Friday, 28 July 2017

SIAPAKAH DIRIMU SEBENAR?

SIAPAKAH DIRIMU SEBENAR?
***** ***** ***** *****
Tuhan bertanya: Siapa kamu?
Aku menjawab: Aku si fulan.
Tuhan berkata: Aku tidak bertanya namamu, siapa kamu?
Aku menjawab: Aku anaknya si fulan dan tinggal di A lagi kerja di B.
Tuhan berkata: Aku tidak bertanya siapa orang tuamu, di mana tempat tinggalmu, dan apa pekerjaanmu, jadi siapa kamu?
Aku menjawab: Aku adalah badan ini.
Tuhan berkata: Bukan, Aku tidak bertanya tentang badan yang ada padamu, siapa kamu?
Aku berkata: Aku adalah akal fikiran.
Tuhan berkata: Bukan, Aku tidak bertanya tentang akal fikiran yang ada padamu, siapa kamu?
Aku menjawab: Aku adalah hati.
Tuhan berkata: Bukan, Aku tidak bertanya tentang hati yang ada padamu, siapa kamu?
Aku menjawab: Aku adalah rasa.
Tuhan berkata: Bukan, Aku tidak bertanya tentang rasa yang ada padamu, siapa kamu?
Aku menjawab: Aku adalah roh.
Tuhan berkata: Bukan, Aku tidak bertanya tentang roh yang ada padamu, siapa kamu?
Aku menjawab: Aku adalah hamba-Mu.
Tuhan berkata: Bukan, Aku tidak bertanya apa kedudukanmu, siapa kamu?
Aku menjawab: Aku adalah Diri-Mu.
Tuhan berkata: Bukan, Aku tidak bertanya tentang Diri-Ku yang ada dalam dirimu, siapa kamu?
---------- ---------- ---------- ---------- ----------
Dalam keadaan bingung, Aku menjawab: Tuhan, aku telah menjawab ini dan itu, tetapi Engkau selalu berkata bukan, lalu siapakah aku, wahai Tuhan?
Tuhan berkata: Renungkanlah itu, Masuklah ke dalam dirimu, lalu keluarkan dan kosongkan semua yang ada padamu! Lepaskan semua sifat yang ada padamu; namamu, badanmu, rasamu, akal fikiranmu, hatimu, rohmu, dan Diri-Ku yang ada di dalam dirimu. Lepaskan semua!Maka engkau akan tahu siapa kamu!
Setelah itu lalu aku Masuk ke Dalam diriku, Menutup semua panca inderaku, menutup semua ilmu pengetahuanku, kemudian aku Melihat Cahaya-Nya, sehingga aku seakan-akan sirna di dalam Cahaya-Nya, dan lepas dari semua; nama, badan, rasa, akal fikiran, hati dan roh.
---------- ---------- ---------- ---------- ----------
Kemudian aku berkata: Tuhan, setelah aku bisa melepaskan semua sifatku iaitu namaku, badanku, rasaku, akal fikiranku, hatiku, dan rohku. Tetapi satu yang tidak bisa aku lepaskan, iaitu Diri-Mu, kerana apabila aku lepas dari-Mu, maka aku akan Hancur, Musnah, Lenyap, Tiada.
Dan Tuhan pun berkata: Itulah dirimu!
Maka aku berkata: Maha Suci Engkau, hanya Engkaulah yang ada, dan hanya Engkaulah yang kekal abadi.

No comments:

Post a Comment