Tuesday 22 April 2014

kes aniaya

"KES KEHILANGAN ANAK LEPAT & ISU SESAT"..

18 May 2013 at 19:45

Part 1.

01. Pada 12 March 1996, Aisyah Jane telah membawa lari Sunni Sazali ke
England dari Malaysia pada hal pada waktu itu Passport perjalanan Sunni
Sazali ada bersama Ismail Ariffin, dengan itu Ismail Ariffin telah membuat
satu laporan polis (Report No: B/B 377/96) berkenaan hal tersebut.

  02. Setelah 5 bulan Aisyah Jane dan Sunni Sazali berada di England, Ismail
Ariffin telah pergi ke England untuk mengambil semula Sunni Sazali pulang ke Malaysia.

03. Setelah sebulan kemudiannya Aisyah Jane telah kembali semula ke Malaysia
dan memfailkan satu kes di Mahkamah Syariah Pulau Pinang berkenaan tuntutan
untuk mendapatkan hak penjagaan terhadap Sunni Sazali.

04. Sewaktu kes sedang dibicarakan, pihak Mahkamah Syariah Pulau
Pinang telah memutuskan bahawa hak penjagaan sementara diberikan
kepada Ismail Ariffin dan juga telah mengarahkan Ismail Ariffin untuk
membawa Sunni Sazali ke perkarangan Balai Polis Lebuh Pantai Pulau
Pinang pada setiap hari sabtu dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari
untuk membenarkan Aisyah Jane melawat Sunni Sazali. Ismail Ariffin juga
telah diarahkan untuk TIDAK berada di kawasan perkarangan balai Polis
tersebut semasa lawatan diantara Aisyah Jane dan Sunni
Sazali diadakan.

05. Arahan ini harus dipatuhi sepanjang proses perbicaraan sedang
berlangsung sementara menanti pihak Mahkamah Syariah menjatuhkan
hukuman seterusnya . 

Part 2.

01. Ismail Ariffin telah mematuhi semua arahan tersebut dan telah
menjalankan kewajipannya dengan membawa Sunni Sazali berjumpa
dengan Aisyah Jane pada tiap-tiap hari Sabtu dari jam 9.00 pagi sehingga
jam 12.00 tengahari walaupun beliau kurang bersetuju dengan arahan
dari pihak mahkamah yang tidak membenarkanya berada di perkarangan
kawasan perjumpaan. Ini kerana Aisyah Jane pernah melanggar undang-
undang Malaysia dengan membawa Sunni Sazali keluar dari Malaysia
walaupun dokumen perjalanan yang sah tidak ada pada Sunni Sazali pada
waktu itu. Oleh sebab itu beliau khuatir bahawa Aisyah Jane akan melakukannya
sekali lagi.

03. Setelah beberapa perjumpaan, Sunni Sazali sekali lagi telah dilarikan
oleh Aisyah Jane untuk kali keduanya sewaktu kes mahkamah sedang
berjalan dan yang lebih menghampakan beliau kejadian itu berlaku di
perkarangan Balai Polis Lebuh Pantai dan hak penjagaan pada waktu
perjumpaan itu adalah di bawah hak penjagaan pihak Mahkamah
Syariah Pulau Pinang.

04. Ismail Ariffin telah membuat laporan Polis (Report No: 1401/97) di atas
kejadian itu dengan harapan Aisyah Jane dapat ditahan oleh pihak berkuasa
kerana telah melanggar arahan pihak Mahkamah Syariah Pulau Pinang dan
juga sewaktu kejadian tersebut Passport perjalanan Sunni Sazali masih ada
dengan tangan beliau. Justeru itu, tidak mungkin Aisyah Jane dapat membawa
Sunni Sazali keluar dari Malaysia dengan sewenang-wenangnya tanpa
mempunyai dokumen perjalanan Sunni Sazali yang sah.

05. Seperti yang sedia maklum, Aisyah Jane akhirnya telah berjaya juga
melarikan Sunni Sazali dari Malaysia walaupun tanpa dokuman perjalanan
yang sah serta melanggar arahan dari pihak mahkamah Syariah Pulau Pinang.

Part 3.

01. Setelah sebulan kemudiannya pihak Mahkamah Syariah Pulau Pinang
telah menjatuhkan hukuman bahawa hak penjagaan Sunni Sazali telah
diberikan kepada Ismail Ariffin. Walaupun pada waktu itu  Sunni Sazali
telahpun berada di England bersama Aisyah Jane. 

02. Setelah kehilangan Sunni Sazali untuk kali keduanya, Ismail Ariffin
telah mengalami gangguan emosi yang amat teruk kerana beliau merasakan
dirinya telah teraniaya serta tidak mendapat pembelaan yang sepatutnya
daripada pihak-pihak yang terlibat yang pada pendapat beliau seolah-olah
lepas tangan. Ini ditambahkan lagi dengan keputusan pihak Mahkamah
Syariah Pulau Pinang yang memberikan hak penjaagan kepadanya,
walaupun pada waktu itu Sunni Sazali telah dilarikan dan berada di England.
Ini menambahkan lagi satu tamparan emosi yang amat dahsyat pada beliau.

03. Ganguan emosi serta trauma yang dihadapi oleh Ismail Ariffin
menyebabkan beliau tidak dapat menumpukan perhatian terhadap diri
sendiri dan juga kariernya sebagai seorang pelukis kerana beliau tidak
dapat menerima kenyataan bahawa anaknya Sunni Sazali telah dilarikan
dari Malaysia tanpa alasan yang logik yang pada pendapatnya adalah
satu penganiayaan terhadapnya sebagai rakyat Malaysia dengan sikap
sambil lewa dan lepas tangan pihak-pihak yang bertanggungjawab.

04. Kes kehilangan anaknya telah menjadi isu yang hangat dan menjadi
perbualan orang ramai di Pulau Pinang. Ramai yang menganggap kehilangan
Sunni Sazali bak kali kedua itu adalah disebabkan oleh kelalaian Ismail
Ariffin sendiri kerana beliau gagal menjaga anaknya dengan baik walaupun
pada ketika kejadian itu berlaku, Sunni Sazali berada bawah penjagaan
Mahkamah Syariah Pulau Pinang.

"KEMUDIAN DEMI MENUTUPI KELALAIAN DAN KESILAPAN JABATAN
KERAJAAN YANG BERTANGGUNG JAWAB, MAKA ISU KEHILANGAN
ANAK TELAH DI UBAH ALIH KE ISU 'SESAT'. PIHAK MEDIA TELAH
DI GUNAKAN UNTUK MENIMBUS HAL SEBENAR DAN TELAH JUA
BERJAYA MENCELAKAKAN PERJUANGAN ISMAIL ARIFFIN...

Maka berbagai kata hina dan tuduhan liar berlaku ke atas Ismail
Ariffin.... Dalam keadaan yang begitu tertekan, Ismail Ariffin mendapati
sukar untuk membendung tekanan emosi yang dialaminya dan dengan
perasaan kecewa beliau akhirnya membawa diri ke Eropah untuk
cuba menenangkan jiwanya.

05. Pada May 2009, sewaktu berada di Jerman, Ismail Ariffin telah
didapati mengidap ketumbuhan di bahagian perut dan terpaksa menjalani
satu pembedahan pembuangan Pankreas dan terpaksa dirawat dihospital
selama 6 bulan (Rujuk laporan perubatan yang dilampirkan) dan sehingga
kehari ini masih dibawah pemeriksaan dan rawatan dari pihak hospital disana.
Menurut pendapat doktor yang merawatnya disana, ini adalah disebabkan
oleh ganguan tekanan emosi dan trauma yang dihadapi oleh beliau selama ini,
kerana setelah diperiksa, beliau bukanlah seorang perokok ataupun seorang
pengambil alkohol seperti kebiasaanya penyakit ini berpunca dan ini telah
disah kan oleh doktor yang merawat dan memeriksanya di Breman Germany.

06. Dalam satu laporan akhbar pada 8 Mac 2010 (rujuk laporan keratan
akhbar yang dilampirkan) Ketua Polis Negara, Tan Sri  Musa Hassan telah
membuat kenyataan bahawa kes siasatan terhadap Aisyah Jane kerana
melarikan Sunni Sazali tidak pernah ditutup oleh pihak Polis.

08. Dengan itu beliau ingin menuntut dan mencari keadilan terhadap
haknya yang tidak diendahkan setelah sekian lama bersabar dan
mengalami gangguan emosi dan trauma yang teruk yang akhirnya
telah turut sama menjejaskan keadaan fizikal dan kesihatan beliau
disebabkan oleh kecuaian, kelalaian serta sikap tidak bertanggungjawab
oleh pihak pihak yang terlibat di atas kehilangan anaknya dari Malaysia
yang suatu ketika dahulu berwarganegarakan Malaysia.

so...  :-)
"Ahli ahli tertinggi UMNO/BARISAN NASIONAL
dan para para Ketua Parti PEMBANGKANG"..
Apa benar benarkah kalian BERSAMA RAKYAT??"

13 TAHUN AKU TERBIAR.....

http://www.youtube.com/watch?v=vVTXcHxCUEo&feature=player_embedded

"Di manakah KEADILAN dan buktinya RAKYAT DI DAHULUKAN??"

No comments:

Post a Comment