AKU ADALAH KANZUN MAKHFIYAN,
DAN AKU INGIN SEKALI DIKENALI.
DAN AKU INGIN SEKALI DIKENALI.
"Dan tidak Aku menciptakan Jin dan Manusia melainkan agar mereka beribadah (bermakrifat) kepadaKu."
Dalam sebuah Hadis Qudsi yang masyhur Allah SWT telah berfirman yang mafhumnya seperti berikut:
“Aku adalah Kanzun Makhfiyan (perbendaharaan yang tersembunyi), Aku ingin sekali untuk dikenali, maka Aku telah menjadikan makhluk agar Aku dikenali.”
Untuk memperkenalkan DiriNya, Dia telah menciptakan Nur Muhammad, dan menciptakan sekalian makhlukNya dari Nur tersebut, khususnya para nabi, untuk memperkenalkan tentang Keesaan Allah SWT. Dalam sebuah Hadis Qudsi yang masyhur, Allah SWT telah berfirman:
“Aku menjadikan segala perkara kerana engkau wahai Muhammad, dan Aku jadikan engkau keranaKu.”
Dalam Hadis Qudsi yang lain dinyatakan bahawa, “Kalaulah tidak kerana engkau, Aku tidak jadikan sekalian alam ini.”
Ketahuilah bahawa makhluk pertama yang diciptakan Allah SWT adalah Hakikat Muhammad SWT yang diciptakan dari Nur Jalal Allah dan dihiasi dengan Nur Jamal Allah dan ditawajjuhkan dengan Nur Kamal Allah, yakni dari sumber cahaya kebesaran, keindahan dan kesempurnaan Allah SWT.
No comments:
Post a Comment