Wednesday 29 August 2018

CARILAH YANG DAPAT MENYAMPAIKAN
________________________________________
Adapun Aku ini adalah rahsia yang memerintah ruh, dan ruh itu pula memerintah hati, dan hati itu pula memerintah tubuh.
________________________________________
Berdiri akan sembahyang itu, pada hakikatnya tuhan jua yang ada yang esa sendirinya, tiada dua dan tiada tiga. tuhan memuji dirinya sendiri, maka di situlah fananya kita.
________________________________________
Tiada lagi kita yang bertubuh batin dan zahir, hanya tuhan yang wujud dan yang ada, bertubuh makhluk batin dan zahir, maka yang bertubuh itu ruh namanya.
________________________________________
Hanya nur tuhan jua yang jadi tubuh kita. Dan pada hakikat nur itu, terkandung rahsia besar di sebaliknya iaitu sir namanya, dan di dalam sir itu, Akulah tuhan.
________________________________________
Itulah hakikat diri peribadi kita umat manusia, yang membawa dan menanggung rahsia ketuhanan. Agar lebih faham, engkau pergurukanlah kepada guru yang benar ahli hakikat dan sampai pula ke maqamnya.
________________________________________
Usahlah kau pergurukan kepada guru yang sangkut atau kandas, kelak engkau akan dikelirukan oleh pelbagai nama dan beza, di saat itu pula engkau bertuhankan tarekat dan zikir, menyembah syeikh dan mursyid.
_____________________
Itulah yang namanya,
makrifat SYOK SENDIRI.

No comments:

Post a Comment