Thursday, 31 December 2015
tasawuf&tazkirah
Barangsiapa yg masih merasa rugi dan dukacita terlucutnya amal dunia dan amal akhiratnya, maka ia belum merasa cukup dengan Allah dalam makrifatullahnya.
Barangsiapa yg ada kehendak dan keinginannya kepada sesuatu selain Allah, maka ia belum wasil kepada Allah.
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Allah cahaya langit dan bumi. Seumpama lubang yg tidak tembus cahaya. Dalam lubang itu ada pelita besar. Pelita itu didalam kaca dan kaca itu seumpama bintang yg bercahaya, seperti mutiara yg dinyalakan dari pohon zaitun, yg tumbuh tidak ditimur dan tidak dibarat. Yg minyaknya menerangi, walau tidak disentuh api, perumpaan cahaya diatas cahaya. Allah membimbing sesiapa yg dikehendaki dan Allah menjadikan perumpamaan itu bagi. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segalanya.
An-Nur:35
Menyuci tubuh dengan air mutlak dan menyuci hati dengan zikrullah untuk membuang selain Allah dari hatimu..
Tafakkurlah dalam kelubung rahsia dan pandanglah dosamu terhadap Allah, jangan pandang besar dosamu itu tetapi pandang besarnya keampunan Allah.
,
Supaya engkau tidak berputus-asa daripada rahmat Allah, kerana berputus-asa itu daripada bisikan syaitan, hakikatnya Allah yg mengujimu.
Segeralah bertaubat daripada dosa zahir dan batin setiap waktumu, disebabkan dunia hari ini dipenuhi oleh dosa-dosa dan syirik.
Allah kasih kepada ahli maksiat yg banyak bertaubat.
Sungutan dan ketidak sabaranmu juga perlu kepada taubat, kerana akan menjauhkan batinmu daripada Allah.
Pandanganmu kepada selain Allah juga perlu kepada taubat kerana engkau buta dengan selain Allah. ُ
#alkisah..
Sebaik sahaja Allah swt selesai menciptakan Jibrail a.s dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjangnya sayap itu antara
timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124,000 sayap). Setelah itu
Jibrail a.s memandang dirinya sendiri dan berkata,
'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?'
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud, 'Tidak'.
Kemudian Jibrail a.s berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.
Setelah selesai Jibrail a.s solat, maka Allah swt berfirman yang bermaksud, 'Wahai Jibrail, kamu telah menyembah Aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepada-Ku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia dan paling Aku cintai, namanya Muhammad.'
Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaann-Ku dan ketinggian-Ku, sesungguhnya solat mereka itu Aku lebih sukai daripada solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintah-Ku, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintah-Ku.'
Kemudian Jibrail a.s berkata, 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?'
Lalu Allah berfirman yang bermaksud, 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...'
Kemudian Jibrail a.s meminta izin kepada Allah swt untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail a.s mendapat izin dari Allah swt maka pergilah Jibrail a.s dengan mengembangkan sayapnya dan terbang. Setiap ia mengembangkan dua sayapnya ia boleh menempuh jarak perjalanan 3,000 tahun. Maka terbanglah malaikat Jibrail a.s selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah. Akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah swt lalu berkata dalam sujudnya itu,
'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? '
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud, 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3,000 tahun dan meskipun Aku memberi kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah Kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.'
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment