Thursday 27 February 2020

lepat

Ya Kekasih Allah ❤️
Malam ini suasana Sunyi menyendat segenap ruang hatinya, ada berita yang mewatakkan mengambil alih kerja Tuhan sedang hebat di perlakukan.
"Ahh.." - Seiringan lembut nafas di hembuskan. Di sandarkan tubuh belakangnya ke lusuh Sofa di ruang tamu Studio jamming. Sambil merenung seorang Sahabat sedang menulis bagi menyusun tulang belakang sebuah lagu.
Seorang Sahabat tiba-tiba mencapai sebuah gitar berusia 53 Tahun.
Surah Al Hujarat Ayat ke 11 datang merayap merentasi ruang akalnya. Dia tersenyum sambil matanya masih meneliti gerak jari Sahabatnya yang sedang tak mengenal malu untuk terus menari lembut mengemalaikan syahdunya irama yang terlahir dengan begitu bersahaja.
Berhenti sahaja denting petikkan,
Gitar tua di letakkan, namun perasaannya masih bertautan dengan apa yang diteterakan oleh mata batinnya.
Tiba-tiba Surah As Saffat Ayat ke 14, Surah Yasin Ayat 30, Surah Al Anbiyaa Ayat ke 41. Serta Surah Az Zummar Ayat 56. Menerpa menyendat kedalam akal fikirnya. Dia pun tersenyum sendirian.
"Postman-pengantar atau penyampai Surat, Isinya adalah khas buat yang menerima dan membacanya, namun setelah di baca, prihal faham atau tidak yang disampaikan adalah satu soal dalaman pada si pembaca itu sendiri. Labgkah paling terbaik adalah menghubungi kembali si pengirimnya untuk di usuli dengan lebih tepat lagi akan apa yang di maksudkan didalam baris penulisannya itu.
.
Tetapi apalah ertinya kedatangan seorang Postman jika si pembaca TIDAK MENGENALI akan siapakah sebenarnya si pengirim.
Lalu bagaimana baginya untuk diusuli segala isi surat itu. Maka akan terjadilah suasana sangka menyangka. Seterusnya ejek mengejek kepada Postman yang juga tidak dikenalinya itu. 🙏🏽
.
❤️
.

No comments:

Post a Comment