Tuesday 26 July 2016

ILMU MAKRIFAT


MARI BELAJAR ILMU MAKRIFAT
Sudah sekian lama kita ini belajar ilmu syariat (feqah). Ilmu dalam buaian mimpi, khayalan, bayangan, angan-angan. Ilmu yang membuat kita terbuai dan terlena dengan sogokan berbagai-bagai ganjaran berupa balasan pahala dan syurga, sehinggakan kita terlupa kepada Allah, selaku Tuan yang empunya pahala dan syurga.
Cukuplah kita pada saat ini, dengan "alam khayalan" dan melangkahlah kita pada saat ini kepada "alam realiti" iaitu ke alam ilmu Hakikat dan ke alam ilmu Makrifatullah. Ilmu yang tidak mencari faedah, tetapi mencari kaedah dengan mengenal Allah dan mengenal diri, selagi masih ada hayat dikandung badan.
Pertama-tama ilmu yang wajib dituntut di sisi Allah, pada makhluk bernama manusia yang mengaku Islam itu, hendaklah terlebih dahulu MENGENAL ALLAH DAN MENGENAL DIRI.
Cuba kita tanya pada diri sendiri, KENALKAH aku ini, kepada ALLAH?
Adakah Allah pada Nama?
Adakah Allah pada Huruf?
Adakah Allah pada Sebutan?
Adakah Allah pada Suara?
Jika ini jawapannya...
SEMUA ITU BUKAN... Sedangkan Allah itu,,,
"Terang matahari, Terang lagi Allah"
KENAPA KITA TERLEPAS PANDANG?

No comments:

Post a Comment