Tuesday, 22 December 2015

tasawuf cemburu&tazkirah

Imam Mahdi dan Pemuda Bani Tamim berjuang bergandingan, menggunakan kaedah dan strategi baru, yang belum pernah ada dalam lipatan sejarah perjuangan Islam, sepanjang zaman.Berdoalah bersungguh-sungguh agar diberi petunjuk dan kekuatan oleh Allah SWT. Ikutilah saranan baginda Rasul 1400 tahun yang silam “hendaklah kamu bersama Pemuda Bani Tamim itu kerana padanya ada alMahdi”


Allah Maha cemburu!

Bukankah engkau sendiri cemburu kepada orang yg engkau kasih?

Tiada cinta tampa cemburu.

Ahli dunia cemburu kepada dunianya.

Ahli akhirat cemburu kepada akhiratnya.

Ahli Allah dicemburui oleh Allah.

Cemburu Allah kepada Nabi Adam, dicampakkan Adam daripada syurga kepada dunia yg fana, kerana ia berjinak-jinak dengan kenikmatan syurga, maka itulah cemburu Allah!

Ketika Nabi Yakcob berjinak-jinak dengan anaknya Yusuf, dicampakkan Yusuf kedalam telaga buta, bersendirian ditengah-tengah padang pasir, maka itulah cemburu Allah!

Ketika Nabi Ibrahim berjinak-jinak hatinya dengan Hajar dan anaknya Ismail, lalu diperintah oleh Allah keatas Ibrahim untuk meninggalkan kedua-duanya itu dikota Mekkah yg waktu itu padang pasir yg kering kontang, maka itulah cemburu Allah!

Ketika Rasulullah S.A.W berjinak-jinak hatinya dengan rasa kecintaannya kepada Ahlul-Baitnya, Allah menguji mereka dengan berbagai-bagai bala-bencana, Hasan diracun mati dan Husain dipancung kepalanya oleh puak munafikin, maka itulah cemburu Allah!

Dan semua para Nabi, para Wali dan para kecintaan Allah akan ditimpa kecemburuan Allah!

Apabila  Allah mencintaimu, Dia akan memusnahkan segala sesuatu selain Dia didalam hatimu, maka itulah cemburu Allah kepada Ahli Allah!

Kata Allah: Barangiapa yg rindu untuk bertemu dengan KU, maka AKU juga rindu untuk bertemu dengannya dan barangsiapa yg benci untuk bertemu dengan KU, maka AKU juga benci untuk bertemu dengannya!

- BUTA SELAIN ALLAH


Fikir - dan zikir

 Alhamdulillah.
sewaktu membaca Alquran.
Misalnya semasa membaca QS: Alhadiid ayat 1
سبح لله ما في السموات والارض
BERTASBIH KEPADA ALLAH APA-APA YANG DILANGIT DAN DI BUMI.

Dari ayat ini jelas bahawa apapun yang di langit dan di bumi bertasbih.
Burung ,ikan matahari semua bertasbih.

Muncul pertanyaan dibenak saya 'apakah syaitan,orang kafir dan jin2 yg kafir juga bertasbih  ?
Bukankah mereka juga ada di bumi?

Saya cuba memperhatikan lagi ayat itu.
Ternyata yang bertasbih adalah ما في السماوات dimana kata MAA yang ada pada kalimat MAA FISSAMAWATI  adalah MAA mausul.
Sedangkan MAA yang isim mausul itu menurut kaidah ilmu nahwu dipakai untuk barang2 yg tidak berakal /berjiwa.
Jadi ayat di atas artinya adalah:
"BERTASBIH KEPADA ALLAH BARANG2 TAK BERAKAL YANG ADA DI LANGIT DAN DIBUMI.

Dengan demikian tentu akan muncul di benak kita:
"Jangan-jangan ayat ini merupakan sindiran keras Allah pada saya yang malas bertasbih ".

sendiran itu seperti berbunyi: "KAMU YANG DIKURNIAI ANUGERAH AKAL DAN SETUMPUK KURNIAAN YANG BANYAK SUDAH BEGINI JADINYA, SEMENTARA YG TAK MENDAPATKAN ANUGERAH SEBANYAK KAMU TERUS BERTASBIH...!!? "

TESTIMONI KETINGGIAN AKHLAK RASULULLAAH SAW. Allah swt menyebut dalam alQuran, melalui firman-nya yang bermaksud: Sesungguhnya bagi kamu pada diri Rasulullah saw itu contoh ikutan yang terbaik( uswah hasanah )." ( Surah al-Ahzab 33:21 ). " Sesungguhnya engkau ( Rasulullah saw ) benar benar berbudi pekerti agung ( khuluqin ,aziim )." ( Surah al-Qalam 68:4 ) Apabila ummul Mukminin Sayidatina Aisyah r.ha. diminta menerangkan perihal keperibadian Rasulullah saw, maka jawapannya adalah dengan ungkapan yang masyhur ini ." Sesungguhnya akhlaknya ialah al-Quran." ( Hadist Riwayat Ahmad ). Peribadi Rasulullah saw ibarat gambaran al-Quran yang hidup. Kehidupan Baginda saw ibarat mentafsir ajaran al-Quran. Keindahan. Keindahan cahaya al-Quran terpancar pada wajah dan sinar akhlak baginda. Setiap perilaku dan tindakan baginda bertepatan dengan al-Quran dan menjadi sunnah ikutan. WALLAHU A'LAM.

Abu Sa’id al-Khudri berkata; seseorang mendengar bacaan surah al-Ikhlas berulang-ulang di masjid. Pada keesokan paginya dia datang kepada Rasulullah s.a.w. dan sampaikan perkara itu kepadanya kerana dia menyangka bacaan itu tidak lengkap. Rasulullah s.a.w berkata, “Demi tangan yang memegang nyawaku, surah itu seperti sepertiga al Quran!” (HR Imam Bukhari


Mengingati Allah; "Diakhir zaman, ramai manusia yang mencari dimana ketenangan?, ramai manusia yang mencari kesana kesini, ditempat-tempat tertentu untuk memcari dimana ketenangan hati. Dan mereka mencuba bermacam-macam cara untuk mendatangkan ketenangan didalam hati."

"Akan tetapi, seseorang itu mencari ketenangan ditempat yang salah. Seseorang itu tidak akan mendapat ketenangan hati, selagi mana dia tidak menurut apa yang diperintahkan oleh Allah سبحانه وتعالى didalam Al-Quran. Allah سبحانه وتعالى berfirman didalam Al-Quran; "Ingatlah, apabila hati kamu mengingati-Ku, nescaya kamu akan  memperolehi ketenangan."

"Kita hidup disuatu zaman, yang mana manusia hidup didalam tekanan, manusia hidup didalam stress, manusia dilanda berbagai-bagai masalah diatas dunia ini, manusia dirundum dengan berbagai kemusykilan didalam hidupnya. Dan seseorang itu dia mencari jalan penyelesaian kepada masalahnya, kepada stress, tekanan hidup, tekanan perasaan dan hatinya tidak tenang."

"Apabila hati tidak tenang, hidup akan terasa sempit. Dan tekanan hidup akan menghimpit dirinya. Kemudian, dia cuba mencari ketenangan ditempat yang salah. Dia cuba menelan pil untuk hilangkan masalah. Dengan menelan pil akan menambahkan masalah, bukan menghilangkan masalah. Pil tidak akan menyelesaikan masalah tekanan hidupnya. Jika dia tidak menurut saranan Allah سبحانه وتعالى, perintah Allah didalam Al-Quran, maka dia tidak akan mendapat ketenangan."

"Kerana Motif seseorang itu diciptakan di dunia ini, adalah untuk mengenal Allah سبحانه وتعالى, menyembah Allah سبحانه وتعالى, mencintai Allah سبحانه وتعالى. Dan Zikir, mengingati Allah, itu merawat hati, membersihkan hati, menghidupkan hati yang mati."

"Seseorang itu perlu fokus kepada dirinya sendiri. Yakni kepada jiwa kita, kepada hati kita, supaya kita sentiasa bermuhasabah bagaimana kedudukan hamba itu di sisi Allah سبحانه وتعالى. Bagaimana meletakkan Allah di dalam hatinya. Ulamak tarbiah menyatakan sekiranya seseorang ingin mengetahui keadaan hatinya, lihatlah keadaan hatinya di sisi Allah سبحانه وتعالى."

"Jika hatinya memerhati kepada Allah سبحانه وتعالى, sentiasa menjaga Allah perintah Allah, demikian bagaimana hatinya di sisi Allah. Namun jika hatinya lalai dan leka, alpa mengingati Allah, tidak mengagungkan apa yang diagungkan Allah, tidak memusuhi kepada apa yang dimusuhi Allah, maka seseorang hamba itu keadaannya akan menjadi rendah di sisi Allah سبحانه وتعالى."

"Inilah adab kita kepada Allah سبحانه وتعالى. Alangkah beruntungnya orang-orang yang diberikan kelebihan oleh Allah سبحانه وتعالى, yang dapat memanfaatkan masanya, mengisi masanya untuk beribadat kepada Allah سبحانه وتعالى. Untuk mendekatkan diri kepada Allah سبحانه وتعالى. Dan amatlah rugi orang-orang yang masanya berlalu pergi begitu saja."

"Masa yang berlalu tanpa diisi dengan suatu yang bermanfaat. Demi masa sesungguhnya manusia itu didalam kerugian. Maka bersyukurlah kita kepada Allah kerana dipilih oleh Allah سبحانه وتعالى untuk hadir di majlis ilmu di saat ramai orang di luar sana memilih untuk duduk berehat di rumahnya. Ramai orang yang duduk dirumah sambil bersenang-lenang dirumah."

"Ramai orang dirumah mereka, duduk di atas sofanya, ketika ini melihat televisyen, melepak dan sebagainya. Dan kita telah dipilih, kita diizinkan oleh Allah سبحانه وتعالى untuk menghadiri majlis yang baik yakni dimajlis ilmu. Menuntut ilmu agama Allah. Dan duduk ditempat yang baik yakni di rumah Allah سبحانه وتعالى ini. Inilah satu nikmat dan pemberian yang besar diberikan oleh Allah سبحانه وتعالى kepada hamba-Nya."

Guru mulia kami. Tasawwuf. Darul Mujtaba. Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari.




No comments:

Post a Comment