Hikmah berada di mana-mana.. Raihlah hikmah di mana pun engkau berada.. Engkau boleh sahaja berkata bahawa agamamu adalah yang paling hebat.. Ya, paling hebat menurutmu.. Itu boleh sahaja.. Tetapi engkau tidak akan mampu untuk menutup mata pada hikmah lain yang bertebaran di mana-mana.. Termasuklah yang di luar dari ruang lingkup agamamu sendiri..
Bukankah segala keberadaan yang diciptakan oleh Tuhan ada hikmahnya? Kenapa engkau menutup mata? Hikmah tidak hanya berada di dalam agamamu,, waima di dalam kitab sucimu belaka,, Tahukah engkau bahawa ritual-ritual di dalam ibadah haji sudah ada lama dahulu sebelum Nabi Muhammad lahir?
Nabi Muhammad pun memakai ritual-ritual leluhur Arab itu dalam ibadah
hajinya, tidak lantas membuangnya.. Aku sangat yakin jika Nabi Muhammad
lahir di Tanah Nusantara, baginda akan mempertahankan adat resam
tertentu di sini yang mengandungi hikmah di sebaliknya..
Kesimpulan, berhentilah menjadi seperti seekor katak di bawah tempurung.. Dan berhentilah dari menjadi pak turut di dalam ritual agama.. Dan berhentilah dari menjadi pak angguk di dalam beragama.. Semoga Allah mengurniakan hikmah kepada kita semua.. Amiin2

No comments:
Post a Comment