahu menjadi orang yang paling adil?
Rasulullah ﷺ bersabda, "Kasihanilah manusia yang lain sebagaimana engkau kasih pada diri sendiri, maka jadilah engkau seadil-adil manusia"
4.Bagaimana sekiranya aku mahu menjadi orang yang paling baik?
Rasulullah ﷺ bersabda, "Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat maka, engkau akan jadi sebaik-baik manusia"
5.Bagaimana sekiranya aku mahu menjadi seorang yang istimewa di sisi Allah?
Rasulullah ﷺ bersabda, "Banyakkan zikrullah, nescaya engkau akan jadi orang yang istimewa di sisi Allah"
6.Bagaimana sekiranya aku mahu disempurnakan imanku?
Rasulullah ﷺ bersabda, "Perelokkan akhlakmu, nescaya imanmu akan sempurna"
7.Bagaimana sekiranya aku mahu termasuk dalam golongan orang muhsinin(baik)?
Rasulullah ﷺ bersabda, "Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya dan jika engkau tidak merasakan begitu sekurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau maka dengan cara ini, engkau akan termasuk dalam golongan muhsinin"
8.Bagaimana sekiranya aku mahu termasuk dalam dalam golongan yang taat?
Rasulullah ﷺ bersabda, "Tunaikan segala kewajipan yang difardukan maka engkau akan termasuk dalam golongan mereka yang taat"
9.Bagaimana sekiranya aku mahu berjumpa dengan Allah dalam keadaan bersih daripada dosa?
Rasulullah ﷺ bersabda, "Bersihkan dirimu daripada najis dosa nescaya engkau akan menemui Allah dalam keadaan suci daripada dosa"
10.Bagaimana sekiranya aku mahu dihimpunkan pada hari kiamat di bawah cahaya?
Rasulullah ﷺ bersabda, "Jangan menzalimi seseorang maka engkau akan dihitungkan pada hari kiamat di bawah cahaya"
11.Bagaimana sekiranya aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari kiamat?
Rasulullah ﷺ bersabda, "Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain nescaya Allah akan mengasihimu pada hari kiamat"
12.Bagaimana sekiranya aku mahu dihapuskan segala dosaku?
Rasulullah bersabda, "Banyakkan beristighfar nescaya akan dihapuskan (kurangkan) segala dosamu"
13.Bagaimana sekiranya aku mahu menjadi semulia-mulia manusia?
Rasulullah ﷺ bersabda, "Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain nescaya engkau akan jadi semulia-mulia manusia"
14.Bagaimana sekiranya aku mahu menjadi segagah-gagah manusia?
Rasulullah ﷺ bersabda, "Sentiasa menyerah diri (tawakal)kepada Allah nescaya engkau akan menjadi segagah-gagah manusia"
15.Bagaimana sekiranya aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah?
Rasulullah bersabda, "Sentiasa berada dalam berkeadaan bersih (daripada hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki kepadamu"
16.Bagaimana sekiranya aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang dikasihi Allah dan rasul-Nya.
Rasulullah ﷺ bersabda, "Cintailah segala apa yang disukai Allah dan rasul-Nya maka engkau termasuk dalam golongan yang dicintai oleh Mereka"
17.Bagaimana sekiranya aku mahu diselamatkan dari kemurkaan Allah pada hari kiamat?
Rasulullah ﷺ bersabda, "Jangan marah kepada orang lain, nescaya engkau akan terselamat daripada kemurkaan Allah dan rasul-Nya"
18.Bagaimana sekiranya aku mahu diterima segala permohonanku?
Rasulullah bersabda, "Jauhilah makanan haram nescaya segala permohonanmu akan diterima-Nya"
19.Bagaimana sekiranya aku mahu agar Allah menutup segala keaibanku pada hari Kiamat?
Rasulullah ﷺ bersabda, "Tutuplah keburukan orang lain nescaya Allah akan menutup keaibanmu pada hari kiamat"
20.Siapakah yang terselamat daripada dosa?
Ra sulullah bersabda, "Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, mereka yang tunduk pada kehendak-Nya dan mereka yang ditimpa kesakitan"
21.Apakah sebesar-besar kabaikan disisi Allah?
Rasulullah ﷺ bersabda, "Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian (bala)"
22.Apakah sebesar-besar kejahatan disisi Allah?
Rasulullah ﷺ bersabda, "Buruk akhlak dan tamak haloba"
23.Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat?
Rasulullah bersabda, "Sedekah dalam keadaan sembunyi (tidak diketahui) dan menghubungkan kasih sayang"
24.Apakah yang memadamkan api neraka pada hari kiamat?
Rasulullah ﷺ bersabda, "Sabar di dunia dengan bala dan musibah"
(Riwayat Kanzul 'Ummal: Imam A'lauddin menukilkan dari Imam as-Sayuti)
Tiada yg mendekatkan diri dari para ahli yg mendekatkan diri kepadaKU lebih utama dari menunaikan apa yg AKU fardhukan keatas mereka. Dan hambaKU yg sentiasa mendekatkan dirinya kepadaKU dengan amalan Nawafilnya(sunat-sunatnya)sehinggalah AKU mencintainya. Dan jika AKU sudah mencintainya, maka jadilah AKU baginya pendengar, penglihat, kuasa dan sokongan, lalu dengan AkU dia mendengar, dengan AKU dia melihat dan dengan AKU dia bertindak.
- Hadis qudsi
Tiada yg mendekatkan diri dari para ahli yg mendekatkan diri kepadaKU lebih utama dari menunaikan apa yg AKU fardhukan keatas mereka. Dan hambaKU yg sentiasa mendekatkan dirinya kepadaKU dengan amalan Nawafilnya(sunat-sunatnya)sehinggalah AKU mencintainya. Dan jika AKU sudah mencintainya, maka jadilah AKU baginya pendengar, penglihat, kuasa dan sokongan, lalu dengan AkU dia mendengar, dengan AKU dia melihat dan dengan AKU dia bertindak.
- Hadis qudsi
No comments:
Post a Comment