Tuesday 17 October 2017

DOA IBU LEBIH MULIA DARI ULAMA BESAR



DOA IBU LEBIH MULIA DARI ULAMA BESAR
Di Hadramaut (Yaman), setiap orang yang datang menghadap Habib Salim atau Habaib Sepuh yang Alim di Tarim untuk minta agar didoakan, selalu mendapat pertanyaan yang sama dari beliau:
"Apakah kamu masih memiliki permata (Ibu) di rumah mu?"
Jika jawapannya, masih ada. Maka beliau dengan halus mengatakan:
"Tahukah kamu, bahawa doa ibu untuk mu, lebih mulia dan makbul daripada doa seorang Wali Besar sekali pun?"
Ketika Habib Umar Bin Hafidz dan abangnya Habib Ali Masyhur Bin Hafidz masih bayi dan sering menangis, Ibunda mereka Hubabah Zahra, akan memeluk dan membelai anak-anaknya sambil mengusap kepala mereka.
Kepada Habib Ali Masyhur, beliau sering berbisik "Mufti, Mufti". Dan sekarang Habib Ali Masyhur telah menjadi Mufti Yaman.
Kepada Habib Umar sang ibu selalu berdoa "Da'i, Da'i". Dan kini Habib Umar telah menjelma menjadi Da'i Islam terkenal di zaman ini.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Orang tua adalah pintu syurga yang paling tengah, maka janganlah mensia-siakan pintu itu, jagalah ia sebaiknya."
[ Hadis Riwayat Tirmizi ]

No comments:

Post a Comment