PERINGATAN kepada non-Muslim yang ingin memeluk agama Islam terdapat perkara yang terpaksa anda korbankan dalam hidup anda seperti:
1.Tak boleh minum arak termasuk hidangan yang menggunakan arak.
2.Tak boleh makan babi walaupun itu makanan kesukaan anda.
3.Tak boleh berjudi walaupun tu hobi anda
4.Wajib pakai tudung bagi wanita dan menutup aurat(dalam media sosial pun kena tutup aurat dan pakai tudung)24/7
5.Tak boleh pegang dan memelihara anjing walaupun anda penggemar anjing tiada kompromi.
6.Lelaki mempunyai lebih hak daripada wanita seperti lelaki boleh berpoligami,menjatuhkan talak,menjadi Imam, dan lain-lain.Kalau anda feminis maka agama ini bukan untuk anda.
7.Kebanyakkan hiburan seperti PUBG,KPOP dan Lathi diharamkan mengikut mufti maksudnya anda tak boleh mengamalkan hiburan ini.
8.Muzik dan nyanyian pun diharamkan kerana iannya adalah hobi Syaitan.Menari pun sama tak boleh.
9.Kena solat 5 waktu dari subuh hingga ke malam dan bagi lelaki wajib solat Jumaat boleh didakwa jika tidak menunaikan solat Jumaat.
10.Wajib berpuasa dan tak boleh makan dekat tempat awam ketika bulan Ramadhan jika tidak anda akan didakwa oleh pihak JAKIM.
11.Kena mengaji Al-Quran yang tebal dan faham serta lancar dalam bacaan sebab anda akan membacanya dalam bahasa Arab Quraish.
12.Jika anda sebahagian daripada golongan LGBT atau menyokong LGBT maka Islam bukan agama anda kerana Islam sekeras-kerasnya menolak LGBT dan hukuman mati boleh dikenakan.
13.Diet anda harus berasaskan makanan halal.Selain makanan halal tidak dibenarkan dalam Islam.
14.Wajib membayar zakat
15.Kemungkinan anda akan ditinggalkan rakan dan keluarga kesayangan anda kerana mereka tidak setuju anda memeluk Islam.
16.Bersiap sedia fizikal dan mental jika anda dicemuh dan diajari oleh Muslim kalau anda tersilap atau ketinggalan ketika mengamalkan ajaran Islam seperti cara anda bertudung,mengujungi majlis non muslim,berpakaian,dan lain-lain.
17.Harus patuh undang-undang Syariah kerana sistem itu secara automatik akan diikat pada anda setelah memeluk Islam.
18.Harus menjaga batas lelaki dan perempuan dilarang bersentuhan serta berada sebilik berduaan kerana boleh didakwa atas kesalahan Khalwat.
19.Tidak boleh menerima riba atau bunga dalam urusan jual beli kerana itu haram.
20.Rekaan seperti patung,arca,gambar,lukisan dan foto tidak dibenarkan dalam Islam sebab boleh menghalang Malaikat memasuki rumah anda dan hobi melukis dan mewarna juga diharamkan.
21.SELEPAS ANDA MEMELUK ISLAM,TIADA JALAN UNTUK ANDA KELUAR DARIPADA ISLAM(MURTAD) KERANA ANDA BOLEH MENDAPAT HUKUMAN MATI ATAU DIHINA OLEH MASYARAKAT.
Oleh itu,fikir masak-masak sebelum nak peluk Islam sebab tiada jalan keluar apabila telah memeluk Islam.Jangan masuk Islam disebabkan desakkan keluarga,rakan-rakan serta masyarakat kerana hanya anda sahaja tahu diri kemahuan diri sendiri dan bukan orang lain.Buat penyelidikan terperinci tentang Islam dalam banyak perspektif bukan pada sisi Islam sahaja dan dgr juga pendapat mereka yang murtad dari Islam kerana anda memerlukan perspektif mereka untuk membuat pilihan samada anda mahu memeluk Islam atau tidak.Jangan masuk Islam sebab nak tunjuk glamor,nak lariskan produk,join politik atau lain-lain sebab hal ini boleh melantun balik menjadi masalah besar buat anda pada masa hadapan.
No comments:
Post a Comment