Wednesday, 30 December 2015
tasawuf&tazkirah
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Jika kamu membantu Allah niscaya Allah akan membantu kamu dan menetapkan kaki-kaki kamu.
- Muhammad:7
Siapa yg mencintai dunianya dia akan merosakkan akhiratnya dan siapa yg mencintai akhiratnya dia akan merosakkan dunianya.
- Sabda Rasulullah S.A.W
HambaKU yg sebenar adalah yg tidak melihat lagi selainKU, dia melihatKU dalam segala sesuatu dan dia mengembalikan segala sesuatu kepadaKU! ُ
"Kehidupan ini kadangkala sukar untuk dimengertikan
sesuatu yang kita fikir baik, namun hakikatnya ia tidak baik
sesuatu yang kita fikir tidak baik, namun hakikatnya ia amat baik
Bagaimana akal yang dangkal ini bisa mengerti
hikmah disebalik sesuatu peristiwa
hanya yang mempunyai Cahaya Hati
akan bisa mengerti dengan penuh senyuman
Tiada ketakutan dan kebimbangan
itulah jiwa para Kekasih Allah dalam kehidupan
Tiada gundah Nabi Ibrahim melihat api yang menyala
kerana jiwanya bertaut melihat Allah disebaliknya...
Ramai yang menjadi Kekasih Allah dengan dosanya
mereka merasa hina dan sentiasa merintih dosanya
ramai yang menjadi musuh Allah dengan amalnya
mereka merasa mulia dan sentiasa menghitung amal
Ramai yang Kekasih Allah yang dideritakan Allah dalam kehidupan ini
namun itulah hiburan mereka sehingga mereka merintih jika tiada ujian
ramai para musuh Allah yang dinikmatkan di dalam kehidupan ini
namun itulah penderitaan bagi mereka sehingga sentiasa merintih minta ditambahi..
Kehidupan sukar untuk dimengerti
kerana Cinta Allah penuh dengan keRahsiaan
hanya mereka yang memilki Cinta Yang Benar
akan faham Bahasa Cinta Ilahi...
hingga kehidupan membahagiakan mereka
walaupun dilihat dengan ribuan penderitaan..."
السلام عليكم ورحمة الله وبركاتة.
Ada 3 rahsia yang ditutup rapat-rapat adalah:
1. Jodoh
Takde siapa tahu siapa jodoh kita dan boleh tentukan siapa jodoh kita. Tak guna kita fikir sedalam-dalamnya macam mana berjumpa jodoh dan bila berjumpa jodoh. Kenapa eh? Lagi banyak kita fikir lagi pening dan lost lah kita. Kenapa eh? Jodoh itu rahsia yang ditutup rapat-rapat. Oleh sebab itu, banyak berdoa pada Allah dan yakinlah bahawa jodoh yang ditentukanNya pasti yang terbaik dan pada masa yang kita dah bersedia dan mampu memikul tanggungjawab rumahtangga. Setiap hari sedekahkan al-fatihah dan doa yang terbaik buat bakal jodoh. Jadilah yang solehah, dapatlah nanti suami yang soleh. Yang dah bertemu jodoh, peliharalah ia dengan iman dan ihsan. Hiaskan perkahwinan itu dengan kasih sayang.
2. Rezeki
Rezeki pun rahsia yang ditutup rapat-rapat. Ada orang cacat tubuh badan dan derianya tapi, mampu membina empayar yang besar. Ada orang usaha satu hari, esok dah berjaya. Belajar main-main tapi result gempak. Baca sekali dah hafal and faham. Ada orang sempurna tubuh badan, satu kerja pun susah nak buat.Ada orang pula kerja bagai nak gila, masih sama. Belajar pagi petang siang malam, result biasa2. Baca berpuluh puluh kali pun susah nak faham. Kejayaan,keluarga, harta, ketenangan dan banyak lagi adalah rahsia Allah. Sebab tu bila kita rasa kita boleh menentukan rezeki kita, otak boleh jadi gila dan rasa nak pecah. Bila kita rasa kita boleh tentukan rezeki kita, hati tak tenang dan selalu dalam kerisauan. Rezeki kita, Allah yang tentukan. Yakin lah orang berusaha pasti berjaya. Hidup susah itu bukan selamanya.Orang bijaksana belajar daripada kesalahan. Orang bersyukur tenang hatinya. Rezeki itukan rahsia Allah. Apa yang kita dapat hari ini adalah yang terbaik untuk membersihkan hati dan selalu bersyukur.
3. Ajal maut.
Sakit bukan punca meninggal dunia. Ada orang sakit kronik, hidup bertahun-tahun. Ada yang sihat walafiat, meninggal dalam tidur. Hidup mati itu rahsia Allah yang ditutup rapat-rapat. Selagi hidup, usahalah menjaga kesihatan dan kehidupan yang dipinjamkan Allah dengan bersungguh-sungguh kerana pastinya ajal akan menjemput di mana sahaja dan pada bila-bila masa. Fikirkan kematian dan dosa sudah cukup untuk buatkan kita menjadi insaf kerana syurga dan neraka itu benar. Semoga diberikan pengakhiran yang terbaik di syurga.
Wahai hambaKU! AKU merasakan kepadamu sedikit daripada hal mereka itu, sesungguhnya mereka itu tiada daya-upaya dan kekuatan melainkan dengan rahmat dan pertolonganKU semata-mata, maka engkau pandanglah mereka itu dengan merasai ketiadaan daya-upaya dan kekuatanmu melainkan dengan rahmat dan pertolonganKU semata-mata....
Kasyaf(keramat) paling besar itu adalah melihat keaiban, kekurangan dan kebodohan diri dan melihat dustanya diri dengan Tuhan. Mengenali diri sendiri itu lebih baik daripada mengenali seribu Wali, maka tangisilah dirimu yg masih dusta dan jauh dripada Tuhanmu!
[EMPAT PENDENGARAN]
Guru Mulia Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz pernah berkata, bahawasanya manusia itu terdapat 4 pendengaran. 4 jenis orang dengan empat jenis pendengaran berbeza.
Dan ketahuilah, dengan pendengaran kita akan mengetahui apa yang kita akan lakukan. Sungguh semua kebaikan itu terletak di mana? Di pendengaran kita.
Pendengaran pertama adalah pendengaran Abu Jahal. Pendengaran ini adalah bilamana diberi peringatan, masuk dari telinga kanan akan keluar dari telinga kiri. Hatinya berada dalam keadaan keras. Tak boleh nak terima peringatan daripada sesiapa lagi.
Muhasabahlah, dengar dan muhasabah.
Adakah kita dalam golongan sebegitu? kita telah banyak menghadiri Majlis demi Majlis, Mawlid demi Mawlid, khutbah jumaat demi khutbah jumaat, berzikir demi berzikir. Adakah kita orang yang hanya sekali lalu yang masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri? Ini jenis pendengaran orang pertama. Orang sebegini tidak dapat mengambil manfaat apa-apa.
Pendengaran yang kedua adalah orang itu hadir dalam majlis seperti sebegini. Telah mendengar dan telah masuk cahaya ke dalam telinganya, dan masuk ke dalam hatinya.
Dia merasakan sedap. Dia merasakan peringatan itu "MasyaAllah, tukang pencaramah ini Bagus, Mumtaz!". Zaman sekarang begitu banyak orang yang mencari penceramah yang paling lawak untuk dia dengar dan dipujinya. Ceramah ini bagus, menghidupkan. Lebih baik daripada dia duduk di rumah, tengok tv, tengok wayang dan sebagainya. Lebih baik dia duduk di majlis sebegini. Dia tengok ustaz mengajar dalam keadaan ketawa dan sebagainya.
Jenis orang yg kedua, peringatan masuk ke dalam hati tetapi dia tiada niat untuk mengamalkan apa yang dia dengar. Maka terhenti disitu. Yang penting itu ilmu, tetapi jika tidak diamalkan, ianya adalah perkara tidak benar. Betul majlis sebegini mempunyai kelebihan yang banyak. Diberi keampunan daripada الله سبحانه و تعالى dan sebagainya. Tetapi hasil daripada majlis seperti ini perlu ada. Adakah hanya duduk disini dengar sedapnya ceramah dan selepas itu keluar, habis. Inilah pendengaran yang kedua. Dirinya tidak mengambil manfaat yang banyak.
Pendengaran yang ketiga. Masuk di dalam majlis, duduk bersama-sama dan mendengar, penuh adab. Duduk dalam penuh adab. Kerana apa? Bilamana duduk tidak betul, pendengaran susah nak masuk ke dalam hati. Pandang kanan, pandang kiri, pandang handphone dan sebagainya. Ilmu susah nak masuk ke dalam hati.
Maka dia duduk dengan betul, beradab dan berakhlak dalam majlis kerana inginkan sesuatu faedah kepada hatinya. Kerana dia tahu kehidupan ini adalah sementara. Jadi orang yang ketiga, dia duduk dalam majlis sebegini dan cahaya orang yang memberi peringatan masuk ke dalam telinganya, masuk ke dalam hatinya. Dia berniat nak mengamalkan apa yang didengarinya.
Niat dah ada, bagus! Tapi disebabkan bukan kebiasaan dia, apabila dia nak buat perkara sunat, dia rasa tak sedap nak buat amalan tersebut akibat kata-kata orang dan ianya bukanlah kebiasaan bagi dirinya. Sehingga syaitan berjaya buat dia meninggal segala perkara sunat dan merasa cukuplah dengan hanya buat perkara yang fardhu. Terhenti di situ. Niat dah hadir, tapi amalnya terhenti di situ. Akibat hasutan daripada syaitan dia berhenti di situ. Orang ini belum dapat hidayat yang betul.
Tapi pendengaran yang keempat mendapat faedah yang terbesar. Mereka akan mengambil faedah yang betul-betul berfaedah. Dia datang ke majlis sebegini, dia beradab dan mendengar peringatan yang disampaikan. Merasakan peringatan yang diterima bukan datang daripada pendakwah, tetapi datangnya daripada الله سبحانه و تعالى . Dia merasakan ingin memperbetulkan dirinya.
Dia berkata sediri,"Siapapun yang berada di hadapan, aku ingin betulkan diri aku, aku ingin bersihkan hati aku. Hati aku semakin keras & banyaknya maksiat telah aku lakukan. Aku duduk di majlis ini aku mahukan peringatan".
Maka masuk peringatan tersebut ke dalam hatinya kerana peringatan itu bercahaya dan selepas itu dia pun berniat mahu beramal. Selepas keluar daripada majlis dia bertaubat kepada الله سبحانه و تعالى dan beramal dengan apa yang dia dengar. Dia merasakan apa yang dia inginkan adalah perkara yang agung. Amalan adalah perkara yang agung dan besar. Jadi dia tidak akan mahu kotorkan amalannya dengar sifat Kibir, Riak, sombong dan berasa malu beribadah kerana manusia. Dia tidak peduli apa yang orang lain cakap. Bila nak berzikir dia berzikir, Bila dia nak solat dia solat. Dia nak jadi hamba الله سبحانه و تعالى . Bukan hamba manusia. Orang seperti begini akan merasakan kelazatan dalam beribadah.
Zaman sekarang kita telah tahu sedapnya rasa makanan, minuman dan sebagainya. Kelazatan yang zahir. Tetapi hati kita sebetulnya boleh dapat kelazatan yang lebih tinggi jikalaulah dia boleh merasa. Cinta bila sesama manusia, kita boleh rasa sedap di dalam hati kita kan? Dalam ibadah juga ada kelazatannya yang boleh dinikmati.
Berselawat kepada رسول الله صلى الله عليه وسلم punyai kelazatan. Berzikir dan tasbih punyai kelazatan. Istighfar juga punyai kelazatan.
Tetapi kita tidak dapat merasakannya. Sungguh kasihan. Tanyalah dengan diri sendiri. Adakah kita pernah rasa atau tidak rasa? Adakah kita redha dengan keaadan kita yg telah berumur berpuluhan tahun tapi tak pernah merasakan kelazatan ini seumur hidup?
Sungguh rugi.Sungguh rugi.
[AL-HABIB NAEL BIN ALI BIN THOHIR HAFIDZOHULLAH]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment