AMANAT TENTANG NYAWA
Orang yang memiliki Syariat dan Hakikat dinamai Tahqik, ertinya yang benar, dan amanat itu boleh dicabut dari manusia apabila Tuhan menilik dengan kemurkaannya. Maka peliharalah amanat yang telah dititipkan oleh Tuhan kepada kita. Inilah tugas berat yang dipikulkan Tuhan kepada diri manusia iaitu pemeliharaan Ruhani.
Adapun kerana Nyawa itu urusan Tuhan, maka lemahlah orang membicarakannya. Bagi Ahli Tauhid, nyawa itu dinamai RASUL YANG BERNAMA MUHAMMAD, dan kepada Muhammad itulah, putusnya pengetahuan kita tiada sampai kepada martabat pengenalan kepada Tuhan. Hanya Muhammad itulah, wasitah untuk menyampaikan pengenalan kita kepada Tuhan.
"Ku kenal Tuhan dengan pengenalnya jua, iaitu Muhammad" Dalam hal ini bukanlah bererti kita mengenal Muhammad, tetapi kerana hanya Muhammad lah yang senantiasa berkasih-kasihan dengan Tuhan dengan tiada putusnya, kerana Muhammad itu Rahasia sifat Tuhan. Dalam peribadatan orang maqam hakikat seperti sembahyang, tafakur dan sebagainya, harus melalui Musyahadah.
Musyahadah harus melalui maqam Fana, ertinya meniadakan diri pada diri yang batin dalam erti maknawi, ertinya dalam akuan kita tiada Adam yang kasar ini, yang ada hanya Muhammad dengan Tuhan-nya. Inilah yang dimaksudkan dengan Mati Hakikat. Maka beradalah diri itu dalam keadaan setengah sedar, di sinilah batas pengetahuan kita, itulah sebesar-besar jalan Makrifat.
Adapun nyawa itu tatkala Sakaratul Maut bagaikan cahaya lampu yang kembali cahaya itu kepada lampu tatkala ia padam. Kerana cahaya lampu itu adalah hak-Nya, maka pulanglah hak itu kepada yang empunya hak.
Seperti firman Allah SWT:
"Katakanlah olehmu hai Muhammad, bahawa semua itu berada dalam genggamanKu"
Sabda Nabi Muhammad SAW:
"Aku bapa segala ruh"
"Aku bapa segala ruh"
Setelah seseorang itu berhasil pada pengenalan dirinya yang batin yang bernama Muhammad, barulah orang mengetahui wujud Muhammad itu pada rahasia ketuhanan-nya. Kerana orang yang belum mengetahui wujud batin Muhammad dan wujud Muhammad, maka orang itu selalu berada dalam keadaan dosa. Barang siapa tiada mengetahui batin Muhammad dalam Rahasia Tuhannya itu, maka sekali kali tiadalah ia mendapat kesempurnaan pada Makrifatnya.
Orang yang belum sempurna makrifatnya pada waktu Sakaratul Maut, maka nyawa orang itu akan ditilik dengan isim Kaharnya Allah. Allah Azza Wa Jalla tiada mengambil faedah atau maksud daripada apa yang diperbuatnya, kerana ia kaya dan bagi orang yang mengenalnya akan dikasihinya.
No comments:
Post a Comment