YEAYYYY AKU BEBAS.... TETAPI,
Cuba fahami mesej disebalik gambar ini (sebuah anologi/mungkin tidak betul dari sudut realiti) . Kura-kura ini pada mulanya rasa gembira sebab telah bebas daripada terperangkap dalam cengkerang keras lagi berat sebelum ini. Namun dia tidak sedar bahawa keselamatan dirinya telah hilang 
Beginilah "diibaratkan" keadaan sekarang ini apabila PM umumkan 10 Jun ini, status PKPB menjadi PKPP. Semua kelihatan gembira dan tidak sabar menunggu tarikh "kebebasan" sejak 3 bulan lalu dengan status pergerakan yang terkawal.
Oleh sebab itu kami mohon semua masyarakat Malaysia harus sedar dalam kegembiraan ini sebenarnya masa hadapan ini sangat penting dalam memastikan keselamatan semua daripada dijangkiti wabak Covid-19.
Kita rasa gembira namun keselamatan kita mungkin hilang (seperti dalam gambar Kura-kura di atas) jika tidak tidak berhati-hati dan beringat-ingat.
Masa depan kini terletak di bahu kita semua. Insya-illah jika kita patuh kepada nasihat kerajaan dan KKM (Patuh SOP) kita boleh terus kekal selamat dan sama-sama menjaga keselamatan golongan berisiko seperti ibu-bapa kita (warga tua), pesakit kronik, pesakit yang mempunyai imuniti tubuh yang rendah (pesakit kanser) & kanak-kanak.
Ikuti nasihat ini.
1. Kerap basuh tangan
2. Jaga penjarakan sosial
3. Pakai penutup hidung dan mulut (mask) apabila berada di luar
4. Elakkan berada dalam keadaan i)sesak ii) sempit & iii) sembang dengan jarak dekat
5. Basuh (disinfeksi) selalu kawasan yang kerap disentuh
7. Jangan berkumpul ramai-ramai
8. Patuh kepada SOP jenis-jenis larangan aktiviti yang dikeluarkan oleh kerajaan
9. Limitasikan masa berada di kawasan orang ramai seperti pasar/pasar tani/pasar malam. Jika ada pilihan lain untuk dapatkan barangan dapur, gunakan pilihan yang lebih selamat.
10. Sentiasa amalkan kebersihan diri
11. Tambahan: "Salam", "Peluk" & "Cium" juga harus dielakkan especially bila balik bertemu orang tua mahupun kanak-kanak or bayi.
No comments:
Post a Comment