Sunday 31 July 2016

SURAH AL-FATIHAH

*MENGAPA SURAH AL-FATIHAH MENJADI*
*SURAH PERTAMA DI DALAM AL-QURAN?*

*Soalan : Assalamualaikum .. Saya nak bertanya, ada kawan sy tanya.. Kenapa al Quran disusun dengan surah Al Fatihah mula-mula sekali, lepas tu berakhir dgn surah An Nas?*


Waalaikummussalam ..

Bismillah, buat adik yang bertanya, sy tidak arif hal ini, tapi sy cuba carikan artikel terbaik buat adik bagi menjawab persoalan ini. Jika ditanya secara peribadi, sy cuma boleh jawabnya, bahawa :

*Pertama* : Surah Al Fatihah ini adalah akalnya bagi keseluruhan surah surah di dalam Al Quran. Kalaulah Al Quran itu di susun menjadi bentuk susunan tubuh manusia, maka ia akan menjadi :

(1) Kalimah "Basmallah" (bismillah) tu duduknya pada lokasi ubun ubun dahi pada tubuh jasad kepala Insan.

(2) Surah Al Fatihah pula duduknya berlokasi pada otak akal pada tubuh anggota Insan tersebut.

(3) Surah Yassin iaitu _Jantung Al-Quran_ yang panjang itu pula duduknya pada lokasi Jantung Kanan tubuh Insan ..

(4) Surah Kursi pula duduknya pada lokasi Jantung yang sebelah Kiri pada tubuh jasad Insan.

Kalimah Basmallah ini dan 3 Surah ini adalah surah sudah yang paling utama seperti mana sabdaan Nabi SAW di dalam Hadis baginda (cari sendiri nanti).. Surah Al Fatihah & Yassin ini adalah akal dan jantung bagi Al Quran .. dan segala rahsia intipati keseluruhan Al Quran dan semua kitab kitab Samawi, Rahsia Allah, Rahsia Insan, Rahsia alam Jin & Rahsia Alam semesta dll, ada tersimpan di dalam Surah Al Fatihah. (Kalau belajar ilmu tasawuf yang tinggi @ kitab imam Al-Ghazali & imam Sufi Makki, akan di ajari tentang rahsia setiap huruf yang terkandung di dalam surah Al Fatihah dan rahsia-rahsia yang tersembunyi di dalamnya, yang mana ia (al Fatihah) juga mewakili tulang belulang pada tubuh Insan ciptaan Allah ini.)

*Kedua* : Surah Al Fatihah ini adalah "penghuju" bagi surah surah Al Quran, atas kerana itulah ia di sebut secara kiasan sebagai _"Akal bagi Al Quran"_ .. kerana di dalam akal itulah tersimpan & tersembunyinya segala rahsia silam perjalanan kehidupan kita di bumi ini, maka itulah perumpamaannya bagi surah Al Fatihah.

Semasa Rasulullah SAW menerima 'amanah' solat 5 waktu (dll) di atas langit yang ke 7, maka semasa "amanah solat" tersebut di serahkan kepada Rasulullah, Allah SWT menyerahkan kepada Rasullah SAW beserta dengan 3 *"amanah batin"* yang lain.. Amanah zahirnya adalah solat 5 waktu (dll), dan amanah 'batinnya' adalah *Kalimah Syahadah, Lafas Basmallah dan Surah Al-Fatihah* untuk di bawa balik pulang ke bumi. Lalu Jibril A.S ditugaskan Allah bagi mengajar cara bersolat dan bacaannya yang Khusus bagi amanah solat tersebut iaitu hal rukun yang menyebabkan sahnya solat tersebut :

Lafas Syahadah, Kalimah "Bismillah" dan Surah Al-Fatihah (dll). Wajib di baca penghulu Surah ini dalam solat, tak baca Surah ini terbatallah solat walaupun di baca semua surah dlm al Quran. (Tapi mengapa ya?)

Semua surah surah di dalam Al-Quran _(Jika tampa disertai dengan surah Al-Fatihah)_ adalah membawa erti Angka 99 .. dan kepala pelengkapnya adalah Al-Fatihah yang Tunggal simbol kepada Allah yang Esa.

Jika membaca surah al Fatihah, membawa erti kita telah membaca 4 intipati (mesej terpenting) kitab-kitab Samawi yang utama : Zabur, Taurat, Injil & Al-Quran.

Kunci Sahnya solat : Lafas Syahadah, Bismillah, Al Fatihah, dan di tutup juga dengan syahadah, selawat dan salam. Jantung bagi solat adalah Surah al Fatihah ..

*Susunan Surah Di Zaman Para Sahabat*
Ikut ceritanya, umat dahulu kala membaca Quran mengikut  ayat mana yang mula-mula sekali turun .. tapi pada zaman para Khalifah, mereka para 'Aulia Allah' Sahabat Sahabat Rasulullah, telah memikirkan tentang nasib umat terkemudian hari di mana pada zamannya umat islam sudah tidak mampu lagi menghafal 100% ayat Quran dengan akal semata (dubbed qalbi) tapi perlu di pelajari Quran dengan kaedah membacanya melalui kitab.. _(Al Quran umat silam adalah hati & akal, tapi al Quran bagi umat muktahir ini adalah kitab)_

Maka para Khalifah yang telah *"diberi ilham oleh Allah SWT"* .. maka mereka meletakkan (penyusunan semula) "Penghulu Surah" tu di hadapan sekali atas sebab ini adalah surah yang *wajib* di baca dalam solat, wajib dihafal, dan difahami isi dan maknanya bagi dimengertikan dlm solat, maka mereka menyusun kembali dengan meletakkan surah yang paling menjadi keutamaan (surah wajib bagi Solat), maka surah Al Fatihah itu diletakkan paling depan sekali yang akan di baca manusia.

Adab islam adalah membaca Quran ikut turutan surah yang paling awal sekali, maka Al Fatihahlah surah yang paling layak didudukkan paling depan sekali dengan atas arahan 'ilham Allah SWT' atas para Sahabat R.a. dan berpandukan juga dari ucapan sabdaan Baginda (mewajibkan surah Al Fatihah bagi surah solat) Maka mereka melaksanakan seperti apa yang Allah ilhamkan dan juga petunjuk Rasulullah atas mereka.

Maka surah Al Fatihah ini akan kekal kedudukannya (surah terawal sekali) di dalam Al Quran hinggalah di syurga nanti. Susunan Al Quran di syurga adalah sama dengan susunannya Al Quran di dunia ini, atas sebab ia adalah Janji Allah yang akan memelihara keaslian & penyusunan Al Quran-Nya hingga kiamat nanti. wallahu'alam. 🔱

Info google sila rujuk : 👉🏻 : http://www.kumpulanmisteri.com/2015/05/ini-alasan-kenapa-al-quran-dimulai.html

No comments:

Post a Comment