*****
Soalan:
Jika demikian bagaimana hal kita sekarang mengharamkan, iaitu menafikan
segala yang lain itu, supaya menjadi sempurna Makrifat?
Jawapan:
Adapun yang kita nafikan dalam hati kita dengan berkata "LAA ILAHA" itu ialah:
* sangkaan kita kepada 'ain sabitah kita yang dinamakan oleh Muhaqqiq dgn nama "akwan" lantaran ia lain daripada Haq Taala, sangkaan kita yang membawa kepada dua itu satu,
* sangkaan kita yang membawa kepada ayyan sabitah kita yang kedua,
* sangkaan kita yang membawa kepada hakikat kita yang sejati yang ia wujud mutlak.
Jadi, sangkaan dan ingatan kita kepada niat kita itulah kita nafikan di dalam hati kita dengan berkata:
"LAA ILAHA" lagi dengan memutuskan tilik / perhatian kepada niatnya.
Maka yang menafikan dalam hati kita itu dengan berkata "ILLA ALLAH" itu adalah Zat Allah sendiri yang mutlak yang kita karamkan daripada kita itu tatkala memandang Haq Taala itu.
Sedang yang dalam itu kita pandang, yakni:
* fanakanlah zat kita itu dalam Zat Allah,
* fanakanlah sifat kita itu dalam sifat Allah,
* fanakanlah af'al itu dalam af'al Allah.
Ketika itulah anda akan memperoleh nama: Fana Fillah & Baqa Billah.
Oleh itu, sempurnalah anda mengembalikan amanat Allah pada kita ini lantaran kesemuanya itu adalah pinjaman jua pada kita.
Bukan wujud kita yang sejati,
Bukan sifat kita yang sejati,
Bukan af'al kita yang sejati.
Ini kerana:
* zat kita yang sejati itu adalah Zat Allah
* sifat kita yang sejati itu adalah sifat Allah
* af'al kita yang sejati itu adalah af'al Allah
Tiada yang lain...
[ Syeikh Amdan Maulana ]

No comments:
Post a Comment