Hati hatilah jika hatimu terdetik merasa bangga dengan dirimu, atau merasa irih hati terhadap sesama manusia, kerana syaitan sudah mula untuk duduk mendiami hati kamu. Dan syaitan mula bekerja untuk memperdayakan kamu. Firman Allah: surah Al Araf:
Wahai anak anak Adam, janganlah kamu diperdayakan oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari syurga , sambil dia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka aurat mereka(yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya kami telah menjadikan syaitan syaitan itu teman rapat bagi orang yang tidak beriman. Ayat : 27.
Maka segeralah tersedar sebelum hanyut dibuai mimpi oleh syaitan . Ada 17 pintu bagi syaitan.
(1) kebodohan
(2) marah
(3) panjang angan angan
(4) cinta dunia
(5) rakus
(6) kikir (bakhil)
(7) sombong
(8) suka dipuji
(9) riya'
(10) bangga diri
(11) keluh kesah gundah gulana
(12) mengikut hawa nafsu
(13) buruk sangka
(14) menghina sesama manusia
(15) meremehkan dosa
(16) merasa aman dari azab Allah
(17) putus asa dari rahmat Allah
Maksud kebodohan disini ialah bodoh tentang agama dan akhirat bukan hal dunia.
Dari 17 pintu itu ada tiga pintu utama yang paling penting untuk kita agar jangan sampai melakukan.
(1) sombong
(2) tamak / cinta dunia
(3) dengki.
Jika ada tanda tanda sedemikian maka hati hatilah syaitan sudah mula hendak berkampung dihatimu.
No comments:
Post a Comment