Sunday 26 August 2018

pesan 6

"Hajat zahir menjadi batin, menyulamkan batin menzahirkan hayat"
Dalam wangi ada tarikan, dalam hanyir ada kesumat,yang mana dikatakan mati. Semua maha hidup dalam bangkai ada ulat. Setiap daya ada perkerjaan, tiada daya wajib dikerjakan juga, mana mahu lari, oh celaka sungguh, siapa yang kejutkan daku sedang LENA lantas SADAR.
Kekosongan tidak pernah ada.Yang wujud adalah kepelbagaian ini.
Sekiranya kita mati, kita tidak akan pernah merasakan kematian itu.
Hidup, sedar-sedar sahaja kita telah pandai berjalan beserta pakej-pakej kehidupan kita, ibubapa, nama, rupa dan lain-lain, Dan terkemudian nanti kita pasti akan mati. APabila mati lupuslah segalanya. Kita tidak mengetahui kita dimana, tidak ada langsung memori menggambarkan kita pernah hidup malah kita sendiri tidak akan sedar bahawa kita ADA! Contohnya, kita tidak pernah tahu kita pengsan melainkan kita tersedar selepas itu. Ketika pengsan kita tidak pernah merasakan pengsan, hidup mahu pun mati. Kita tidak sedar langsung!
“Selagi hayat dikandung badan hargailah ia sebaik mungkin,
Bagaimana manusia itu boleh mati, sekiranya dia tidak pernah memiliki “HIDUP”
“hidup atau hayat itu sifat siapa”?🚬
“BUKANKAH AKU INI TUHANMU ? BETUL ENGKAU TUHAN KAMI, KAMI MENJADI SAKSI”
(Q.S AL-‘ARAF 172)
Sudah tepat.. sudah terjawab Kan? Apakah ada lagi yang silapnya?
Telah aku pandang bahawa, duniawiyah ini adalah seseni-seni secantik-cantik lukisan ketuhanan yang tidak ada cacat celanya.Kerapian kedirian yang maha sempurna,apa lagi yang hendak dima'rifahkan?
Tahu dan tidak tahu, buruk dan baik, kafir dan Mu'min.... jaringan-jaringan kesenian.
Keseolahan dua wujud, bayang dan yang empunya bayang.Akal cumalah isyarah atau bahasa ma'ani yang merunju' kepada “IRODAT/ ILMU' 'KEtuhanan' itu sendirian, dan tidak melebihi atau kurang dari yang sedemikian itu.
Faham, bukannya kelebihan, tak faham, bukannya satu kekurangan.. kerana dua-duanya berawal dari ZAT ESA.
Konsep balasan dialam barzah ini direka khas untuk manusia, agar merasa ‘ketakutan’, dan dijadikan undang-undang atau syariat yang membimbing mereka supaya sentiasa berbuat kebajikan dan mejauhi kejahatan dimasa hidup.
Kebaikan = setiap ciri-ciri yang membahagiakan manusia.
Kejahatan = setiap yang bertentangan dengan kebahagiaan manusia.
Walau bagaimanapun syariat-syariat baik dan jahat ini mestilah berlantaskan ciri-ciri pemerintah.
Undang-undang “Baik” kadang-kadang menjadi “Jahat”, kiranya menentang pemerintah.
Undang-undabg “Jahat” akan dikira “Baik”.. andainya tidak menentang pemeritah.
Umpamanya: ‘Memakai Topi keledar adalah baik, kerana memakai topi keledar menguntungkan pemerintah.. Walaupun pemerintah megetahui bahawa kematian bukanlah disebabkan oleh perlanggara, tetapi kerana sudah sampai “Ajal’
Berpuluh-puluh billion manusia telah pun pergi sebelum kita Bila ditanya: ‘Apakah kamu mati kerana H1N1?’ Dan tiada seorang pun akan menjawab: ‘Yes oh Yes.. betul.. betul’, Bahkan, mereka-meraka senyap sahaja, tidak menjawab.
Undang-undang tercipta demi kesejahteraan kehidupan, bukanlah dibawa ke alam khayalan semata-mata sehingga menyebabkan kita takut akan kematian, samada menuju ke “syurga atau neraka” kedua-duanya sudah tersedia ada ketika hayat dikandung badan,sedar dan tidak sedar sahaja.
“Dari DIA Kita hadiri, dan dari DIA juga kita lenyap”
#dari titik terungkap kenyataannya
#dari kelenyapan timbul persoalan
“ selagi bertanya selagi itu ber’illusi "
Pengalaman hidup ber’intikan pencipta’ tidak memerlukan ugama-ugama untuk dianuti, kerana telah tersedia adanya tuhan, tanpa tercari-cari dan difikir-fikirkan serta direka-reka.
'KITA' harus mengubah cara pemusatan konsep dari pemikiran 'kuno' atau pendirian yang berpusar dan bergantung disekitar 'TUHAN, kepada mengkaji diri "KENAL DIRI KEDIRIAN, kerana 'KEDIRIAN' itu adalah tuhan yang dicari-cari. Dan 'KESEDARAN' adalah sifat 'TUHAN.
Bukan senang, minda nak bebas dari merdeka. Kita kebiasaannya, memenjara atau terpenjara dengan apa yang didengar-dengar dan dibaca-baca, lalu kita mempercayainya, peringkat muksimum.
TUHAN’ dicipta atau dicetuskan oleh manusia dari ‘tiada’ kepada ‘ada’ (matrix), agar manusia-manusia kerdil akan terus berkhayal menghisap morphine atau candu, kerana ia tidak tahu apa hendak buat untuk memenuhi masa lapangnya atau ketika ia bangun dari tidur (jaga).
‘TUHAN’ adalah senario yang direka-reka seumpama cerita-cerita drama yang mampu menitiskan berlori-lori air mata penonton-penonton TV.
Episod bersiri ‘Tuhan’, adalah agenda dan seni kreatif illuminati,cahaya atau Enlightenment yang diolah oleh para filosof yang ‘dikitab sucikan.
Kiranya kamu ingat 'TUHAN' itu ada.. maka carilah sampai ketemu. Mungkin 'IA' berada dilubang-lubang cacing atau hanyut disungai-sungai.
Sekiranya kamu ketemui 'IA'.. maka buktikan kesahihannya dengan bukti-bukti logika.
“Namun janganlah kamu buktikan dengan mengutip kata-kata yang “tersedia adanya” kerana mungkin sahaja kamu telah diakali atau dikelirukan secara licik olih ahli-ahli iluminati (sang Imaginasi kuno)”
#Ketuhanan yang sentiasa mesra dengan jasad, tidak memerlukan dengan kata-kata manusia, untuk kewujudannya, kata-kata hanyalah
umpama dedalu yang menumpang di persada minda.
"Selagi bertanya selagi itu ber”illusi🚬
" Terseksa, untuk mencintai'nya
Menjiwai, untuk diseksanya
Terpaksa atau rela, janji zahir bersama
Bila tiba waktu zahir harus bercincinkan batin "6

No comments:

Post a Comment