Saturday, 19 December 2015

tasawuf sesat&tazkirah


AWASI AJARAN SESAT YANG DISANDARKAN ATAS NAMA ILMU TASAWUF @ "ILMU HAKEKAT"

Note : Hakekat tampa Syariat adalah Sesat.

Bismillah - Video di bawah ini di ambil dari group hakekat yang menyimpang sunnah. Pada sy, kefahaman Ustaz yang memberi huraian tentang kalimah syahadah di bawah ini pada saya dah "LARI JAUH" dari kefahaman syahadah yang Rasulullah SAW dan para Ulama Tasawuf silam ajaran pada kita. Ya memang ada ilmu hakekat, tetapi di dalam ajaran ilmu hakekat yang 'benar' adalah terdapat ilmu-ilmu 'hakekat kebatinan' yang menyimpang ajaran ahlul Sunnah Wal jamaah. Di dalam kebenaran ajaran Hakekat Tasawuf itu, terdapatnya juga lorong lorong Iblis dan Syaitan bagi menyesatkan umat manusia yang beriman dari jalan-jalan kebenaran. Oleh kerana itu, waspadailah akan ia!

Para Ulama Salafussoleh tidak pernah mengajari ilmu hakekat bercirikan ajaran Batiniah syiah ini. Hati-hatilah para sahabat. Sypun ada belajar ilmu hakekat tetapi saya sangat berhati-hati dengan anasir fahaman ajaran "batiniah Gulam Ahmad" (Syiah) ini dari mempengaruhi dan merosakkan ilmu hakekat tasawuf yang saya timba selama ini.

Dan mana mana ajaran yang tidak pernah diajari oleh para Aulia-Aulia Salafussoleh silam, maka ilmu 'hakekat' itu akan saya ketepikan dari memasuki hati saya. Mudahan para sahabatpun waspadainya juga. Ini adalah nasihat yang perlu disampaikan dan perlu diwaspadainya, dan saya tidak kisah jika nasihat ini akan dianggap sebagai nasihat dari orang-orang yang jahil "ilmu hakekat" - tidak mengapa.

Memang "Syahadah" itu ada mengandungi makna pengertian Zahirnya dan ada juga pengertian Batinnya. Akan tetapi amalan "Syahadah" seseorang muslim itu akan Rosak bilamana "Pengertian 'MAKNA' Zahirnya dipisahkan dari 'makna' Batinnya. (susah juga sy nak sampai hal ini :-) ).

Pada video di bawah ini, Ustaz berkenaan cuba menafsirkan "makna" batin 2 kalimah syahadah yang mirip kaedah ajaran 'batiniah syiah' Gulam Ahmad dengan MENOLAK "makna pengertian Zahir" kalimah syahadah itu.

Beliau menyatakan bahawa lafas kalimah : "AKU NAIK SAKSI BAHAWA MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH" itu ..
... bukanlah membawa maksud MUHAMMAD RASULULLAH SAW!! Tetapi katanya, ia adalah penyaksian hakekat "Muhammad" di dalam diri sendiri😱 .. TAPI BUKAN "PENYAKSIAN 'KERASULAN nabi MUHAMMAD SAW' dengan 'alasan' Rasulullah sudah wafat (?) maka adalah salah 'menyaksikan akuan kenabian nabi Muhammad. Nabi Adam pun bersyahadah padahal masa tu nabi Muhammad belum lahir katanya (?) ... hemm ustaz ni tak tahu ke bahawa roh nabi Muhammad itu adalah "makhluk" yang pertama-tama Allah ciptakan? Rasulullah SAW memberitahu Jibril a.s bahawa 'aku' lah yang paling terawal sekali Allah ciptakan. Maka atas kerana itulah Nabi Adam a.s telah Bersyahadah kesaksian atas "nama" nabi Muhammad SAW berbangsa Arab itu. Rasulullah SAW itu nama "zahir" tubuhnya Muhammad, dan nama "BATIN"nya di alam ghaib sejak Azalipun nama Baginda adalah "Muhammad" dari nama rohnya Nur Muhammad.

Sesiapa bersaksi di dalam lafas syahadahnya "muhammad" SELAIN daripada Nabi MUHAMMAD SAW, maka terbatallah lafas Keislaman tersebut atas kerana 'dia' tidak mengakui akan "kerasaulan" nabi Muhammad - Rasulullah SAW .. maka samalah dia dengan KAFIR Yahudi, yahudi TAHU Nabi Muhammad itu memang benar "RASUL ALLAH" .. tetapi mereka "TIDAK MAHU" BERSAKSI untuk mengakui akan "KENABIAN & KERASULAN" nabi Muhammad. Samalah dengan orang yang bersyahadah, tetapi dihatinya "tidak mengakui" kerasulan nabi Muhammad, tetapi menggantikan maksud "Muhammad" itu adalah "kesaksian atas sifat batin diri sendiri" tapi bukan nabi Muhammad ... masa "Sesat" dan terbatallah keislaman mereka (ahli zindiq ilmu hakekat batiniah).

Nauzubillah'minzalik! Ya Allah jauhilah kami dari sebarang aqidah yang menyesatkan dari memasuki hati-hati kami! Kami bersaksi Muhammad itu adalah KEKASIH-MU, dialah makhluk yang pertama yang Engkau cipta, dan kerana dialah jugalah Engkau menciptakan kami dan Alam maya ini. Dan kami bersaksi bahawa MUHAMMAD SAW itu memang RASUL UTUSAN-MU, dan dialah yang kami imani dan tiada insan yang lebih baik dari dirinya, dialah yang terpuji dan dia jugalah yang kami sebut sebut namanya di dalam syahadah keimanan kami kepada-Mu ya Allah!
... Kami adalah "pengikut" ajaran Muhammad SAW dan kami tidak akan beriman dengan mana-mana ajaran yang tidak pernah Rasulullah SAW ajari dan kami juga tidak akan beriman dengan mana-mana ajaran yang tidak pernah Wali-Wali Salafussoleh-Mu ajari kepada kami. Dan kami tidak akan beriman dengan mana-mana ajaran 'hakekat' yang menyimpang dari petunjuk Wali-Wali-Mu di masa silam. Dan kami tidak sesekali akan beriman dengan mana-mana ajaran hakekat sesat yang "lari" dari petunjuk Al Quran & Sunnah yang DIAJARI OLEH wali-wali Syaitan yang timbul di akhir zaman ini. Hanya pada-Mu kami berlindung diri.

✳ Note : Banyak sekali ajaran di akhir zaman ini yang menyebut ; "ini ilmu hakekat .. itu ilmu hakekat" dll padahal yang telah lari dari al pedoman Quran dan Sunnah.

Rasulullah mengajari kita bahawa sesiapa yang BERIMAN dengan Allah dan BERIMAN dengan Rasulullah SAW dengan "MENGAKUI" AKAN KERASULAN NABI MUHAMMAD SAW, maka barulah SAH IKTIQAD 2 KALIMAH SYAHADAHNYA dan SAH keislaman kita.

Tetapi apakah akan terjadi dengan status keislaman kita sekiranya Lafas syahadah itu dengan "menafikan" akan maksud "Kerasulan Muhammad Rasullah SAW itu??

Ustaz di dalam video di bawah ini cuba menjelaskan bahawa lafas syahadah umat islam yang sudah hampir 1500 tahun ini "TIDAK BETUL" dengan alasan bahawa "Muhammad" di dalam Syahadah itu BUKANLAH dimaksudkan dengan "NABI MUHAMMAD" tapi adalah kesaksian hakekat diri sendiri?? ☺ Rosak lafas syahadah itu sekiranya kita menolak makna "Nabi Muhammad itu "Pesuruh Allah" .. Aqidah islam akan terbatal sekiranya kita tidak "akui" Kerasulan & Kenabian Muhammad SAW. (Tapi cuba dengar video di bawah)

... Inilah bahayanya jika seseorang muslim yang cuba belajar ilmu "Hakekat Tasawuf" tampa kukuh ilmu Syariat/Fekah/Tauhid/Quran/Sunnah .. akhirnya ilmu hakekat yang dipelajari itu menyebabkan ia menolak ilmu "Zahir" sedangkan ilmu Hakekat Tasawuf itu tidak sesekali memisahkan "ilmu zahir" ...

Inilah seperti yang Rasulullah SAW sabdakan 1400 tahun silam bahawa di akhir zaman nanti akan adanya GOLONGAN YANG DISEBUT SEBAGAI "KHINZIR-KHINZIR DI ATAS MIMBAR MIMBAR CAHAYA" ... maksudnya akan wujud suatu golongan manusia yang JAHIL yang akan membicarakan hal hal ilmu agama yang tinggi tinggi tetapi ia tidak pernah Rasulullah, Para Sahabat dan Aulia Salafussoleh silam ajari. Mereka akan "menyesatkan" ramai orang di kalangan manusia di akhir zaman.

🍃"HAKEKAT (ILMU BATIN) TIDAK AKAN TERPISAH DARI ILMU SYARIAT (ILMU ZAHIR) SELAMA-LAMANYA. SESIAPA YANG 'MEMISAHKAN' ILMU SYARIAT' DARIPADA ILMU HAKEKAT, MAKA TERSESATLAH IA DI DALAM CAHAYA."

🍃"ENGKAULAH MUHAMMAD SAW 'NABI' PERUTUSAN ALLAH" DAN KAMI BERIMAN KEPADA AJARANMU.

🍃KAMI BUKAN "NABI UTUSAN" ALLAH, TETAPI KAMI CUMALAH UMATMU YANG "MEMIKUL AMANAH" ALLAH YANG TELAH ENGKAU TINGGALKAN DI ATAS BAHU-BAHU KAMI .. MAKA BERILAH SYAFAATMU ATAS KAMI ATAS KERANA KAMI KERANA ENGKAULAH MUHAMMAD RASULULLAH @ KESAKSIAN MUHAMMAD ITU ADALAH UTUSAN ALLAH" - pms.


ُ

اللهم صلي وسلم على سيدنا وحبيبنا ومولانا محمد وعليه وعلى آله وصحبه وبارك وسلم

Telah berlaku peristiwa yg luarbiasa ketika keputeraan Junjungan.

Menguatkan tanda Kenabian, memberitahu sekalian bahawa Baginda manusia pilihan.

Kawalan langit diperteguhkan, penjaga ditambah, serta dihalau jin dan syaitan.

Mana-mana yg cuba kelangit kepada mereka panah api dihumbankan.

Beberapa bintang dilangit tinggi bagaikan turun mendekati Junjungan.

Bersinar cahaya ditanah haram memancar sekitar kawasannya.

 Terbitlah bersama Baginda suatu cahaya yg memancar kemahligai raja kisra negeri syam.

Penduduk mekkah dapat melihat cahaya itu secara terang.

Bergoncang istana raja parsi dinegeri madyan yg tegak kukuh.

Menara pencakar langit empat belas lapis runtuh.

Kerajaan kisra terkejut dengan kejadian yg tidak bertangguh.

Api sembahan raja dan rakyat parsi padam sendiri.

Padam kerana kelahiran cahaya purnama Junjungan yg menyinar.

Keringnya air tasik antara bandar hamdan dan Qum dinegeri Iran ikut terjadi.

Tasik menjadi kering kerana sumber matair yg kuat panjutannya selama ini, terhenti sama sekali.

Sebaliknya lembah bernama samaawah yg kering kontang selama ini, melimpah pula air disitu.

Dulunya dicari air untuk menghilang dahaga pun tidak bertemu.

Kelahiran Junjungan tambah terkenal dimekkah negeri pasir berdebu.

Negeri dilarang mencabut tumbuhan dan menebang pohon-pohon kayu.

Ada selisih pendapat tentang tahun, bulan dan hari lahir Junjungan dikalangan ulamak dan pendita.

Yg rajehnya sebelum fajar tahun mekkah diserang tentera bergajah yg disekat dan dipelihara oleh Allah, tanah haram sentiasa dijaga.

Harumkanlah maqam Junjungan yg mulia.
ُ


اللَّهُــــــــمّے صَــــــلٌ علَےَ سيدنا مُحمَّــــــــدْ و علَےَ آل سيدنا مُحمَّــــــــدْ كما
 صَــــــلٌيت علَےَ سيدنا إِبْرَﺍﻫِﻴﻢَ و علَےَآل سيدنا إِبْرَاهِيمَ وبارك علَےَ سيدنا مُحمَّــــــــدْ و علَےَ آل سيدنا مُحمَّــــــــد كما باركت علَےَ سيدنا إِبْرَاهِيمَ و علَےَ آل سيدنا إِبْرَاهِيمَ فى الْعَالَمِينَ إنك حميد مجيد

Sambungan insyaallah....



No comments:

Post a Comment