Thursday, 11 June 2020

{HIDUP NORMA BAHARU}

HIDUP NORMA BAHARU}
KITA merupakan saksi kepada peristiwa bersejarah ini. 20% atau 1.7 billion manusia “dikurung” bagi melindungi populasi manusia dari dibaham gelombang virus Covid 19 ini.
Terasa baru semalam berita mengenai virus baru dari haiwan eksotik dari pasar di China dilaporkan, Siapa sangka ia kini telah menjengah ke seluruh bandar, kampung dan desa. Hanya dalam tempoh 3 bulan, virus ini menjalar pantas ke seluruh ceruk dunia merentas sempadan dan lautan.
Tiada pilihan, segala aktiviti ekonomi dan sosial yang tidak perlu dihentikan, pergerakan manusia di tambat dan hanya operasi penting sahaja di teruskan.
Tetapi, Hari ini sudah masuk hari ke-86 semenjak permulaan fasa pertama PKP, perjuangan kita bersama selama ini sudah menunjukkan hasilnya. Ekonomi sudah semakin pulih. Bilangan kes sembuh semakin ramai, bilangan kes baru kian berkurangan.
Sudah tiba masanya untuk kita jalankan kehidupan seharian dalam norma baharu, tiada lagi salam bersalaman, tiada lagi perhimpunan beramai-ramai, pemeriksaan suhu badan merupakan perkara normal sebelum masuk ke mana2 premis, pemakaian topeng muka digalakkan dan kerap mencuci tangan hampir menjadi kewajipan.
Teruskan berdoa dan patuh kepada perintah kawalan pergerakan pemulihan. Kita sudah sampai sejauh ini. STAY SAFE. STAY HEALTHY.

No comments:

Post a Comment