Thursday, 8 March 2018

SEDIKIT BERKENAAN MAQAM FANA:

SEDIKIT BERKENAAN MAQAM FANA:
FANA TERBAHAGI PADA 3 BAHAGIAN;
________________________________________
1. Fana pada Af’al: hingga sampai merasakan bahawa tidak ada satu perbuatan pun di dalam alam ini selain dari perbuatan Allah Ta'ala.
2. Fana pada Sifat: hingga sampai menyakinkan bahawa tidak ada yang hidup kecuali Allah. Apabila dikatakan tidak ada yang hidup pada hakikatnya kecuali Allah, bererti juga tidak ada yang berkuasa, yang berkehendak, yang berilmu, yang mendengar, yang melihat, dan yang berkata-kata, kecuali Allah semata-mata.
3. Fana pada Zat: hingga merasakan hilang ujud yang zahir ini dan alam seluruhnya dan juga pada pandangan, kecuali Allah Ta'ala.
________________________________________
Jadi barang siapa yang melihat makhluk tidak mempunyai perbuatan pada mereka, maka sesungguhnya ia menang. Dan barang siapa yang melihat makhluk tidak ada hidup pada mereka, maka darjatnya telah naik. Barang siapa melihat makhluk tidak ada pada hakikatnya, maka ia telah sampai kepada titik yang dituju, iaitu titik puncak ilmu dan makrifat.
Apabila kita sudah menjalani yang tiga perkara ini, maka itulah maqam fana namanya, dan selanjutnya naik ke maqam baqa. Maqam baqa itu ialah: HU ITU ALLAH TA’ALA. Sedang maqam fana kesimpulannya kepada: LA MAUJUDA BI HAQQIN ILLALLAH. Tidak ada yang maujud, kecuali Allah Ta’ala.
________________________________________
Demikianlah apa yang dapat hamba sampaikan, kalau sudah faham dan mengerti, maka kuburkanlah ia. Jangan dibeberkan di tengah masyarakat umum/awam, nanti bisa membawa fitnah besar.

No comments:

Post a Comment