Friday 25 April 2014

cinta cyber


30 PENIPU CINTA AFRIKA DIBERKAS
Kuala Lumpur - Sebanyak 30 termasuk empat wanita warga Afrika ditahan bagi disiasat mengenai pembabitan mereka dalam kes penipuan cinta internet menerusi Ops Tiong di Sri Cendikia Kondominium dan Coolge Cyber Cafe Taman Connaught, Cheras di sini semalam.
Semua yang ditangkap berusia 20 hingga 40 tahun dengan lapan tidak memiliki apa-apa dokumen manakala bakinya memasuki negara ini menggunakan pas pelajar.
Mereka ditahan bagi membantu siasatan polis berhubung 239 laporan polis yang membabitkan kerugian RM10 juta kebanyakannya dibuat oleh wanita yang mendakwa tertipu dengan cinta palsu warga asing sehingga April tahun ini.
Bersama tangkapan itu, polis merampas enam buah komputer riba yang dipercayai digunakan oleh warga asing itu untuk melakukan godaan cinta palsu atau jenayah penipuan lain.
Kesemua yang ditahan direman seminggu untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimun 10 tahun, sebatan atau denda.
Sumber: Kosmo
Like ·  ·  · 1291818

No comments:

Post a Comment