Wednesday, 19 July 2017

BERMAKRIFAT KEPADA ALLAH

BERMAKRIFAT KEPADA ALLAH
Ya, Muhammad, engkau adalah utusanku. Sekarang engkau harus Makrifat kepadaku. Kerana engkau itu adalah bukti kehadiranku.
Dalilnya adalah: "al-insanu sirri, wa ana sirrohu."
Insan itu rahasiaku, dan aku pun rahasianya.

Jelasnya adalah, sesungguhnya rasaku ini sudah pasti, dan darjatnya tidak salah lagi Muhammad rasulullah. Dan aku menganugerahimu Buraq untuk nanti menghadapku, dan terus sampai kepada anak cucumu, lalu kepada wali-waliku.
Ini tiada batas sampai kepada hari Kiamat. Kesimpulannya apabila nabi kita Mikraj, maka kita pun Mikraj jua adanya.
Kalau tidak demikian, maka tersalahlah Makrifat kita kepada Allah Taala. Kerana hakikatnya di sekujur badan kita ini, telah menerima keadaan dalam wujud peribadi.
Jadi hakikat adam itu tadi adalah sebagai adakan perwujudan kita peribadi yang nyata kepada kita; iaitu pendengaran, penglihatan, perkataan, penciuman kita, itulah nafas kita yang sudah pasti dan Muhammad itu tadi adalah rasa jasad kita.
Sekarang meresap sekalian iaitu: penglihatan, pendengaran, pencium, pengrasa, dan pengucap. Semuanya masuk ke dalam rasa. Ujud juga adalah sebagai bukti.
Jadi pada hakikatnya seluruh rasa itu sudah menyatu atau menunggal di dalam jasad. Tentu tidak ada kekurangan lagi bukan?
Makanya sudah kita katakan dahulu tadi bahawa kalau di dalam hadis qudsi, Allah berfirman: "Tidak ada Tuhan melainkan Aku, dan Muhammad itu adalah utusan-Ku."
Makanya kita pun harus demikian juga adanya, kalau tidak, tersalahlah Makrifat kita kepada Allah dan kepada Rasulullah. Memang banyak yang dapat memahami erti dalil-dalil dan hadis-hadis yang mendalam, sekalipun mereka cuma orang awam.
Seorang guru, atau seorang ulamak, atau seorang penceramah, belum tentu dapat memahami dalil dan nas dan hadis-hadis qudsi yang mendalam dan yang penuh dengan liku-likunya. Memang sulit kalau tidak ada pertolongan, Ilham dari Tuhan rabbul alamin. Kalau hanya menggunakan akal manusia semata, sesatlah yang akan bertemu.
Jadi yang utama sekali dalam menggali ilmu ketuhanan itu, ialah tumpahan ilham dari alam ghaib, dan jangan mentafsirkan ayat Quran dan hadis menurut seleramu sendiri, kerana ayat-ayat suci Quran itu mengandungi empat pecahan makna dan pengertiannya.
Kalau mengajinya hanya selapis sahaja, memang sulit untuk mencari kebenaran mutlak. Maka dari itu wahai sekalian penuntut, ketahuilah selama akalmu masih bergelimang dalam nafsumu, selama itu pula syaitan selalu mengkuti jejakmu.
Bagaimanakah untuk mengatasi yang demikian? Untuk mengatasi dalam perjuangan pertama ialah: menyerah bulat-bulat dengan tidak ada syak wasangka lagi. Mohonlah doamu, supaya hatimu beroleh petunjuk.

No comments:

Post a Comment