Geese Howard
Adakah kamu mengenali negara Turkistan? Ya, ia adalah sebuah negara yg sudah hilang dari akal fikiran...
Adakah kamu mengetahui bahawa Turkistan Timur itu dahulunya adalah sebuah negara Islam yg cukup besar? Ya benar, amatlah luas negaranya & amatlah ramai penduduknya. Ia adalah di antara negara terawal yg dibuka di zaman Bani Umayyah sejak tahun 96 Hijrah lagi, namun nasibnya sekarang ia sedang dijajah & diratah teruk oleh China sejak tahun 1949 hinggalah sekarang.
Sejak tempoh penjajahannya hingga ke hari ini, China dengan kejamnya telah membunuh sebanyak 60 juta lebih umat Islam Turkistan Timur !!, yakni satu jumlah yg amat-amat besar, hampir 10 kali ganda ramainya dari jumlah para syuhada Bosnia, Iraq, Afghanistan, Syisyan & Palestine. Pada tahun 1952 sahaja, China telah menghukum bunuh 120,000 orang dari umat Islam di sana yg kebanyakkannya adalah para alim ulama, dan perkara ini telah disebut sendiri oleh Burhan Syahidi iaitu salah seorang pemerintah Turkistan Timur ketika itu.
Dari tahun 1949 hingga 1979, penjajah China telah meruntuhkan 1000 buah masjid di sana. Dari tahun 1979 hingga sekarang, penjajah ini telah mengunci 1200 masjid, dan telah cuba sedayanya utk menukarkan sebahagiannya menjadi pusat2 & pejabat parti komunis mereka. Bukan setakat cuba menyekat umat Islam dari beribadat di masjid-masjid, malah ibadat puasa di bulan Ramadan juga adalah dilarang. Juga tidak dapat dipastikan adakah sambutan hari raya aidilfitri disana masih kekal wujud ataupun tidak. Kebencian mereka juga cukup memuncak terhadap para pembaca & pencinta al Quran. Hingga kini, mereka telah membakar 370,000 pusat-pusat tahfiz al Quran di kota Urumqi, yakni ibu kota Turkistan Timur sekarang.
Penjajah China ini juga telah memaksa 54,000 orang pegawai-pegawai agama Turkistan Timur untuk bekerja sebagai tentera kerahan. Mereka juga telah membakar kumpulan2 wanita berhijab yg menolak utk tidak menanggalkan hijab-hijab mereka, dibakar hidup2 di kota Kashgar dan tempat-tempat lainnya di sana.
Sekitar tahun lepas juga ketika saya masih di Mesir, mereka telah memaksa pihak kerajaan Mesir utk menyerahkan pelajar2 al Azhar dari Turkistan Timur ini utk dikembalikan ke negara mereka, habis berselerak pelajar2 malang ini lari menyorok & menyembunyikan diri di sekitar Madinah Nasr, Kaherah. Ibu bapa mereka disana ditahan & diugut bunuh andai tidak pulang, ramai yg ditangkap & diserahkan, dan hingga kini saya sendiri juga tidak tahu adakah pelajar2 tersebut masih hidup atau sudah bergelar syuhada? Hasbunallah wani'mal wakil.. Sesungguhnya hanya laknat Allah & sebesar-besar kemarahanNya sahaja yg selayaknya ke atas penjajah China ini dan sekalian pendukung2 fahaman komunis kapiaq harbi di serata dunia, yg malangnya sedang wujud juga ia di negara kita ini yg mana secara sedikit demi sedikit mereka telah mula menguasai & mencengkam dari belakang.
Wahai para pembaca, adakah masih wajar buat kita umat Islam sekarang ini utk terus bercakaran sesama sendiri? Adakah masih wajar utk kita saling gemar salah menyalahkan aku betul korang salah sheikh aku betul sheikh korang salah jemaah aku betul jemaah korang salah? Adakah masih wajar bagi kita yg setiap saat semakin lemah untuk meneruskan edisi perpecahan ini?
Aku menyerahkan semua yg diceritakan ini kepada jiwa-jiwa yang masih mempunyai hati & perasaan. Inilah dia diantara kisah-kisah & peringatan buat umat Islam di zaman ini. Moga-moga ia menjadi iktibar & teladan buat akal-akal yg ingin merenung & berfikir.
Ibn Shihab al Dimashqy
17:10 Tareem HadraMaut
Gambar hiasan:- Peta negara Turkistan Timur, sebuah negara yang sudah tidak wujud lagi di dalam peta dunia sekarang ini.
17:10 Tareem HadraMaut
Gambar hiasan:- Peta negara Turkistan Timur, sebuah negara yang sudah tidak wujud lagi di dalam peta dunia sekarang ini.
No comments:
Post a Comment