"Untuk apa mencari tempat yang jauh-jauh dan terpencil dari kebisingan orang ramai seperti mencari sebuah gua untuk bersuluk, sedangkan di dalam diri kamu itu sendiri telah adanya juga Gua Hirak sama sebagai mana gua yang pernah dihuni oleh Muhammad Rasulullah dahulunya?"
"Untuk apa sampai menunggu waktu tengah malam kerana hendak bertahajud, sedangkan kamu bila-bila saja boleh bertahajud sesudah memasuki dalam diri kamu itu tanpa ikatan siang atau pun malam?"
"Untuk apa pergi jauh sampai ke Kota Madinah untuk menziarahi Masjid
Nabawi dan Makam Rasulullah, sedangkan Rasulullah itu sentiasa sahaja
boleh kamu menziarahinya di dalam diri kamu itu sendiri?"
No comments:
Post a Comment