Saturday 22 February 2020

fb

Suapan Berita

Sertai Kumpulan
SHEIKH QODIR JILANI - Kelebihan & Fadhilat Sholawat Ke atas Nabi Muhammad (S.A.W)
Sheikh Abdul Qadir Al-Jilani Al-Hasani menyatakan tentang kelebihan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. di dalam kitabnya al-Safinah al-Qadiriyyah.
Beliau meriwayatkan daripada Ibnu Farhun berkata: Berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu mempunyai empat puluh dua kelebihan.
Hal ini tertulis di dalam kitabnya ‘Hadaiq al-Anwar’:
1. Melaksanakan perintah Allah.
2. Bersamaan dengan selawat Allah kepada Rasulullah s.a.w.
3. Bersamaan dengan selawat para malaikat.
4. Mendapat ganjaran sepuluh kali selawat daripada Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan (selawat daripada Allah bererti rahmat).
5. Dikurniakan oleh Allah sepuluh darjat atas tiap-tiap satu selawat.
6. Dituliskan oleh malaikat sepuluh kebaikan atas setiap selawat.
7. Dihapuskan oleh Allah sepuluh kejahatan atas setiap selawat.
8. Segala doa akan diperkenankan oleh Allah.
9. Mendapat syafaat daripada Rasulullah s.a.w.
10. Mendapat keampunan Allah serta akan ditutup segala keaiban.
11. Allah akan menutupi segala dukacita.
12. Dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah s.a.w.
13. Mendapat darjat al-Sidq.
14. Ditunaikan segala hajat.
15. Salam sejahtera pada hari kiamat.
16. Allah dan para malaikat akan berselawat ke atas individu yang berselawat.
17. Mendapat khabar gembira daripada Allah dengan balasan syurga.
18. Salam sejahtera pada huru-hara hari kiamat.
19. Rasulullah s..a.w. akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan.
20. Mudah mengingat semula perkara-perkara yang lupa.
21. Mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu.
22. Tidak akan merasai fakir.
23. Terpelihara daripada dihinggapi sifat bakhil.
24. Mendapat kesejahteraan daripada doa Rasulullah s.a.w. kepada yang berselawat.
25. Selawat akan menjemput setiap pengucapanya ke jalan syurga.
26. Menjauhkan seseorang itu daripada terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama Allah dan Rasul-Nya atau daripada majlis-majlis lagha.
27. Berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah apabila disebut (di dalam doa), maka akan disambut selepas itu dengan kalimah selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
28. Selamat melintasi titian Sirat al-Mustaqim pada hari kiamat.
29. Disambut oleh Allah pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak.
30. Mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah.
31. Mendapat keberkatan daripada Allah.
32. Mendapat kesempurnaan iman.
33. Kasih dan cinta kepada Rasulullah s.a.w.
34. Mendapat hidayah Allah dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati Allah.
35. Setiap selawat yang dibaca akan dibentangkan di hadapan Rasulullah s.a.w. secara langsung.
36. Teguh pendirian dengan kebenaran.
37. Berselawat bererti kita menggunakan sebahagian hak-hak Rasulullah s.a.w. ke atas diri kita. Di samping itu ianya dianggap sebagai mensyukuri nikmat Allah yang mengurniakan dan mengutuskan Rasulullah s.a.w. kepada kita.
38. Berselawat juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengikut segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah.
39. Berselawat bererti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah, ke atas Rasulullah s.a.w. dan kepada diri sendiri.
40. Antara kelebihan yang paling hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran Rasulullah s.a.w. di dalam jiwanya.
41. Dikurniakan oleh Allah maqam seorang Syeikh dan Murabbi.
42. Mendapat kebahagiaan, ketenangan hidup didunia dan akhirat.
Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.”
(Surah Al-Ahzaab 33:56)
Rujukan2 lain:
– Al-Quran & Hadis
– Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM)
– Buku 60 Kisah Bertemu Rasulullah s.a.w
******
Kalau benar spt kata Qodir Jilani dll berkenaan "fadhilat selawat" , sudah tentu ia satu BERITA BESAR yg akan terdapat byk hadis2 meriwayatkan nabi & para sahabat, spt Abu Bakar berselawat 300 kali.sehari, Umar berselawat 1000 kali setiap hari utk fadilat tertentu, Aishah berselawat setiap sebelum tidur sebyk jumlah tertentu spt 100X, Ali berselawat 50X setiap hari dll. Tapi tdk ada.
Tdk pernah ada.
Dan kalau benar spt kata Qodir Jilani akan fadhilat2 selawat , dah pasti ada byk riwayat2 & perkabaran2 sahaba2 nabi buat majlis2 selawatan. Ada? Takda
Tak ada.
Tak pernah sesekali dlm sejarah nabi2, Allah perintah umat2 mrk utk baca sesuatu MANTRA memuji2, memuja2, mengagungkan, atau mendoakan dlm bentuk ZIKIR /mantra pagi petang siang mlm, apalagi MEWAJIBKAN umat melakukannya apalagi jadi sbg syarat sah dlm solat/beribadat kpd Allah, yg jelas bercanggah dgn pengakuan "iftitah" dan konsep keseluruhan Ad Deen Allah.
Komen
  • Ahmad Mustafa Balewa Kalau benar spt kata Qodir Jilani dll berkenaan "fadhilat selawat" , sudah tentu ia satu BERITA BESAR yg akan terdapat byk hadis2 meriwayatkan nabi & para sahabat, spt Abu Bakar berselawat 300 kali.sehari, Umar berselawat 1000 kali setiap hari utk fadilat tertentu, Aishah berselawat setiap sebelum tidur sebyk jumlah tertentu spt 100X, Ali berselawat 50X setiap hari dll. Tapi tdk ada.

    Tdk pernah ada.
  • Ahmad Mustafa Balewa Dan kalau benar spt kata Qodir Jilani akan fadhilat2 selawat , dah pasti ada byk riwayat2 & perkabaran2 sahaba2 nabi buat majlis2 selawatan. Ada? Takda

    Tak ada.
  • Ahmad Mustafa Balewa Tak pernah sesekali dlm sejarah nabi2, Allah perintah umat2 mrk utk baca sesuatu MANTRA memuji2, memuja2, mengagungkan, atau mendoakan dlm bentuk ZIKIR /mantra pagi petang siang mlm, apalagi MEWAJIBKAN umat melakukannya sbg syarat sah dlm solat/beribadat kpd Allah, yg jelas bercanggah dgn pengakuan "iftitah" dan konsep keseluruhan Ad Deen Allah.
    1
  • Zulkifle Yusof Nabi Muhamad saw bukan di agongkan dengan zikir2.
    .
    Satu doa Selawat pada Nabi saw.

No comments:

Post a Comment