AKU TETAPLAH AKU
Allah adalah Allah dan tidak ada apa pun yang berserta Dia. Allah yang sekarang adalah sama seperti Allah yang dahulu juga. Apabila buih berpecah, air tetap tinggal seperti dahulu juga. Buih itu pada hakikatnya, adalah air juga.
Rupa atau bentuknya adalah pada zahir sahaja, tetapi wujudnya tidak ada, contohnya air yang sekarang adalah seperti air yang dahulu juga. 'Ghayr' (yang lain) adalah tidak lebih dari hanya sekadar nama dan benda fikiran sahaja.
Oleh yang demikian, semua nama (asma) adalah manifestasi (penzahiran) daripada satu hakikat. Kadang-kadang hakikat itu lautan, kadang-kadang buih, kadang-kadang ais, dan kadang-kadang salji, kadang-kadang wap.
Demikianlah juga, kadang-kadang Allah, kadang-kadang makhluk, kadang-kadang tidak berhad, kadang-kadang berhad. Nama itu banyak, dan yang dinamai itu satu jua adanya.
No comments:
Post a Comment