Saturday, 26 December 2015

Tasawuf kalam


Jangan engkau lari daripada medan Tuhan, jihad nafsumu dan bunuh ego dirimu, bunuh akuan dirimu untuk hidup bersama Tuhan sekalian alam.

Umpama berguru dengan Khidir kena kuat sabar, kata Khidir kepada Musa ketika Musa mengikuti perjalanannya, jangan menentangku, Khidir kias kepada Tuhan, jangan menentang kehendak Tuhan, jangan menentang pengzahiran Tuhan, jangan menentang perbuatan Tuhan.

Perjalanan menuju Tuhan memerlukan kesabaran yg kuat, perjalanan yg disepanjang jalannya dipenuhi oleh ujian Allah. Siapa yg dipilihnya akan mencapai kesudahan makrifatullah yg sebenar iaitu hakkul-yakin, kenal Allah dengan Allah.

Sesungguhnya engkau hanya diperjalankan tampa kehendak, tampa kudrat, laa haula wala quwwatta illa billahil aliyyil adzim.

Isyarat Tuhan perintah zikrullah sehingga fana dan mencapai baqa dengan Allah. Setiap sesuatu ada alat menyuci dan menyuci hati dengan zikrullah, kata Allah AKU sekedudukkan dengan orang-orang yg mengingatiKU, wahai Daud bersihkanlah rumahKU, nescaya AKU letakkan didalamnya rahsia-rahsiaKU.


Tujuan daripada zikrullah itu adalah untuk mengosongkan hati daripada segala sesuatu selain Allah. Wahai saudara fillahku sesungguhnya hati yg kosong daripada selain Allah itu adalah hati yg merdeka dan akan menjadi tempat pertaruhan rahsia-rahsia Allah Yg Maha Agung.

Bebaskanlah rohmu daripada jasadmu, dan daripada nafsumu, dan daripada hatimu, dan daripada akalmu dan terbanglah menuju SinggahSana Tuhan Yg Maha Esa.

No comments:

Post a Comment