Wednesday, 26 July 2017

SAMBUNGAN PERBINCANGAN AKIDAH PARA NABI DAN PARA RASUL ALLAH.

SAMBUNGAN PERBINCANGAN AKIDAH PARA NABI DAN PARA RASUL ALLAH.
Asalamualaikom sahabat, kali ini saya ingin mengenengahkan perihal atau sejarah tertubuhnya kumpulan muktazila, terperangkapnya Imam Abu Hassan Asyaari dan terciptanya akidah sifat 20. Selain golongan pemuja akal, mereka juga adalah jahmiah (beriman bahawa al Quran adalah makhluk), qadariyah (TIDAK beriman kpd qada' dan qadar Allah), pemikiran mereka (kumpulan muktazila) dipengaruhi oleh pemikiran yunani kuno krn itu mereka menyebar luaskan falsafah yunani yg dipelupori oleh Socrate, Plato dan Aristoteles dan dari sinilah bermula kemudiannya pegangan agama tareqat, sufi dan tasawuf yg diamalkan kebanyakkan ulama kalaf dan kalam dan dari agama inilah juga tersebar luasnya bahawa pemujaan kubur org saleh adalah wajib (bagi ahli kumpulan) dan harus utk org awam (yg bukan ahli kumpulan).
Kota Basrah khasnya dan Iraq amnya adalah tempat berkumpulnya para ulama besar termasuk Imam Hassan Al Basri dan Imam Ash Shafie, namun sayang di sana juga berkumpulnya para penentang ulama termasuk kumpulan muktazila dan penganut agama tareqat, sufi dan tasawuf yg telah banyak menyumbang kpd kesesatan dan kesyirikkan di kalangan Umat Islam sedunia, inilah yg malangnya dan inilah yg saya berusaha menyedarkan sahabat seluruhnya tanpa jemu dan tanpa minta upah dgn harapan sahabat insaf dan berubah dari beriman dgn akidah sifat 20/hakimiyah atau akidah keturunan kpd akidah yg berlandaskan AL QURAN DAN SUNNAH agar tdk turut terperangkap dgn tipu daya iblis dan tentera syaitannya.
Inilah antara hasil dari jerih payah iblis dan tentera syaitannya dlm usaha menarik umat manusia masuk neraka beramai-ramai dan kekal bersama mereka sebagaimana nasib yg menimpa mereka, inilah juga hasilnya akibat tdk memperdulikan ilmu akidah tetapi sibuk dgn ilmu-ilmu selainnya, selain sibuk membantah-bantah tanpa ilmu tetapi krn terbiasa dgn kelesaan akidah yg anuti dan malas memikirkan tentang ilmu yg penting sebagaimana pentingnya makan, minuman, pakaian, tempat tinggal, kenderaan dan lain-lain keperluan utk menjalani kehidupan di dunia ini, krn akidah adalah bersifat makanan, minuman, pakaian dan tempat kediaman utk rohani kita.
Akidah juga adalah sebagai pembeza antara Umat Islam dan bkn islam, selain dari itu juga sebagai benteng pertahanan dari serangan musuh-musuh kita yg dipelupori oleh iblis, akidah juga adalah ibarat dahan utk kita berpaut.
Firman ALLAH Azawajalla:
مَثَلُ الَّذِينَ اتَّخَذُوا مِنْ دُونِ اللَّهِ أَوْلِيَاءَ كَمَثَلِ الْعَنْكَبُوتِ اتَّخَذَتْ بَيْتًا وَإِنَّ أَوْهَنَ الْبُيُوتِ لَبَيْتُ الْعَنْكَبُوتِ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ
"Perumpamaan orang-orang yang mengambil pelindung-pelindung selain Allah adalah seperti laba-laba yang membuat rumah. Dan sesungguhnya rumah yang paling lemah ialah rumah laba-laba kalau mereka mengetahui."(Al Ankabuut:41)
وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلائِكَةِ اسْجُدُوا لآدَمَ فَسَجَدُوا إِلا إِبْلِيسَ كَانَ مِنَ الْجِنِّ فَفَسَقَ عَنْ أَمْرِ رَبِّهِ أَفَتَتَّخِذُونَهُ وَذُرِّيَّتَهُ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِي وَهُمْ لَكُمْ عَدُوٌّ بِئْسَ لِلظَّالِمِينَ بَدَلا
"Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam", maka sujudlah mereka kecuali iblis. Dia adalah dari golongan jin, maka ia mendurhakai perintah Tuhannya. Patutkah kamu mengambil dia dan turunan-turunannya sebagai pemimpin selain daripada-Ku, sedang mereka adalah musuhmu? Amat buruklah iblis itu sebagai pengganti (Allah) bagi orang-orang yang zalim."(Al Kahfi:50)
اسْتَحْوَذَ عَلَيْهِمُ الشَّيْطَانُ فَأَنْسَاهُمْ ذِكْرَ اللَّهِ أُولَئِكَ حِزْبُ الشَّيْطَانِ أَلا إِنَّ حِزْبَ الشَّيْطَانِ هُمُ الْخَاسِرُونَ
Syaitan telah menguasai mereka lalu menjadikan mereka lupa mengingat Allah; mereka itulah golongan syaitan. Ketahuilah, bahawa sesungguhnya golongan syaitan itulah golongan yang merugi."(Al Mujadillah:19)
INSAFLAH.
Barangsiapa yg menganut akidah sifat 20 atau hakimiyah atau akidah keturunan maka:
1. Dia sedang berpaut kepada dahan yg rapuh serapuh-rapuhnya (sebagaimana bukti banyknya berlaku kesyirikan di kalangan Umat Islam sejagat)
2. Menjadi pengikut iblis jika terus menerus berpegang dgn akidah rekaan manusia walaupun telah dilarang beserta dgn bukti-buktinya yg AMAT JELAS tentang kesesatannya krn tdk berlandaskan al quran dan hadis (sesuai dgn firman ALLAH pd ayat 50 Surah Al Kahfi di atas) yang akidah tersebut atau akidah Rububiyah juga diimani oleh iblis sendiri, tentera syaitannya, kafir ahli kitab, syiah dan majusi.
Firman ALLAH:
وَإِنْ كُنْتُمْ فِي رَيْبٍ مِمَّا نَزَّلْنَا عَلَى عَبْدِنَا فَأْتُوا بِسُورَةٍ مِنْ مِثْلِهِ وَادْعُوا شُهَدَاءَكُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ
"Dan jika kamu (tetap) dalam keraguan tentang Al Qur'an yang Kami wahyukan kepada hamba Kami (Muhammad), buatlah satu surat (saja) yang semisal Al Qur'an itu dan ajaklah penolong-penolongmu selain Allah, jika kamu orang-orang yang benar."(Al Baqarah:23)
ارْجِعِي إِلَى رَبِّكِ رَاضِيَةً مَرْضِيَّةً
"Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredai-Nya."(Al Fajr:28)
Dan berikut adalah sejarah tertubuhnya kumpulan muktazila dan akidah sifat 20 serta ujudnya agama tareqat, sufi dan tasawuf pd abad ke 105 atau 110 Hijrah, bersambung, insya Allah, semuga bermanfaat, wasalamuallaikom.

No comments:

Post a Comment