Monday 9 October 2017

MANAKAH YANG SEBENAR-BENAR "BENAR" ?


MANAKAH YANG SEBENAR-BENAR "BENAR" ?
Orang Sunni, cara solat mereka adalah lain..
Orang Syiah, cara solat mereka adalah lain..
Itu belum lagi dikira pecahan-pecahan mazhab.. Syafie lain kaedahnya.. Hanafi lain kaedahnya.. Hanbali lain kaedahnya.. Maliki lain kaedahnya..
Orang syariat, fahaman mereka berkenaan solat dan syurga adalah lain.. Orang hakikat pula, fahaman mereka berkenaan solat dan syurga juga adalah berbeza..
Tidak kisahlah mana satu yang kalian pegang, yang terlebih penting lagi dianjurkan Tuhan dan Rasul itu, hanyalah satu;
Hiduplah kalian di dalam keadaan aman damai dan suasana penuh kasih sayang..
Ketepikan segala perbezaan.. elakkan hukum menghukum.. kerana kita ini sama sahaja, iaitu umat manusia..
Manusia yang mengharapkan keredhaan dari TuhanNya 

No comments:

Post a Comment