Saturday, 1 July 2017

HORMATILAH SI GURU

HORMATILAH SI GURU SEKALIPUN
BELIAU SEORANG PEMINUM ARAK
Imam Ahmad bin Hambal sering mengunjungi Bisyr iaitu seorang pemabuk. Ia begitu mempercayai kata-kata Bisyr sehingga murid-muridnya pernah menegur sikapnya itu.
"Pada zaman ini tidak ada orang yang dapat menandingimu di bidang Hadis, hukum, teologi, dan setiap cabang ilmu pengetahuan, tetapi setiap saat engkau menemani seorang pemabuk. Benarkah tindakanmu itu?". Tanya salah seorang murid beliau.
"Mengenai setiap bidang yang kamu sebutkan tadi, aku memang lebih mengetahui daripada Bisyr, tetapi mengenai Allah ia lebih mengetahui daripadaku”. Jawab Imam Ahmad bin Hambal.
Dari segi ilmu keduniaan mungkin kita lebih tinggi kefahaman berbanding orang lain, tetapi kemungkinan orang lain lebih tinggi kefahaman dari segi ilmu Allah. Dalam kita berguru, janganlah ingat kita melebihi guru walau setinggi mana pun ilmu kita. Mungkin kita lebih faham dari segi ilmu dunia, tetapi guru kita lebih faham dari segi ilmu ketuhanan atau ilmu mengenal Allah, walaupun kelihatan guru kita itu jahil, iaitu seorang peminum arak seperti Bisyr.
- Hj Shaari Mohd Yusof -

No comments:

Post a Comment