Sunday, 23 July 2017

SELAPIS FAHAM MEMANG JAHANAM

SELAPIS FAHAM MEMANG JAHANAM
Di dalam kitab, tak kira apa agama sekali pun, banyak diceritakan perihal syurga dan neraka.. Ianya banyak disampaikan di dalam bentuk kiasan.. Dan bagi yang faham filosofi, ianya menceritakan perihal kehidupan di atas dunia ini.. Jika kamu hidup bahagia, maka syurga lah.. Dan kalau kamu hidup derita, maka neraka lah..
Tetapi malangnya, ramai orang yang baca kitab, termasuklah Pak-Pak Ustaz dan Pak-Pak Lebai, hanya pada selapis faham sahaja, atau Mat Salleh kata "direct translation".. Pakat dok tunggu nikmat lepas mati, nak main dengan pelacur lah, nak minum arak lah, nak harta banyak lah.. Tapi waktu atas dunia dulu, bukan main Zuhud sekali kehidupan mereka ini..
Kalau dah nafsu tu,, nafsu jugak,, lagi-lagi yang digelar ulamak pewaris nabi.. Kamu boleh tipu golongan monyet, lembu, dan manusia separuh binatang, termasuklah kaum syariat yang kuat makan belacan; tapi kamu tidak boleh tipu Allah,, kerana Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.

No comments:

Post a Comment