Tuesday, 3 May 2016

hakikat yakin

Tangkal atau Azimat Tidak Syirik Dalam Islam, Malahan Harus!
Tuan-tuan, puan-puan, muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian.
Ramai dikalangan kita yang tersalah tafsir perkara ini. Sebenarnya sebelum kita menyingkap permasalahan ini, disini sukalah saya memberi dalil dan contoh bagi mempermudahkan faham.
Sebagai orang Islam, kita hendaklah berkeyakinan dan berpegang kepada tali agama Allah dengan sebenar-benar bertauhid kepada Allah. Bertauhid kepada Allah itu, hendaklah kita beriktikad dengan yakin yang bahawasanya nasi tidak boleh mengenyangkan kita, yang sebenar-benar mengenyangkan kita diketika makan itu, adalah Allah Taala. Ada orang yang tidak kenyang dengan makan nasi, ada orang yang tidak kenyang dengan makan roti dan ada orang tidak hilang dahaga dengan minum air!.
Ubat tidak boleh menyembuhkan kita, yang meyembuhkan kita diketika kita makan ubat itu, adalah Allah Taala. Ada penyakit yang tidak sembuh dengan makan ubat. Jika ubat boleh meyembuhkan penyakit, kenapa Raja dan Menteri yang memiliki wang berbilion itu, tetap mati walaupun pergi berubat di hospital luar negara!.
Kenderaan (kereta), tidak boleh meyampaikan kita ke destinasi yang dituju,melainkan yang meyampaikan kita ke tempat dituju itu, adalah Allah Taala. Ada orang yang naik kereta untuk pergi ke sesuatu tempat, tetapi tidak sampai kerana kemalangan jalan raya.
Api tidak boleh membakar kita, yang membakar kita itu, adalah Allah. Ada orang yang dibakar tidak hangus!. Hanya Allah yang boleh menghanguskan kita, Hanya Allah yang memasukkan senjata tajam ke dalam tubuh badan kita, Hanya Allah yang menembuskan peluru ke dalam tubuh kita, bukan peluru!. Ada orang yang tidak lut bila mana ditetak atau ditembak. Bukan air yang melemaskan kita, ada orang yang tidak mati bila lemas di sungai!.
Pokok yang harus dan wajib kita yakin dan percaya disini, bahawa hanya Allah yang memberi bekas terhadap makhluk. Makhluk tidak boleh memberi bekas terhadap makhluk. Yang memberi bekas keatas makhluk itu, adalah Allah Taala.
Begitu juga dengan keris, pendinding atau tangkal itu, tidak sekali-kali memberi bekas kepada si pemakai, yang memberi bekas itu adalah Allah!.
Yang menjadi kita syirik itu, adalah niat semasa kita pakai. Kita menaruh kepercayaan yang tangkal, ayat-ayat yang ditulis dan yang dililit di kepala atau keris yang kita pakai itu, boleh mendatangkan kebal, boleh mendatangkan kekayaan dan boleh menghalau hantu!.
Jika kita pakai kerana Allah, yang meyembuh kerana Allah dan yang membinasa kerana Allah, yang memberi untung kerana Allah dan yang kebal itu, adalah kerana Allah, ia tidak mendatangkan syirik.
Sebagai mana kita makan nasi, kita makan nasi, tetapi yang memberi kenyang itu Allah. Sekiranya kita mengaku dan beriktikad bahawa nasi boleh mengenyangkan, makan nasi itu, akan jatuh kepada syirik. Makan nasi dan minum air itu, akan jatuh kepada hukum syirik kiranya kita beriktikad yang air dan nasi itu yang mengenyangkan.
Begitu juga dengan perkara memakai azimat. Bila mana kita beriktikad yang azimat boleh memberi kekayaan itu, sama dengan kita beriktikad yang nasi boleh mendatangkan kenyang, hukumnya syirik!.
Kita beriktikad yang kereta boleh meyampaikan kita ke sesuatu tempat, syirik hukumya kita naik kenderaan. Begitu juga syirik hukumnya kita pakai tangkal, jika beriktikad yang tangkal itu boleh membuat kita kebal.
Sekiranya kita memakai azimat atau tangkal tetapi dengan beriktikad kepada Allah, malahan menjadi harus. Makan itu harus, minum itu harus, memakai azimat itu harus, naik kereta itu harus, menggunakan api ketika memasak itu harus dan memakai tangkal, keris, belitan kain yang ditulis ayat-ayat suci, itu harus, sekiranya kita beriktikad makhluk tidak memberi bekas dan yang memberi bekas itu adalah Allah, hukumnya harus.
Membakar kemenyan atau membakar colok (membakar setanggi) itu, akan menjadi syirik, jika sekiranya kita beriktikad yang kemenyan atau setanggi itu, boleh menghalau hantu!.Tetapi membakar kemenyan dikala orang mati dan sebagainya itu, menjadi harus jika beriktikad kepada Allah, malahan menjadi harus sebagai mana harus kita makan atau minum!.
Jadi marilah kita buang anggapan karut marut dan sangkaan silap atau salah sangka kita terhadap tangkal atau atau sebagainya yang selalu menjadi budaya masyarakat kita selama ini.
Mari kita sama-sama menaruh kepercayaan dan keyakinan hanya kepada Allah Taala.
Benar kata tuan itu, itulah sebenar2 iktikad atau pegangan yang kemas dan teguh. Adapun tulisan saya mengenai tangkal ini, adalah bagi menolak salah faham masyarakat kita terutama ulamak feqah. Tangkal atau azimat itu, adalah seumpama makan nasi, minum air, sebagai api, sebagai kereta, iaitu perkara-perkara yang harus kita pakai dalam hidup, tetapi bukan itu yang menjadi titik akhir. Yang menjadi titik akhir itu, adalah Allah. Bukan nasi yang mengenyangkan, yang mengenyangkan itu adalah Allah, tetapi kita harus makan nasi!
Bukan air yang menghilangkan dahaga, yang menghilangkan dahaga itu, adalah Allah, tetapi harus kita minum air dan harus kita makan nasi. Begitu juga dengan ayat-ayat Al-Quran yang dijadikan tangkal, bukan tangkal yang menyelamatkan kita dari tetak tak lut, tetapi Allah yang menyebabkan tetak tak lut! tetapi harus kita mempercayai segala itu, kerana itu pun juga adalah Allah.
Yang penting kita tidak duduk pada makhluk! Apa-apa pun duduk yang penamat atau duduk yang mutakhir dalam beriktikad itu, adalah hanya pada Allah Taala. Jika kita benar-benar orang makrifat, kita tidak lagi duduk pada makhluk!. Kita hendaklah duduk terus kepada Allah. Nasi, panadol, keris, ayat suci, air, kereta, tangkal, azimat itu, adalah hanya nama, apa ada pada nama!. Buang segala nama, mari kita duduk terus kepada Allah. La maujud bil hakqqi illalah.
Saya menulis tajuk itu, adalah semata-mata nak mengajar orang syariat, yang selalu menolak tangkal dengan mengatakannya syirik.Jangan mudah mengata syirik, syirik itu, bila kita menduakan Allah. Makan nasi pun syirik jika kita kata nasi yang mengenyangkan!.
Bagi orang makrifat, mereka itu, tidak lagi perlu pakai azimat, tangkal atau pendinding. cukuplah Allah menjadi azimat, tangkal atau pendindingnya. Tidak lagi perlu selain Allah.
Sheikh al Islam

No comments:

Post a Comment