Thursday, 8 March 2018

PERIHAL RUKUN IMAN

PERIHAL RUKUN IMAN
________________________________________
1. AMANTUBILLAH, ertinya :
aku percaya adanya Tuhan.
2. WAL MALAIKATIHI, ertinya :
percaya kepada malaikatnya.
3. WA KUTUBIHI, ertinya :
percaya kepada kitab-kitabnya.
4. WA RASULIHI, ertinya :
percaya kepada rasul-rasulnya.
5. WAL YAUMIL AKHIRI, ertinya :
percaya kepada hari akhir.
6. WAL QADRI AHIRI, ertinya :
percaya kepada untung baik dan
untung jahat daripada Allah Ta’ala.
________________________________________
Sekarang baiklah kita huraikan satu persatunya :
AMANTUBILLAHI, ertinya : Percaya kepada adanya Tuhan.
Belumlah benar kalau belum dihalalkan, ertinya kalau belum kembali kepada roh lagi dan perasaan. Dalil sudah jelas mengatakan bahawa Tuhan lebih dekat kepadamu daripada urat lehermu sendiri. Jadi kita tidak usah sibuk mencari Tuhan. Tuhan ada pada kamu di mana sahaja kamu berada.
Kesimpulannya ialah : pandangan dan tatapanmu itulah tanda adanya Tuhan/yang ada. LA MAUJUDA BI HAQQIN ILALLAH. Ertinya, tidak ada yang maujud di dalam alam ini, kecuali Allah Ta’ala.
________________________________________
WAL MALAIKATIHI, ertinya : Percaya kepada malaikat-Nya.
Pertama kita yakin bahawa malaikat itu ada. Cubalah tekadkan dan telanjangi sekujur badan kita, agar supaya cepat beriman kepada Tuhan Allah s.w.t. Supaya jadi iman kepada Tuhan yang maha Agung/maha kuasa. Tatkala sedang menghadapi sakaratul maut nanti.
Dalil apakah yang bisa menolong untuk menyempurnakan nyawa?
Bukankah kita sudah tahu bahawa malaikat itu utusan Allah. Jelaslah sudah dengan usiknya utusan, tentu hiduplah yang memerintahkan, biarpun sehelai bulu usiknya, begitu pula bertambah panjangnya bulu itu, juga semua itu malaikat. Malaikat itu bukan jirim bukan jisim. Tentunya terasa oleh kita bahawa sedang tidur itupun, juga bulu memanjang akan tetap berlaku.
Nah begitulah kenyataannya malaikat pada diri kita ini, tidak akan hilang dengan badan kita ini. Siang dan malam terus bekerja tiada hentinya. Jadi usiknya dalam melihat, mendengar, mencium, dan juga dalam bicara. Mandurnya ialah; JIBRIL, MIKAIL, ISRAFIL, DAN IZRAIL.
________________________________________
WA KUTUBIHI, ertinya : Percaya kepada kitab kitab-Nya.
Jadi yang benar-benar percaya kepada kitabnya itu seperti Al-qur’an, harus dirangkap dengan wujud kita ini.Jadi begini, kalau kita belum mengetahuinya, kita harus percaya kepada takdir yang sudah tertulis kepada diri kita sendiri. Kita harus yakin dengan adanya takdir Tuhan itu. Tulisan wujud kita ini yang sesungguhnya, kalau kita sudah ainul yakin dan haqqul yakin, kita dapat sabar di dalam menghadapi apa pun juga. Kerana pohon ilmu itu adalah sabar dan redha. Tentunya sudah tertulis di luh mahfuz.
Jadi iman kepada kitab-kitabnya itu umum. Persoalan di luar al kitab, manusia tidak ada yang tahu, terkecuali Allah. Memang ada persoalan di luar kitab, tetapi amat sulit mencapainya. Itulah yang disebut MAKHSYAF, yang tiada huruf, tiada suara, dan tiada kata-kata. Ini adalah RAHSIA yang amat dalam dan amat dahsyat, dan tidak seorang pun yang mendapatkannya, kecuali Tuhan sendiri.
Kehendak Tuhan tidak ada yang menghalanginya. Dia sanggup merubah yang tidak dapat diubah oleh makhluk. Sedang perubahan yang ada pada makhluk ini adalah perubahan pada sangkamu sahaja. Tuhan berkuasa menghidupkan yang mati, dan mematikan yang hidup. Fahamkanlah wahai sekalian thalib.
_______________________________________
WA RASULIHI, ertinya : Percaya kepada rasul-rasulnya.
Memang kita percaya kepada nabi-nabi dan rasul-rasul, itupun tidak ada salahnya, memang dalam bentuknya, memang demikian. Tetapi kerana sudah pada wafat semua, sudah lestari, maka tinggal percaya itu berbalik kepada wujud. Iaitu, kepada hakikat badan yang menjadi utusan hidup kita peribadi, beginilah tekad kita sesungguhnya percaya kepada rasa wujud kita.
Seperti melihat, mendengar, berkata dan mencium. Cuba saja kita rasakan, bagaimana kita tidak percaya kepada ujud kita kita ini? Kalau kita mencicipi garam, sudah tentu kita merasa masin, tidak mungkin yang lainnya. Demikian pula dengan yang lainnya, seperti : pendengaran, tidak mungkin salah lagi. Juga seperti penglihatan, penciuman dan pengucapan. Semuanya dapat kita fahami dengan perasaan kita.
Di sinilah orang banyak tidak faham erti rasul yang sesungguhnya. Padahal rasul atau utusan itu ada pada kita jua. Makanya kita kalau mengatakan dua kalimat syahadat itu, harus tahu rahsianya. Kalau Tuhan mengatakan Aku naik saksi, tiada Tuhan melainkan Aku, dan Muhammad itu utusanKu. Maka kita pun demikian pula adanya, kalau lain daripada itu, maka tersalahlah makrifat kita. Orang kebanyakan salah memahami tentang erti rasul yang sebenarnya, mereka mengira rasul itu hanya ada pada nabi-nabi, seperti nabi Muhammad.
Jadi yang dimaksudkan dalam pengertian Muhammad itu utusanku, iaitu Muhammad dalam erti rahasia makrifat. Kerana setiap insan kamil itu mempunyai utusan (rasul) peribadi. Di sinilah letaknya nilai dan barang yang bernilai itu letaknya dalam peribadi masing-masing. Inilah erti percaya kepada rasul-rasul yang hak.
________________________________________
WAL YAUMIL AKHIRI, ertinya : Percaya kepada hari akhir iaitu hari kiamat (pembalasan).
Kiamat besar hanya kita yakini dan kiamat kecil dapat kita rasakan masing-masing.
Pertama kiamat diri, iaitu hancur leburnya ke dalam Nur Muhammad, dan hingga sirna dan tuntas sampai tiada merasa lagi memiliki wujud zahir dan batin. Dan akhirnya menunggal dengan kemaha agungan Tuhan (menunggal dalam rahsia).
Dan kiamat diri yang kedua ialah : di kala sakaratul maut telah tiba. Inilah yang disebut kiamat sugro, sedangkan kiamat kubro adalah kiamat yang sebenarnya. Inilah pengertian walyaumil akhiri itu tadi.
________________________________________
WAQODRI AKHIRI, ertinya : percaya kepada untung baik dan untung jahat datang daripada Allah jua.
Maksudnya segala perbuatan yang berlaku di dalam alam ini adalah perbuatan Allah Ta’ala. Allah yang menjadikan kamu dan barang perbuatan kamu. Dan yakinlah kita bahawa kita ini tidak mempunyai daya dan upaya, kecuali dengan kudrat dan iradat Allah Ta’ala jua adanya. Maka dengan adanya rukun iman yang keenam ini, tentunya kita menjadi sedar akan diri kita ini. Kesedaran itu timbul kerana makrifat dan makrifat itu timbul kerana terbuka hijab (dinding).
Orang Ahli hakikat telah lupa kepada makhluk, kerana langsung melihat Allah raja yang Hak. Mereka lupa dengan sebab musabab, kerana teringat kepada yang menentukan dan yang menjadikannya. Orang ini sebagai hamba yang menghadapi hakikat yang nyata baginya terang cahayanya dan sedang berjalan pada jalannya.
Telah sampai pada puncaknya, hanya ia sedang tenggelam dalam alam cahaya : sehingga tidak kelihatan bekas-bekas makhluknya lagi. Dan lebih banyak lupanya terhadap alam, daripada ingatnya kepada makhluk. Dan bertemunya daripada renggangnya, dan lenyapnya atau leburlah dirinya dari tetapnya perasaannya, dan lupanya terhadap mahkluk daripada ingatnya pada mereka.
_______________________________________
Demikianlah seorang ahli hakikat : yang telah fana zahirnya dan fana batinnya kepada yang Hak. Dan siapa yang telah fana dengan Allah maka pasti ia lupa atau ghaib dari segala sesuatu. Orang ini pandangannya Allah semata. Siapa dalam tauhidnya itu seolah-olah sebagai hasil kepintarannya sendiri, maka tauhidnya itu tidak dapat menyelamatkan dirinya dari dosa syirik dan api neraka.

No comments:

Post a Comment