Saturday, 19 December 2015
tazkirah fatimah
Sahabah, bab Fadhail Fatimah)
Marah Fatimah as Marah Rasulullah saw.
Rasulullah saw bersabda: “Fatimah adalah sebahagian dari diriku, barangsiapa yang membuatnya marah ia telah membuatku marah.” (Sohih Bukhari, kitab awal penciptaan, bab manaqib keluarga dekat Rasulullah saw; Kanzul Ummal 6: 220, hadis ke 34222)
Sakit Fatimah as Sakit Rasulullah saw.
Rasulullah saw bersabda: “Fatimah adalah sebahagian dari diriku, menggoncangkan aku apa saja yang menggoncangkan dia, dan menyakitiku apa saja yang menyakitinya.” (Sohih Bukhari, kitab Nikah; Sohih Muslim, kitab Fadhil As-Sahabah, bab Fadhail Fathimah; Musnad Ahmad bin Hanbal 4: 328, hadis ke 18447)
Sebahagian Karamah Fatimah Az-Zahra’ as.
Jabir Al-Ansori, salah seorang sahabat Nabi saw bercerita bahawa beberapa hari Rasulullah saw tidak makan sedikit pun makanan sehingga diriku lemas, kemudian beliau mendatangi isteri-isteriku untuk mendapatkan sesuap makanan, tapi tidak mendapatkannya di rumah mereka. Lalu beliau mendatangi Fatimah as dan berkata: “Wahai puteriku, apakah kamu punya makanan untuk aku? aku lapar. Fatimah as berkata: Demi Allah, demi ayahku dan ibuku, aku tidak punya makanan.
Ketika Rasulullah saw keluar dari rumah Fatimah as, ada seorang perempuan mengirimkan dua potong roti dan sepotong daging, lalu Fatimah as mengambilnya dan meletakkannya dalam mangkok yang besar dan menutupinya. Fatimah as berkata: Sungguh makanan ini aku akan utamakan untuk Rasulullah saw daripada diriku dan keluargaku. Padahal mereka juga memerlukan sesuap makanan.
Fatimah as berkata: Lalu aku mengutus Al-Hasan dan Al-Husein kepada datuknya Rasulullah saw. Kemudian Rasulullah saw datang padaku. Aku berkata: Ya Rasulallah, demi ayahku dan ibuku, Allah telah mengurniakan kepada kami sesuatu, lalu aku menyimpannya untuk kupersembahkan kepada mu.
Fatimah as berkata: Ada seseorang mengantarkan makanan padaku, lalu aku meletakkannya dalam mangkok besar dan aku menutupinya. Saat itu juga dalam mangkok itu penuh dengan roti dan daging. Ketika aku melihatnya aku takjub. Aku tahu bahawa itu adalah keberkatan dari Allah swt, lalu aku memuji Allah swt dan berselawat kepada Nabi-Nya.
Rasulullah saw bertanya: “Dari mana makanan ini wahai puteriku?” Fatimah menjawab: Makanan ini datang dari sisi Allah, sesungguhnya Allah mengurniakan rezeki kepada orang yang dikehendaki-Nya dari arah yang tak terduga. Kemudian Rasulullah saw mengutus seseorang kepada Ali as lalu ia datang. Rasulullah saw, Ali, Fatimah, Al-Hasan, Al-Husein as dan semua isteri Nabi saw makan makanan itu sehingga mereka merasa kenyang, dan makanan itu tetap penuh dalam mangkok itu.
Fatimah as berkata: Lalu aku juga mengantarkan makanan itu pada semua tetanggaku, Allah menjadikan dalam makanan itu keberkatan dan kebaikan yang panjang waktunya. Padahal awalnya makanan dalam mangkok itu hanya dua potong roti dan sepotong daging, selebihnya adalah keberkatan dari Allah swt.
Dalam hadis yang lain disebutkan bahawa Rasulullah saw pernah bersabda kepada Fatimah dan Ali as: “Segala puji bagi Allah yang tidak mengeluarkan kalian berdua dari dunia sehingga Allah menjadikan bagimu (Ali) apa yang telah terjadi pada Zakariya, dan menjadikan bagimu wahai Fatimah apa yang telah terjadi pada Maryam. Inilah yang dimaksudkan juga dalam firman Allah swt: “Setiap Zakariya masuk untuk menemui Maryam di mihrabnya, ia dapati makanan di sisinya.” (Ali-Imran: 37).
Kisah dan riwayat ini terdapat di dalam:
1.Tafsir Al-Kasysyaf, Az-Zamakhsyari, tentang tafsir surat Ali-Imran: 37.
2.Tafsir Ad-Durrul Mantsur, tentang ayat ini.
Ini adalah hanya sebahagian dari pribadi Fatimah Az-Zahra as.
Masih banyak lagi tentang keutamaan dan karamahnya.
Mari kita hadiahkan surah Al Fatihah untuk beliau.
Sayyidah Fatimah Az Zahra
Fatimah as adalah salah seorang puteri Rasulullah saw.
Ia merupakan wanita yang paling mulia kedudukannya. Kemuliaannya diperoleh sejak menjelang kelahirannya, ketika kelahirannya dibidani oleh 4 wanita suci.
Ketika menjelang kelahirannya ibunda tercintanya Khadijah Al-Khubra as meminta tolong kepada wanita-wanita Qurays tetangganya. Tapi mereka menolaknya sambil mengatakan kepadanya bahawa ia telah mengkhianati mereka mendukung Muhammad.
Saat itu ia bingung kepada siapa harus minta tolong untuk melahirkan puteri tercintanya. Saat kebingungan Khadijah as mengatakan: “Aku terkejut luar biasa ketika aku menyaksikan empat wanita yang berwajah cantik dilingkari cahaya, yang sebelumnya aku tidak aku kenal mereka. Mereka mendekatiku.
Saat aku dalam keadaan yang cemas, salah seorang dari mereka menyapaku:
"Aku adalah Sarah ibunda Ishaq; dan yang tiga yang menyertaiku adalah Maryam ibunda Isa, Asiah puteri Muzahim, dan Ummu Kaltsum saudara perempuan Musa."
Kami semuanya diperintahkan oleh Allah untuk mengajarkan ilmu kebidanan kami jika anda bersedia. Sambil mengatakan hal itu, mereka duduk di sekitarku dan memberikan pelayanan sampai puteriku Fatimah as lahir.”
Fatimah as berbicara saat dalam Kandungan
Sejak masih dalam kandungan ibundanya, Fatimah as sering menghibur dan mengajak bicara ibunya. Rasulullah saw bersabda: “Jibril datang kepadaku dengan membawa buah epal dari syurga, kemudian aku memakannya lalu aku berhubungan dengan Khadijah lalu ia mengandung Fatimah. Khadijah berkata: “Aku hamil dengan kandungan yang ringan. Ketika engkau keluar rumah janin dalam kandunganku mengajak bicara denganku. Ketika aku akan melahirkan janinku aku mengirim utusan pada perempuan-perempuan Quraisy untuk dapat membantu melahirkan janinku, tapi mereka tidak mahu datang bahkan mereka berkata: Kami tidak akan datang untuk menolong isteri Muhammad.
Maka ketika itulah datanglah empat perempuan yang berwajah cantik dan bercahaya, dan salah dari mereka berkata: Aku adalah ibumu Hawa’; yang satu lagi berkata: Aku adalah Asiyah binti Muzahim; yang lain berkata: Aku adalah Kaltsum saudara perempuan Musa; dan yang lain lagi berkata: Aku adalah Maryam binti Imran ibunda Isa. Kami datang untuk menolong urusanmu ini.
Kemudian Khadijah berkata: Maka lahirlah Fatimah dalam kedaan sujud dan jari-jarinya terangkat seperti orang sedang berdoa.” (Dzakhâir Al-`Uqbâ, halaman 44)
Menjelang usia 5 tahun, Fatimah as di tinggal wafat oleh ibunda tercintanya.
Sehingga ia harus menggantikan posisi ibunya, berkhidmat kepada ayahnya, membantu dan menolong Rasulullah saw. Sehingga ia mendapat gelar Ummu Abiha (ibu dari ayahnya).
Tidak jarang Fatimah as menyaksikan ayahnya disakiti orang-orang kafir Quraisy. Ia menangis saat-saat menyaksikan ayahnya menghadapi ujian yang berat akibat perilaku orang-orang kafir Quraisy. Bahkan tangan Fatimah yang berusia kanak-kanak yang membersihkan kotoran di kepala ayahnya saat melempari Rasulullah saw dengan kotoran.
Fatimah as buah syurga dan tidak pernah haid.
Aisyah berkata, bahawa Rasulullah saw bersabda: “Ketika aku (Nabi saw) diperjalankan ke langit, aku dimasukkan ke syurga, lalu berhenti di sebuah pohon dari pohon-pohon syurga, dan aku tidak melihat yang lebih indah dari pohon yang satu itu, daunnya paling putih, buahnya paling harum.
Kemudian aku mendapatkan buahnya lalu aku makan. Buah itu menjadi nuthfah di sulbiku. Setelah aku sampai di bumi aku berhubungan dengan Khadijah kemudian ia mengandung Fatimah. Setelah itu setiap aku rindu bau syurga aku mencium bau Fatimah.” (tafsir Ad-Durrul Mantsur tentang surat Al-Isra’: 1; Mustadrak Ash-Shahihayn 3: 156)
Fatimah as digelari Az-Zahra’.
Abban bin Tughlab pernah bertanya kepada Imam Ja’far As-Sodiq as: Mengapa Fatimah digelari Az-Zahra’?
Ia menjawab: “Kerana Fatimah as memancarkan cahaya pada Ali bin Abi Tolib tiga kali di siang hari.
Ketika ia melakukan solat sunat di pagi hari, dari wajahnya memancar cahaya putih sehingga cahayanya memancar dan menembus ke kamar ramai orang di Madinah dan dinding rumah mereka diliputi cahaya putih. Mereka hairan atas kejadian itu, lalu mereka datang kepada Rasulullah saw dan menanyakan apa yang mereka saksikan.
Kemudian Nabi saw menyuruh mereka datang ke rumah Fatimah. Lalu mereka mendatanginya, ketika sampai di rumahnya mereka melihat Fatimah sedang solat di mihrabnya. Mereka melihat cahaya di mihrabnya, cahaya itu memancar dari wajahnya, sehingga mereka tahu bahawa cahaya yang mereka saksikan di rumah mereka adalah cahaya yang terpancar dari wajah Fatimah as.
Ketika Fatimah as melakukan solat sunat di tengah hari cahaya kuning memancar dari wajahnya, cahaya itu menembus ke kamar rumah orang banyak, sehingga pakaian dan tubuh mereka diliputi oleh cahaya berwarna kuning.
Lalu mereka datang kepada Rasulullah saw dan bertanya tentang apa yang mereka saksikan. Nabi saw menyuruh mereka datang ke rumah Fatimah as, saat itu mereka melihat dia sedang berdiri dalam solat sunnah di mihrabnya, cahaya kuning itu memancar dari wajahnya pada dirinya, ayahnya, suaminya dan anak-anaknya, sehingga mereka tahu bahawa cahaya yang mereka saksikan itu adalah berasal dari cahaya wajah Fatimah as.
Ketika Fatimah as melakukan solat sunat di penghujung siang saat mega merah matahari telah tenggelam, wajah Fatimah memancarkan cahaya merah sebagai tanda bahagia dan rasa syukur kepada Allah Azza wa Jalla. Cahaya itu menembus ke kamar orang ramai sehingga dinding rumah mereka memerah. Mereka hairan atas kejadian itu. Kemudian mereka datang lagi kepada Rasulullah saw menanyakan kejadian itu. Nabi saw menyuruh mereka datang ke rumah Fatimah as. Ketika sampai di rumah Fathimah mereka melihat ia sedang duduk bertasbih dan memuji Allah, mereka melihat cahaya merah memancar dari wajahnya. Sehingga mereka tahu bahawa bahawa cahaya yang mereka saksikan itu berasal dari cahaya wajah Fathimah as. Cahaya-cahaya itu selalu memancar di wajahnya, dan cahaya itu diteruskan oleh putera dan keturunannya yang suci hingga hari kiamat.” (Bihârul Anwar 43: 11, hadis ke 2)
Fatimah as digelari penghulu semua perempuan.
Fatimah as mendapat gelar penghulu semua perempuan (Sayyidatul Nisâil al Amîn).
Aisyah berkata: Fatimah as datang kepada Nabi saw dengan berjalan seperti jalannya Nabi saw.
Kemudian Nabi saw mengucapkan: “Selamat datang duhai puteriku.”
Kemudian beliau mempersilakan duduk di sebelah kanan atau kirinya kemudian beliau berbisik kepadanya lalu Fatimah menangis. Kemudian Nabi saw bersabda kepadanya: “Mengapa kamu menangis?” Kemudian Nabi saw berbisik lagi kepadanya. Lalu ia tertawa dan berkata: Aku tidak pernah merasakan bahagia yang paling dekat dengan kesedihan seperti hari ini. Lalu aku (Aisyah) bertanya kepada Fatimah tentang apa yang dikatakan oleh Nabi saw. Fatimah menjawab: Aku tidak akan menceritakan rahsia Rasulullah saw sehingga beliau wafat. Aku bertanya lagi kepadanya, lalu ia berkata: (Nabi saw berbisik kepadaku): “Jibril berbisik kepadaku (Rasulullah saw), Al-Qur’an akan menampakkan padaku setiap setahun sekali, dan ia akan menampakkan padaku tahun ini dua kali, aku tidak melihatnya kecuali datangnya ajalku, dan engkau adalah orang pertama dari Ahlul Baitku yang menyusulku.” Lalu Fatimah menangis. Kemudian Rasulullah saw bersabda: “Tidakkah kamu redha menjadi penghulu semua perempuan ahli syurga atau penghulu semua isteri orang-orang yang beriman?” Kemudian Fatimah tertawa. (Sohih Bukhari, kitab Awal penciptaan, bab tanda-tanda kenabian dalam Islam; Musnad Ahmad 6: 282, hadis ke 25874)
Fatimah as menyerupai Nabi saw.
Aisyah Ummul mukminin berkata: Aku tidak pernah melihat seorangpun yang paling menyerupai Rasulullah saw dalam sikapnya, berdiri dan duduknya kecuali Fatimah puteri Rasulullah saw.
Selanjutnya Aisyah berkata: Jika Fatimah datang kepada Nabi saw, beliau berdiri menyambut kedatangannya, dan mempersilakan duduk di tempat duduknya.
Demikian juga jika Nabi saw datang kepadanya ia berdiri menyambut kedatangan beliau dan mempersilakan duduk di tempat duduknya.” (Sohih At-Tirmidzi 2: 319, bab keutamaan Fatimah; Shahih Bukhari, bab Qiyam Ar-Rajul Li Akhihi, hadis ke 947; Sohih Muslim, kitab Fadhil As-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment