Wednesday, 19 July 2017

AKU SESAT & KAFIR

AKU SESAT & KAFIR
Tetapi aku tidak hairan atas tingkah laku hamba-hamba Allah di alam dunia ini. Kerana semuanya itu terjadi atas kudrat dan kehendak Allah semata-mata.
Dunia ini adalah panggung sandiwara Allah Taaala, di mana Tuhan sendiri sebagai dalangnya. Maka kalau sudah tahu rahsianya, tentunya tenteram dan bahagia hidupnya. Dan takkan pernah mengeluh lagi.
Orang yang sudah benar-benar bulat tekadnya, tidak ada takut lagi. Kadang-kadang orang yang telah merasa nikmatnya kurnia Tuhan itu, ada yang ingin mati sahaja, iaitu mati di pangkuan Kekasih.
Orang yang demikian ini, pandangannya Allah semata, dan baik semata, dan tersenyum semata. Tidak ada lagi kebencian, buruk sangka, fitnah, dan lain-lain sebagainya.
Orang yang seperti ini selalu berkata benar, dan tidak mahu berdusta lagi. Mereka tidak pernah mengeluh dalam kemiskinan, dan merana dalam cacian orang.
Orang ini telah melekat alam hati sanubarinya sampai ke puncak ARASY perasaan redhanya, dan suci bersih RUH dan SIRNYA. Hanya dalam pandangannya; AKU semata-mata.
#ana_ALHAQ

No comments:

Post a Comment