Friday, 21 July 2017

GOLONGAN MUKARRABIN

GOLONGAN MUKARRABIN
Ertinya: orang yang paling dekat kepada Tuhan. Di atas daripada makam Mukarrabin itu, tibalah ia di puncak sehingga bersatu dengan tuhan (tunggal dalam rahasia)- maka tidak dapat lagi dibezakan atau dipisahkan di antara asyik dengan masyuknya. Dan apabila keTuhanan itu telah menjelma atau tajalli di badan dirinya, maka tidaklah lagi kehendaknya yang seperti sabda Rasulullah s.a.w.
Sabda Nabi: "Yang aku khuwatirkan terhadap umatku, ialah kelemahan dalam iman dan keyakinan. Kalau lemah dalam ibadah zahir itu, dapat diperbaiki dengan kesabaran. Kelemahan iman dan keyakinan pula, membawa lenyapnya semua amal yang lalu, yang sekarang, dan yang akan datang."
Maka daripada itu, Makrifatlah lain tidak. Kerana Makrifat itu adalah puncak segala amal, dan puncak segala kebahagiaan dunia dan akhirat, dan puncak rasa menikmati redhanya. Jadi kesempatan itu adalah "syurga" kerana adanya Makrifat dan "neraka" itu kerana terhijab. Ertinya; tidak kenal kepada Allah, dan tidak melihat Allah dalam apa yang ia lihat.

No comments:

Post a Comment