SYARIAT DAN HAKIKAT
Yang sedang berlaku di kalangan masyarakat kita pada masa ini, adalah pemahaman agama secara syariat, atau pun KULIT belaka, tanpa disusuli dengan pemahaman secara hakikat, atau pun ISI nya bersama-sama.
Ketika engkau memahami agama hanya sekadar SYARIATnya sahaja, maka engkau akan melihat dirimu BERBEZA dengan umat agama lain: KITABmu berbeza, AGAMAmu berbeza, KIBLATmu berbeza, bahkan TUHANmu juga berbeza. Engkau amat mudah MENGHUKUM dan MENYALAHKAN, bahkan paling baik pun, hanya mampu untuk BERTOLERANSI.
Tetapi ketika engkau memahami agama secara HAKIKAT, engkau akan mampu melihat bahawa di sebalik perbezaan, sesungguhnya tersimpan intisari dan intipati yang SAMA. Engkau akan mudah untuk MENGHARGAI dan untuk MENCINTAI. Bahkan engkau juga akan mampu untuk BERKONGSI syurga dengan umat yang lain dari agama dan kepercayaan dari yang anda ANUTI itu.
No comments:
Post a Comment