Thursday 19 April 2018

PERKARA KECIL YANG BERMAKNA

PERKARA KECIL YANG BERMAKNA
________________________________________
Benda-benda atau perkara-perkara kecil di dunia ini yang mungkin kamu seorang sahaja yang melihatnya, bukanlah sekadar kebetulan ataupun perkara yang sia-sia belaka.
________________________________________
Lambang atau tanda di jalanan, burung yang hinggap di bumbung, semut yang melata di sisa makanan, perbualan atau bisikan orang di meja sebelah, lirik lagu yang sedang berkumandang di radio, itulah Aku. Aku sentiasa sahaja berserta dengan kamu.
________________________________________
Aku akan melakukan apa sahaja untuk mencapai kamu. Untuk terus memberikan kamu harapan. Untuk terus membimbing kamu. Untuk menjawab setiap persoalan kamu.
__________________
Dengarilah Aku.....
Lihatlah Aku.....
______________________
Rasailah kehadiran-Ku.

No comments:

Post a Comment