APABILA penghuni syurga telah masuk ke dalam syurga, lalu mereka tidak menemukan sahabat-sahabat mereka yang selalu bersama mereka dahulu sewaktu di dunia. Mereka pun bertanya tentang sahabat mereka kepada Allah: "Ya Rabb. Kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di dunia solat bersama kami, puasa bersama kami dan berjuang bersama kami." Maka Allah berfirman: "Pergilah kamu ke neraka, lalu keluarkanlah sahabat-sahabat mu yang di hatinya ada iman walaupun hanya sebesar zarah." (Hadis riwayat Imam Ibnul Mubarak dalam kitab "Az-Zuhd"). Imam Al-Hasan Al-Basri berkata: "Perbanyaklah sahabat-sahabat mukmin mu, kerana mereka memiliki syafa'at pada hari kiamat nanti." Imam Ibnul Jauzi pernah berpesan kepada sahabat-sahabatnya sambil menangis: "Jika kalian tidak menemukanku nanti di syurga bersama kalian, maka tolonglah bertanya kepada Allah tentang aku: "Wahai Rabb Kami. Hamba-Mu si fulan, sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang Engkau. Maka masukkanlah dia bersama kami di syurga-Mu." Sahabat-sahabatku. Mudah-mudahan dengan ini, aku telah mengingatkanmu tentang Allah. Agar aku dapat bersertamu kelak di syurga dan اﻟﻌَﺎﻟَﻤِﻴﻦْ َّ رَب ﻳَﺎ ْ. redha-Nya. Memohon kepada-Mu. Kurniakanlah kepadaku sahabat-sahabat yang selalu mengajakku untuk tunduk patuh dan taat kepada syariat-Mu. Kekalkanlah persahabatan kami hingga kami bertemu di akhirat kelak. WAHAI SAHABATKU. JANGAN LUPA BERTANYA TENTANGKU NANTI JIKA AKU TIADA DI SYURGA. .............
Barangsiapa yang hancur kerana Allah akan menerima ganjaran dari Allah..
☀ MARI MENGENAL MAKHLUK ALLAH ☀
TAHUKAH ANDA, SIAPA PENDUDUK BUMI SEBELUM ADAM ?
KENALI MAKHLUK-MAKHLUK YANG MENGHUNI DAN MELATA DISELURUH PLANET BUMI SEBELUM ERA ANAK-ANAK ADAM BERKUASA
Djinn ialah makhluk Allah yang mendiami bumi jauh lebih lama sebelum penciptaan Al-Insan ADAM .Terdapat beberapa bangsa dari kalangan Djinn yang disebut dalam Kitab Al-Quran, Injil dan Taurat. Antara yang kerap disebut dan terkenal dikalangan manusia dari tiga Clan (Ifrit,Marid & Nasnas)yang pernah berkhidmat dibawah kerajaan Agung Raja Sulaiman.Selebihnya dari bangsa-bangsa primitif yang mendiami dan melata seluruh pelusuk bumi sebelum Khalifah Khalifah Anak Adam mendominasi Dunia
"Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat."
(Al-Jinn 72:6)
`Dan bahawa sesungguhnya kami telah berusaha mencari berita langit, lalu kami dapati langit itu penuh dengan pengawal-pengawal yang sangat kuat kawalannya, dan (dengan rejaman-rejaman) api yang menyala.
(Al-Jinn 72:8)
‘IFRIT
Antara bangsa yang agak rapat dengan Manusia.Makhluk Djinn paling berpengaruh, Mahir dalam Ilmu Arkitektur, sering terlibat dalam membantu pembinaan Monumen Gergasi Tamadun Manusia. Bangsa Bengis dan Bertubuh berapi. Terlibat dalam membantu Kerajaan Nabi Sulaiman.
MARID
Bangsa paling bertamadun
Memiliki raut seiras Manusia
Hebat dalam Ilmu Sihir dan Magis
Ada dikalangan mereka yang berpengaruh diangkat sebagai Dewa dalam tamadun Purba Manusia.
Sering diseru untuk membantu Maharaja2 dan Pawang manusia
NASNAS
Bangsa ketiga terbesar
Mendiami dasar laut terdalam.
Bertubuh separuh Djinn separuh hidupan marin.
Sering menjauhi hidupan darat terutama semenjak kemunculan anak-anak Adam.
Menyerang kapal-kapal yang melalui kawasan nya
GHUL
Berkemampuan merubah rupa bentuk (shape-shifting) menjadi apa saja.
Kerap memperdaya kumpulan Pengembara manusia.
Makhluk Primitif pemakan Bangkai dan Mayat.
Menghuni dikaki Bukit, Kawasan Gurun dan Hutan-Hutan Tebal.
HINN
Mempunyai fizikal besar, dan bersayap
Kehidupan sangat misteri dan sangat sedikit jumlahnnya,
Hidup dalam kelompok Kecil jauh dari kumpulan-kumpulan lain
Antara yang terawal mendiami bumi
JANN
Makhluk Gergasi dan bersayap
Mampu menyemburkan api
Musuh kepada Bangsa Hinn
Mengawal dan menjaga sumber emas dibumi
Antara yang terawal mendiami bumi
PALIS
Hidup secara bersendirian
Tinggal didalam sarang-sarang yang dibina dicelah bukit dan hutan.
Menyerang haiwan-haiwan, menghisap darah manusia
Hanya bergerak diwaktu malam dan tidak gemar pada cahaya
SHAITAN
Kumpulan Rebel pemberontak dari kalangan Ifrit
Sangat menyanjung Lucifer/Iblis
Selepas mendapat berita tersingkirnya, Lucifer dihalau kebumi semula.
Mereka membentuk sebuah bala tentera dibawah arahan Lucifer
SHIQQ
Bangsa yang memiliki fizikal sangat besar
Digelar Rakshasha oleh sesetengah tempat
Gemar melakukan kerosakan
Sangat digeruni oleh bangsa-bangsa lain
SI’LAT
Makhluk Yang hidup diudara, juga mampu bertukar wajah, dan menyamar sebagai manusia,
Sering menonjolkan diri seperti pusaran angin.
Tinggal kawasan pergunungan tinggi dan diatas awan.
Musuh kepada makhluk Ghul.
Note : Terdapatnya plenet plenet "lain" yang besarnya 20 kali ganda dari matahari yang dulunya berada diluar sistem suria kita, dimana disitupun terdapatnya penghidupan penghidupan makhluk "lain" namanya yang bukan jin, bukan manusia dan bukan malaikat, malah mereka tidak tahu bahawa Allah ada mencipta makhluk berbangsa Jin dan Manusia, tetapi setelah mereka melakukan kerosakan & kemungkaran maka Allah SWT menghancurkan plenet plenet tersebut hingga menjadi debu. Kita manusia ini adalah makhluk yang terakhir dan dari umat yang terakhir dan dari nabi yang terakhir.
FAKTA INI DIAMBIL DARIPADA SUMBER DARI HADIS HADIS RASULULLAH YANG SUDAH TIDAK DIKETAHUI OLEH UMAT ISLAM PADA ZAMAN INI. ATAS KERANA ITULAH JUMLAH NABI SEMUANYA LEBIH DARIPADA 100 RIBU UTUSAN-NYA. TETAPI BUKAN SEMUANYA MEREKA ITU DITUGASKAN DI ATAS DUNIA INI. TETAPI ALLAH MENGHANTAR MEREKA UNTUK BERDAKWAH DI PLENET-PLENET LAIN YANG BUKANNYA DI SISTEM SURIA KITA.
JIKA DIJUMLAHKAN KESEMUANYA LEBIH DARI 120 RIBU PARA NABI. DAN NABI NABI/RASUL YANG WAJIB KITA KENALI ITU ADALAH NABI NABI DAN PARA RASUL YANG "BERTUGAS" DI ATAS MUKABUMI INI. MAKA KITA TIDAK DIWAJIBKAN UNTUK MENGETAHUI RAHSIA RAHSIAPARA UTUSAN ALLAH DI PLENET-PLENET LAIN DARI CIPTAAN-NYA.
MUDAHAN PENJELASAN YANG RINGKAS INI DAPAT SEDIKIT MEMBUKA MATA HATI TUAN TUAN/PUAN TENTANG RAHSIA ALAM MAYA INI YANG TIDAK PERNAH DIBICARAKAN ATAU DIBERITAHU OLEH MANA MANA PARA ULAMA DIAKHIR ZAMAN INI. PARA KAUM SUFI ITU MENYIMPAN PELBAGAI PERBENDAHARAAN TERSEMBUNYI ALLAH, IA HANYA AKAN DIKONGSIKAN BUAT INSAN-INSAN YANG CELEK PANDANGAN MATA HATINYA UNTUK MELIHAT KEKUASAAN KEKUASAAN ALLAH DALAM PENCIPTAAN-NYA PADA UMAT UMAT SILAM YANG TIDAK KITA KETAHUI KEWUJUDAN MEREKA PADA ZAMAN INI.
ILMU SAINS PARA SUFI ITU ADALAH MENGATASI ILMU ILMU PARA SAINTIS MODEN DAN SILAM! PARA SUFI MEMPUNYAI ILMU ILMU YANG TIDAK DIKUASAI OLEH PARA SAINTIS SAINTIS KAFIR. SUFI ITU ADALAH PARA SAINTIS ALLAH SWT DI ALAM GHAIB YANG MENGUASAI PERBENDAHARAAN TERSEMBUNYI TENTANG ALAM GHAIB YANG TIDAK DIKUASAI ILMUNYA OLEH AHLI DUNIA. JIKA KAMU MENGIKUTI JANGAN SUFI, MAKA KAMU AKAN MENGUASAI "PERBENDAHARAAN TERSEMBUNYI" KAUM SUFI. BAHAWA SESUNGGUHNYA ILMU TASAWUF KAUM SUFI ITU MEMPUNYAI 2 SAYAP-SAYAP YANG MAMPU UNTUK TERBANG JAUH UNTUK MENCARI ILMU ILMU TERSEMBUNYI DI ALAM GHAIB. IA TELAH DIBUKTIKAN DENGAN MATA KEPALAMU.
SESUNGGUHNYA MAKHLUK MAKHLUK SILAM ITU, MEREKA HANYALAH SEBAHAGIAN PENGHUNI BUMI (DLL) YANG PERNAH DICIPTAKAN OLEH ALLAH DAN SESUNGGUH NYA MANUSIA ADALAH SEINDAH MAKHLUK CIPTAAN ALLAH SWT YANG PALING SEMPURNA - BERSYUKURLAH KAMU MENJADI PARA HAMBA-HAMBA-NYA YANG MENGERJAKAN AMAL SOLEH DAN KETAATAN KEPADA-NYA. MUDAHAN ALLAH REDHA KEPADAMU - AAMIIN. WALLAHUALAM (PMS). 🍃
No comments:
Post a Comment