Sunday 31 July 2016

fb

Wa alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratuh waridhwaanuh kepada sahabat sahabat yang memberikan salam. Alhamdulillah. Terima kasih semua diatas segala bentuk perkongsian ilmunya samada melalui tulisan mahupun melalui kiriman suara. Amat bermanfaat. Terima kasih Ya Allah.

Assalamualaikum.
Sekadar renungan bersama.

Hidup orang yang ingat kepada Allah itu, adalah hidup yang sederhana. Tidak banyak keperluan dan tidak banyak kemahuan. Hidup mereka, adalah hidup didalam keadaan bersyukur. Hidup dalam selalu berterima kasih, senang, tenang, aman dan damai hatinya bilamana dapat ingat kepada segala sesuatu itu, telah diatur Allah sebelum diri kita dilahirkan.

Orang yang ingat kepada Allah itu, hatinya sentiasa menaruh atau tersimpan perasaan sabar dan selalu berserah diri kepada Allah. Ingat kepada Allah itu, adalah menjadi sendi dan nadi orang makrifat. Ingat kepada Allah itu, menjadikan suatu daya tarikan, daya pengerak atau daya pendorong untuk kita terus bekerja dan terus berusaha dengan lebih gigih. Bukannya bertambah malas dan bertambah kurang usaha. Ingat kepada Allah itu, menjadi satu wadah kekuatan jiwa, ketahanan mental dan ketahanan fizikal tubuh badan.

Ingat kepada Allah itu juga boleh membawa kita kepada suatu tahap keyakinan dalam hidup, walaupun keyakinan itu, berkeseorangan tanpa sokongan atau bantuan dari orang lain.

Seumpama bilamana menerima cacian orang, hati orang yang ingat kepada Allah itu, menjadi lebih tenteram. Bilamana menerima kerugian dalam perniagaan, lebih menjadikan hati orang ingat kepada Allah itu, lebih tenteram. Bilamana ditimpa musibah, hati orang yang ingat kepada Allah itu, lebih tenteram. Karena apa?. Ini adalah karena mereka sedar, segala yang berlaku itu, adalah berlaku diatas landasan yang telah Allah tetapkan sedari azali. Berlakunya sesuatu kejadian itu, adalah kejadian yang berlaku sebelum kejadian.

Jangan merasa sedih, dukacita, kesal, murung, merajuk atau patah semangat. Tidakkah segala kejadian dan segala perkara yang berlaku atau yang terjadi itu, adalah keputusan yang telah Allah putuskan sedari sebelum berlaku sesuatu kejadian.

Sebelum kita lahir kedunia, sesungguhnya Allah telah lahirkan kita di Luh hulmahfuz. Sebelum kita kahwin, sesungguhnya Allah telah kahwinkan kita di Luh hulmahfuz, sebelum kita mati, sesungguhnya Allah telah matikan kita di Luh hulmahfuz dan sebelum  kita masuk syurga atau neraka, sebenar benarnya kita telah dimasukkan samada di syurga atau di neraka di ketetapan Luh hulmahfuz sedari azali.

Untuk itu, kenapa kita harus bersedih, kecewa, patah semangat dan putus asa. Mari sama sama kita lihat, bahawa sesuatu itu, adalah menurut ketetapan dan keputusan Allah.

ORANG ORANG BERIMAN ITU MENJADI TENTERAM HATINYA DENGAN INGAT {ZIKIR) KEPADA ALLAH. KETAHUILAH BAHAWA HANYA DENGAN MENGINGATI ALLAH, HATI BOLEH MENJADI TENTERAM....SURAH AR RA'D : 28...

Terima kasih Ya Allah.

Aamiin Ya Allah.

ZAINI ZAKARIA.
Klang, Selangor.

No comments:

Post a Comment