Saturday, 21 May 2016

KITAB SIRR AL ASRAR

📖KITAB SIRR AL ASRAR

📜 Menyaksikan Allah S.w.t (Bah.1)

SAMPAI KEPADA MAKAM MELIHAT KENYATAAN ZAT YANG MAHA SUCI.

Melihat Allah ada dua jenis: Pertama melihat sifat keindahan Allah yang sempurna secara langsung di akhirat’ dan satu lagi melihat sifat-sifat ketuhanan yang dipancarkan ke atas cermin yang jernih kepunyaan hati yang tulen di dalam kehidupan ini. Dalam hal tersebut penyaksian kelihatan sebagai penzahiran cahaya keluar daripada keindahan Allah yang sempurna dan dilihat oleh mata hati yang hakiki.
“Hati tidak menafikan apa yang dia lihat”. (Surah Najmi, ayat 11).

Mengenai melihat kenyataan Allah melalui perantaraan, Nabi s.a.w bersabda, “Yang beriman adalah cermin kepada yang beriman”. Yang beriman yang pertama, cermin dalam ayat ini, adalah hati yang beriman yang suci murni, sementara yang beriman kedua adalah Yang Melihat bayangan-Nya di dalam cermin itu, Allah Yang Maha Tinggi. Sesiapa yang sampai kepada makam melihat kenyataan sifat Allah di dalam dunia ini akan melihat Zat Allah di akhirat, tanpa rupa tanpa bentuk.

Kenyataan ini disahkan oleh Saidina Umar r.a dengan katanya, “Hatiku melihat Tuhanku dengan cahaya Tuhanku”. Saidina Ali r.a berkata, “Aku tidak menyembah Allah kecuali aku melihat-Nya”. Mereka berdua tentu telah melihat sifat-sifat Allah dalam kenyataan. Jika seseorang melihat cahaya matahari masuk melalui jendela dan dia berkata, “Aku melihat matahari”, dia bercakap benar.

Allah memberi gambaran yang jelas tentang kenyataan sifat-sifat-Nya:

“Allah itu nur bagi langit-langit dan bumi. Bandingan nur-Nya (adalah) seperti satu kurungan pelita  yang di dalamnya ada pelita (sedang) pelita itu dalam satu kaca, (dan) kaca itu sebagai bintang yang seperti mutiara, yang dinyalakan (dengan minyak) dari pohon yang banyak faedah (iaitu) zaitun yang bukan bangsa timur dan bukan bangsa barat, yang minyaknya (sahaja) hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api, nur atas nur, Allah pimpin kepada nur-Nya siapa yang Dia kehendaki, dan Allah mengadakan perumpamaan bagi manusia, dan Allah mengetahui tiap sesuatu”. (Surah Nuur, ayat 35).

Perumpamaan dalam ayat ini adalah hati yang yakin penuh di kalangan orang yang beriman. Lampu yang menerangi bekas hati itu ialah hakikat atau intipati kepada hati, sementara cahaya yang dipancarkan ialah rahsia Tuhan, ‘roh sultan’. Kaca adalah lutsinar dan tidak memerangkap cahaya di dalamnya tetapi ia melindunginya sambil menyebarkannya kerana ia umpama bintang. Sumber cahaya adalah pohon Ilahi. Pohon itu adalah makam atau suasana keesaan, menjalar dengan dahan dan akarnya, memupuk prinsip-prinsip iman, berhubung tanpa perantaraan dengan bahasa yang asli.

Bersambung...

🌹بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على محمد وعلى اله وأصحابه وسلم🌹


🎋سباݢايمان تليڠا تيدق بيسا مڠنلي ورن، تيدق ڤولا مات بيسا مڠنلي سوءار; دالم كتيدكممڤوءن کيت ممبايڠکن هاكيكت-هاكيكت ڤونچك، ياءيتو الله دان روه، کيت داڤاتي ديري کيت براد د دالم سواتو ولايه د مان كونسڤ-كونسڤ ايندرا تيدق بيسا امبيل باڬين🎋

🎋Sebagaimana telinga tidak bisa mengenali warna, tidak pula mata bisa mengenali suara; dalam ketidakmampuan kita membayangkan hakikat-hakikat puncak, yaitu Allah dan ruh, kita dapati diri kita berada di dalam suatu wilayah di mana konsep-konsep indera tidak bisa ambil bagian🎋

*TENTANG BUKU SURATAN AMAL*

*Soalan* [21/05 12:07 pm] ‪+60 16-614 :
Assalamualaikum... apakah yang ingin dijelaskan tentang tutupnya buku amalan? Adakah hadis, sunnah nabi atau ayat al Quran yang menguatkan hujah ini...maaf soalan dari saya 😞yg kurang arif. Tu soalan dari sebuah group agama. Ada jawapan tak?

〰➰〰➰〰➰〰➰〰

... waalaikummussalam sedara/sedari .. maaf kelewatan .. terima kasih atas kesudian add ke grou tu .. rasanya sy tak bole lama lama dlm group tu(dll) handphone sy berat.. apapun pakman berbesar hati atas kesudian sedara/sedari masukkan pakman ke situ .. terima kasih bebanyak.

*TENTANG TERTUTUP BUKU SURATAN AMAL*

Bismillah : Kita sesama tak arif, tapi cuba jawab mana yg termampu mana yg diizinkan Allah. Ada banyak hadisnya, jika tidak salah pakman ia hadis sahih sahih belaka. Boleh carikan nanti. Sekalipun ia (jika) hadis daif, sy akan terima hadis tu tampa sangsi atas sebab di dlm matan hadis tu tiada hal yang mungkar yang mana jika kita percaya padanya, bole menyebabkan rosak aqidah/syirik pada Allah.

Tapi sesetengah pandangan (salafi wahabi) mereka tidak dapat terima dalil yg seperti ini, mereka nak semua org islam mendengar hujah mereka yang mana mereka lebih cenderung untuk anggap semua hadis hadis daif ( yg lemah ranting periwayatannya) sebagai hadis mungkar/palsu. Maaf jika sedara/sedari beraliran Salafi.

Berkenaan hadis tentang tertutupnya amal tu, ia cuma sekadar penyataan tentang cacatan amal kita pada setiap tahun yang telah ditulis para malaikat setiap hari.

*Pendetailannya* : Jika pada tahun itu dosa maksiat & amal soleh kita sama banyak dlm buku catatan itu *(buku suratan amal @ List Mendetail Dosa & Pahala Kita Pada Allah Setiap Tahun)* maka buku catatan amal yang akan *ditutup & disimpan* pada penghujung tahun itu.

Ia akan menjadi 2 hal utama yang sangat penting.

Bagi pahala amal soleh yang tertulis itu, ia akan menjadi bonus @ saham akhirat kita yang akan ditimbang pada neraca timbangan suratan amal di akhirat nanti.

Tetapi sebelum ia ditimbang Allah akan segala kebaikan pahala pahala ini, buku amal yang banyaknya sama banyak dengan bilangan tahun usia manusia di dunia ini lingkungan (99 -100), *Usia atas 90 ke 100 Allah dah tak kira dah.

Buku tu akan melalui suatu proses penyaringan (Quality Control) bagi menentukan yang mana satu amal soleh yang tinggi nilai qualitynya & yang rendah qualitynya.

 (Contohnya pahala *Kusyuk dlm solat*) .. ada pahala solat yang hingga *melebihi 100 darjat kemuliaan*, iaitu pahala kusyuknya solat para Wali Wali Allah (dan peniru mereka) yang menyembah Allah dengan sebenar-benarnya hakekat *menyembah pada level kusyuk yang sangat tinggi.

Menyembah di dlm level maqam yang *sangat mencintai Allah* hingga telah hilang alam maya ini pada saat mereka menyembah Allah.

Khusyuk level tinggi ini hanya dapat diperolehi setelah kita mencintai dengan apa yang *kita sembah tu (Allah Maha Tercantik)* 👉🏻✨👰🏻✨ .. dan *rasa zauk kecintaan* pada Allah tu hanya akan terbit di dalam hati setelah kita dapat "mengenali-Nya" dan dapat meresap rasa *Kecantikan (Sifat Jamal) Wajah Allah SWT* di dalam hati kita saat kita bersolat menyembah Zat Wajah-Nya.

Maka amal soleh yang seperti di atas ini akan menjadi sangat berat di dalam buku buku Suratan Amal .. hinggakan saat ia *di angkat naik kelangit*, para malaikat Allah terpaksa bergotong royong ramai ramai mengangkatnya untuk melepasi 7 petala pintu langit untuk diserahkan pada Allah SWT untuk di simpan.

 Saat buku buku ini melalui proses saringan di pintu langit dan di akhirat kelak, mana mana amal soleh yang rendah qualitynya _(contoh : solat tidak khusyuk/solat sunat tidak iklas & dilakukan tampa rela dll)_ maka ia akan *diringankan nilainya* walaupun ia banyak jumlahnya.

Tapi ada juga makhluk yang sikit kebaikannya, tetapi beratnya mengalahkan amal soleh orang yang banyak melakukannya. Semua ini adalah rahsia Allah di dalam ilmu pengetahuan-Nya buat sesiapa yang "dikehendaki-Nya."

Maka selepas buku buku catatan amal ini dibuat saringan (Quality Control) .. maka barulah segala berat berat kebaikan dan amal soleh ini akan ditimbang pada neraca penimbang amal setelah ia ditolak dengan hutang hutang kita atas sesama manusia.

Kita buat salah dengan orang, maka berat pahala amal soleh kita akan diserahkan pada orang itu, (contohnya) 10.000 kirat berat pahala dari buku amal akan ditolak atas 1 kesalahan kita atas sesama manusia bergantung sejauh mana berat dosa itu pada orang yang kita zalimi tersebut. Lalu berat dosa dosa orang itu pula akan Allah pindahkan pada buku suratan amal kita jika pahala kita telah habis langsai kering di tolak Allah.

Atas sebab itu kita perlu meminta maaf atas orang orang yang pernah kita buat kesalahan/zalimi di atas dunia ini supaya Allah tidak menolaknya di akhirat. Menyesal kita.


Bagi dosa dosa @ maksiat yang telah kita lakukan sepanjang tahun yang tertulis pada tahun tersebut, *ia akan menjadi hutang* kita kepada Allah. _*Perlu mencari jalan melangsaikannya pada Allah sebelum mati - iaitu Bertaubat Nasuha sebenar-benarnya lalu mengikut Nasihat® & Petunjuk®.*_

Contohnya dosa tertinggal solat dengan sengaja, ataupun dosa menderhaka pada ibu bapa, ataupun dosa kita ayas sesama insan, lalu kita terlupa untuk bertaubat & meminta maaf @ penghalalan & ampun pada tahun tersebut, maka ianya akan menjadi beban *hutang yang berkekalan* hingga kita mati nanti. Dosa tersebut akan berkekalan tinggal di dalam buku suratan amal kita pada yang telah lepas & tahun yang telah lama kita lewati di masa silam - 10 - 20 tahun hingga kita dah lupa dosa tersebut, namun dosa dosa tersebut *tetap kekal terpahat mati* pada buku buku suratan amal kita yang telah lepas.

 Jika ia terlalu banyak dipenuhi dengan dosa dosa, maka ia akan menjadikan buku suratan amal soleh kita yang cantik itu menjadi berparut parut penuh daki higgakan ia bagaikan hampir menjadi hitam.. Inilah buku buku suratan amal golongan yang tercela yang menzalimi dirinya mereka sendiri.

Jika tidak mahu mencari jalan untuk mendatangkan kesedaran dan keinsafan lalu mencari jalan bertaubat, maka dosa dosa kesalahan ini akan *mengalahkan berat pahala kebaikan* kita pada neraca timbangan mizan di akhirat nanti.

Buku buku *hutang silam* kepada Allah hanya mampu dibersihkan dengan 3 hal :

1) Taubat nasuha berjanji dengan Allah tidak akan mengulangi dosa dosa tersebut. Dan segala kealpaan silam yang tertulis di dalam buku suratan amal silam hendaklah digantikan dengan 3 hal :

a) Perbanyak Istifar - Menebus kealpaan jasad di masa silam.

b) Perbanyak Selawat - Menebus kealpaan hati di masa silam.

c) Perbanyak Zikirullah - Menebus kealpaan Roh di masa silam.

2) Memperbanyakkan amal soleh pada tahun tahun berikutnya, maka kesalahan dosa dosa silam yang kecil & sederhana *kepada Allah* akan beransur terpadam mendap hilang sedikit demi dari buku suratan amal yang silam sedikit tampa pengetahuan kita.

Ini adalah rahsia di dalam pengetahuan Allah, para malaikatpun tidak mengetahuinya. Kan Allah itu Maha Pengampun & Maha Penyembunyi aib cela para hamba yang dikasihi-Nya?

Seboleh-bolehnya Allah tak mahu mendedahkan dosa dosa kita di akhirat nanti. _*Berilah "peluang" kepada Allah untuk Allah menutup segala dosa dosa kita di masa silam, terkini dan yang akan datang dengan cara kita berusaha untuk memperbaiki diri untuk menjadi "insan terbaik"® di sisi Allah SWT® .. kita berusaha sahaja.*_

.. Jika ada *keiklasan ingin menjadi insan terbaik* disertai dengan *mata hati yang hidup & celik* ... yakinlah bahawa Allah akan membantu kita _(Surah al-Iklas Ayat : 3 & Surah al-Fatihah Ayat : 5)_ untuk menjadi insan-insan terbaik di sisi-Nya seperti umat silam & para Wali-Wali® dari umat zaman Salafussoleh® yang pernah mendapat *Bimbingan* secara terus dari Allah.

Jika Allah pernah membimbing umat di masa silam, maka Dia juga sudi untuk membimbing kita umat di zaman kerosakkan ini. Tapi syaratnya hati perlu dibersihkan & _"nawaitu" hati kita harus diluruskan terlebih dahulu @ Niat Mujahadah Iman, Akal, Hati & Jasad, barulah Allah bantu kita._Barulah firman Allah surah al-Iklas Ayat : 3 & Surah al-Fatihah penghujung Ayat : 5 _*dimakbulkan Allah.*

Zaman ini ramai umat muslim yang membaca ayat di atas ini setiap hari .. tapi hati-hati mereka masih di dalam _Kesesatan yang berpanjangan *dan tidak mendapat petunjuk & bimbingan Allah* .. mereka menyangka mereka mampu membersihkan hati dengan *tampa perlu mendapat Bimbingan & Pertolongan Allah*, tapi mereka *TERSILAP*._

3) Meminta maaf atas dosa kita sesama manusia, hingga pada tahap hati
(contoh ja) : _"Ah Chong, Ah Meng, Mutusami, Mr.Robert sy minta maaf pada awak semua, dosa dosa sy silam menyebabkan kamu masih lagi kafir, maafkan saya kerana saya telah gagal membawa kamu kepada ajaran Islam, maafkan saya, saya yang bersalah atas kekafiran kamu."_

_Inilah salah satu contoh sikap hatinya bakal bakal ahli syurga Allah. Allah ingin insan insan yang mempunyai hati berquality seperti ini. Inilah ciri ciri "ahli taubat" yang bermula dari sikap hati yang suci lagi bersih, sebagaimana doanya Uwais Al Qarni.

4) Perlu *perbanyak Istifar*, atas kerana *para ahli pengamal Istifar* di lidah dan di hati, mereka sangat mudah diampunkan atas dosa dosa pada buku suratan catatan amal silam ..

Keutamaan pengamal istifar :
1) Allah memberi rezeki dengan jalan yang tak disangka sangka.
2) Allah ampunkan segala dosa dosanya di masa silam.

_"Walau sebanyak mana dosa dosamu walaupun sebanyak bueh bueh di lautan, Aku akan ampunkan dan Aku tidak peduli"_ (maksud hadis Qudsi & hadis)

5) Mencari jalan membersihkan hati, lalu mencari jalan membersihkan amal soleh agar semuanya iklas Lilla'hitaala _(Menuntut ilmu Tasawuf & Ilmu Akhlak Sufi dan Wali Wali)_

6) Mencari jalan untuk mengenal Allah .. maka dosa dosa kealpaan silam kita akan Allah lupuskan dengan begitu cepat dan pantas *selagi mana kita tidak meninggalkan jalan Mengenal Tuhan itu.*

_(menuntut ilmu Tasawuf para Wali Wali Allah untuk mencari Redha® & Cinta Allah® berusaha menjadikan hati sebagai mana hatinya golongan Khusus @ Para Wali @ Ahlillah @ Ahlullah)_

7) Jaga ukhwah dengan sesama umat islam tampa memilih-milih status kedudukan.

Saat bergaul dengan ahli ibadah, kita minta doa keredhaan Allah dari mereka..

Saat bergaul dengan ahli Sufi, kita minta mereka nasihat pemutihan qalbi..

Saat bergaul dengan ahli maksiat, kita pula beri mereka nasihat & bimbingan. Jangan jadikan status keagamaan diri kita sebagai suatu alasan "pemutus" hubungan kita dengan _mereka (ahli dunia)_

 Jangan memusuhi atau membenci mereka walaupun mereka memusuhi & membenci kita, kasihi mereka dengan ehsan seperti mana Allah mengasihi & ehsan kepada kita,  bimbingilah mereka untuk _"kembali mendengar nasihat-nasihat silam"

🔱 Sebaik-baik _*Penasihat® di langit*_ adalah Allah SWT.

🔱 Sebaik-baik _*Penasihat® di bumi*_ adalah Rasulullah SAW.

🔱 Dan selepas ketiadaan Nabi, sebaik-baik _*Penasihat®*_ adalah nasihat para *Wali®*.

🔱 Dan selepas itu, sebaik-baik _*Penasihat®*_ adalah golongan Ahlul Zikri/Arifbillah *Sufi®.*

🔱 Dan selepas itu sebaik-baik _*Penasihat®*_ adalah para alim *Ulama®.*

P/S : Setiap *Arifbillah Sufi®*itu sudah tentu mereka adalah *Ulama®* warasatul'ambiak  .. Tetapi setiap alim *Ulama®* itu belum tentu mereka adalah *Sufi®* yang mengamalkan apa yang mereka "warisi dari nabi" (ilmu pengetahuan al sunnah tinggalan Nabi) @ Ulama Suk. Mereka ada ilmu agama tetapi berpaling dari petunjuk Rasulullah & hati masih gilakan dunia yang fana.

_*"Agama itu adalah Nasihat®, inti ajaran agama itu juga adalah Nasihat®, dan yang mampu membaiki buku catatan suratan amal silam juga adalah dengan mendengar Nasihat®.*_

Wallahu'alam - pms. 🔱🙏🏻🔱


🔱 *ZIKIRULLAH SENJATA PARA WALI* 🔱
*MEMBAIKI BUKU SURATAN AMAL SILAM*
〰➰〰➰〰➰〰➰〰

*Dari Abdullah bin 'Amr; Rasulullah bersabda* :

_Seorang dari umatku dipanggil pada hari kiamat di depan semua makluk. Lalu diperlihatkan untuknya *99 Buku besar* berisi dosa-dosanya, setiap *buku panjangnya sejauh mata memandang.*_

_Kemudian Allah berkata padanya : Apakah ada yang engkau ingkari dari *buku-buku* tersebut? Apakah malaikat pencatatku mendzalimu kamu? Apakah kamu punya alasan?_

Sang hamba menjawab: _Tidak , Ya Rab. Allah bertanya lagi: Apakah kamu punya kebaikan? Sang hamba dengan rasa malu menjawab: Tidak ada ya Rab._

Allah berkata :

_Tapi engkau punya kebaikan pada kami, dan pada hari ini *kamu tidak akan didzalimi.* Lalu dikeluarkan untuknya sebuah kartu (buku) berisiأشهد أن لا إله إلا الله وأن محمدا عبده ورسوله (dua kalimat syahadat)._

Sang hamba bertanya: _Ya Rab .. apa yang bisa diperbuat oleh kartu ini dengan *buku-buku besar* itu?_

Allah menjawab :

_"Kamu tidak akan didzalimi. Lalu *buku-buku besar* itu (yang berisi Dosa Dosa) ditaruh pada satu piring timbangan dan *kartu (yang berisi Zikirullah)* itu di piring yang satunya lagi, tiba-tiba *buku-buku besar* itu terangkat dan *kartu* itu (lebih) berat ditimbangannya."_ [Sunan Ibnu Majah: Sahih]


*Iman Dan Amal Saleh®*

_Allah Telah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan yang beramal saleh, (bahwa) untuk mereka keampunan dan pahala yang besar._ [Al-Maidah:9]


*Sifat Sabar®*

_Kecuali orang-orang yang sabar (terhadap bencana), dan mengerjakan amal-amal saleh; mereka itu mendapat ampunan dan pahala yang besar._ [Huud:11]


*Sifat Takwa®*

_Dan barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, niscaya dia akan menghapus kesalahan-kesalahannya dan akan melipat gandakan pahala baginya._ [Ath-Thalaaq:5]


*Mendengar Nasihat®*

_Sesungguhnya kamu Hanya memberi peringatan (nasihat) kepada orang-orang yang *mahu mengikuti peringatan* dan yang takut kepada Tuhan yang Maha Pemurah walaupun dia tidak melihatnya. Maka berilah mereka kabar gembira dengan ampunandan pahala yang mulia. [Yasiin:11]


*Rahmat Takutkan Kepada Allah®*

_Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada Tuhannya yang tidak nampak oleh mereka, mereka akan memperoleh ampunan dan pahala yang besar._ [Al-Mulk:12]



*Sifat Takwa Penyebab Keselamatan ®*

*Dari Abu Hurairah ; Rasulullah bersabda* :
_Ada seorang laki-laki yang melampaui batas terhadap dirinya (banyak melakukan dosa), ketika maut akan datang menjemput ia berwasiat kepada anak-anaknya :_

_"Jika aku mati maka bakarlah jasadku kemudian haluskan kemudian taburkan pada angin kencang, karena demi Allah jika Allah mampu membangkitkan aku maka Ia akan menyiksaku dengan siksaan yang tidak pernah ditimpakan pada seseorangpun."_

_Maka ketika ia mati, anaknya melaksanakan wasiat bapaknya. Lalu Allah memerintahkan bumi: "Kumpulkan debu orang itu yang ada padamu"._

_Maka tiba-tiba orang itu bangkit, lalu Allah bertanya padanya: "Apa yang mendorongmu memberi wasiat seperti itu?" Ia menjawab : "Ya Tuhanku .. karena aku takut pada-Mu". Maka Allah mengampuninya._ [Sahih Bukhari dan Muslim]


*Salat 5 Waktu Dan Puasa Ramadhan®*

*Dari Abu Hurairah;  Rasulullah bersabda* :

_Salat lima waktu, ibadah jum'at ke jum'at berikutnya, ibadah Ramadhan ke Ramadhan berikutnya, adalahpenghapus dosayang dilakukan di antaranya, jika meninggalkan dosa besar._[Sahih Muslim]


*Sempurnakan Wuduk & Iktikaf®*

*Dari Abu Hurairah; Rasulullah bersabda* :
_Maukah kalian kutunjukkan amalan yang bisa menghapuskan dosa-dosa dan mengangkat derajat? Sahabat menjawab: Tentu, ya Rasulullah! Rasulullah bersabda: Menyempurnakan wudhu di waktu sulit, banyak melangkah ke mesjid, dan menunggu salat setelah salat, maka itulah sebenar-benarnya ikatan._

*Perbanyakkan Sujud®*

*Dari Tsauban ; Rasulullah bersabda* :
_Hendaklah engkau memperbanyak sujud kepada Allah, karena sesungguhnya engkau tidak sujud kepada Allah kecuali Allahakan mengangkatmu satu derajat, dan menghapus darimu satu dosa._ [Sahih Muslim]

*Bersamaan dengan imam mengucapkan "amiin" dan "Allahumma Rabbana lakalhamd"®*

*Dari Abu Hurairah ; Rasulullah bersabda* :
_Jika imam membaca}غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَاالضَّالِّينَ{, maka ucapkanlah "آمين", karena sesungguhnya barangsiapa yang bertepatan ucapannya dengan ucapan para Malaikat maka akan diampuni dosanya yang telah lalu._ [Sahih Bukhari]

*Dan dari Abu Hurairah; Rasulullah bersabda* :
_Jika imam membaca"سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ" , maka ucapkanlah "اللَّهُمَّ رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ", karena sesungguhnya barangsiapa yang bertepatan ucapannya dengan ucapan para Malaikat maka akandiampuni dosanyayang telah lalu._ [Sahih Bukhari dan Muslim]

*Zikir Setelah Salat®*

*Dari Abu Hurairah ; Rasulullah bersabda* :
_Barang siapa yang membadaسُبْحَانَ اللهِdi setiap selesai shalat 33x,الْحَمْدُ لِلَّهِ33x, danاللهُ أَكْبَرُ33x, semuanya 99, kemudian menyempurnakannya 100 dengan membaca ...لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَعَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌDosa-dosanya akan diampunisekalipun jumlahnya sebanyak buih di lautan._ [SahihMuslim]

*Solat Sunat Ramadhan®*

*Dari Abu Hurairah ; Rasulullah bersabda* :
_Barangsiapa yang salat tarwih di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharap pahala maka akandiampuni dosa yang telah lalu._ [Sahih Bukhari dan Muslim]

*Sunat Malam®*

*Dari Abu Hurairah; Rasulullah bersabda* :
_Barangsiapa yang salat lailatul qadri dengan penuh keimanan dan mengharap pahala maka akandiampuni dosanyayang telah lalu._ [Sahih Bukhari dan Muslim]

*Puasa Sunat®*

*Dari Abu Qatadah; Rasulullah bersabda* :
_Puasa di hari 'Arafah aku berharap kepada Allah akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya dan setahun setelahnya, dan puasa di hari 'Asyura aku berharap kepada Allah akan menghapuskan dosa satu tahun sebelumnya._ [Sahih Muslim]

*Ibadah Haji®*

*Dari Abu Hurairah; Rasulullah bersabda* :
_Barangsiapa yang menunaikan ibadah haji lalu ia tidak mengeluarkan perkataan yang menimbulkan berahi yang tidak senonoh atau bersetubuh (rafats), dan tidak berbuat fasik, maka iakembali suciseperti baru dilahirkan oleh ibunya._ [Sahih Bukhari dan Muslim]

*Dari Abu Hurairah ; Rasulullah bersabda* :
_Umrah ke umrah berikutnya adalahpenghapus dosayang terjadi diantara dua umrah itu._ [Sahih Bukhari dan Muslim]


*Berbuat Baik Kepada Ibu®*.

Ibnu Umar berkata : _Seorang laki-laki datang kepada Rasulullah dan bertanya : Sesungguhnya aku telah melakukan dosa besar, apakah ada tobat bagiku? Rasulullah bertanya: Apakah engkau masih memiliki ibu? Ia menjawab: Tidak. Rasulullah bertanya lagi: Apaka engkau memiliki tante (saudari ibu)? Ia menjawab:Ya. Rasulullah bersabda: Berbuat baiklah padanya._ [Sahih At-Targiib wa At-Tarhiib]


*Berbuat Baik Kepada Mahluk Hidup®*

Dari Abu Hurairah ; Rasulullah bersabda :
_Di saat seekor anjing berada di sekitar sumur hampir mati kehausan, tiba-tiba seorang pezina dari kaum Bani Israil melihatnya lalu ia membuka sepatunya dan memberi minum anjing tersebut. Makadosanya diampunikerena perbuatannya itu._ [Sahih Bukhari dan Muslim]


*Sedekah Jariah®*

_Ambillah zakat dari sebagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan(dari dosa) dan *mensucikan (hati) mereka.*_ [At-Taubah:103]

Dari Ka'b bin Ujrah; Rasulullah bersabda :
 Sedekah menghapuskan dosa seperti air memadamkan api. [Sunan Tirmidzi: Sahih]


*Jihad Perang Di Jalan Allah®*

_Dan Allah melebihkan orang-orang yang berjihad atas orang yang duduk (tidak berperang karena uzur) dengan pahala yang besar, (yaitu) beberapa derajat dari pada-Nya,ampunanserta rahmat. dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang._ [An-Nisaa': 95-96]


*Mati Syahid Perang Di Jalan Allah®* :

_Dan sungguh kalau kamu gugur di jalan Allah atau meninggal (bukan Karena peperangan tapi atas jalan dakwah), tentulah keampunan Allah dan rahmat-Nya lebih baik (bagimu) daripada harta rampasan yang mereka kumpulkan._ [Ali 'Imran:157]


*Membebaskan Kesulitan Sesama Muslim®*

*Dari Abu Hurairah; Rasulullah bersabda* :
_Ada seorang pedagang memberikan utang kepada orang-orang, jika ia mendapati orang yang lagi kesulitan (tidak bisa melunasi utangnya) ia berkata kepada pelayannya : Abaikan saja utangnya, semoga Allah juga mengabaikan dosa-dosa kita. Maka Allah pun mengabaikan dosa-dosanya._ [Sahih Bukhari dan Muslim]


*Menghormati hadits Rasulullah®*

_Sesungguhnya orang yang merendahkan suaranya di sisi Rasulullah mereka Itulah orang-orang yang Telah diuji hati mereka oleh Allah untuk bertakwa, bagi mereka ampunandan pahala yang besar._ [Al-Hujuraat:3]


*Menghadiri Majlis Zikir dan ilmu®*

*Dari Abu Hurairah; Rasulullah bersabda* :
_Sesungguhnya Allah memiliki malaikat yang berkeliling mencari orang-orang yang berzikir dan menuntut ilmu .. Lalu Allahberkata kepada para Malaikat: Aku persaksikan kepada kalian sesungguhnya Aku telahmengampuni dosa-dosa mereka._ [Sahih Bukhari dan Muslim]


*Tahlilan Pagi dan Petang®*

*Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda* : Barangsiapa yang membaca di waktu pagi ...لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ،لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ ، وَهُوَعَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ _Ia akan mendapatkan pahala memerdekakan budak dari anak Nabi Ismail, dan dicatat baginya sepuluh kebaikan, dan dihapus darinya sepuluh dosa, dan diangkat baginya sepuluh derajat, dan akan dilindungi dari syaitan sampai sore. Dan jika ia baca di waktu sore, maka akan mendapatkan sepertinya sampai pagi._ [Sunan Abi Daud: Sahih]


*Zikirullah Lidah Dan Hati®*

*Dari Mu'az bin Jabal ; Rasulullah bersabda* :
_Tidak ada satu amalan manusia pun yang lebih mampu menyelamatkannya dari siksa Allah daripada *berzikir mengingat Allah.*_ [Musnad Ahmad: Sahih]

*Dan dari Abu Hurairah; Rasulullah bersabda* :
_Barangsiapa yang membacaسُبْحَانَ اللَّهِ وبحمده, dalam sehari 100 kali maka dosa-dosanya akan dihapus sekalipun banyaknya seperti buih di lautan._ [Sahih Bukhari dan Muslim]

*Dan dari Abu Sa'id & Abu Hurairah ; Rasulullah bersabda* :
_Sesungguhnya Allah telah memilih empat dari perkataan :سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ، وَاللهُ أَكْبَر,maka barangsiapa yang mengucapkan:سُبْحَانَ اللهِ, Allah mencatat untuknya 20 kebaikan dandihapus darinya 20 keburukan. Dan barangsiapa yang mengucapkan:اللهُ أَكْبَرُ,ia akan mendapatkan seperti itu juga. Dan barangsiapa yang mengucapkan:لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ,ia akan mendapatkan seperti itu juga._

_Dan barangsiapa yang mengucapkan:الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينdari dirinya tampa ada sebab, akan dicatat untuknya 30 kebaikan dan dihapus darinya 30 keburukan._ [Musnad Ahmad: Sahih]


*Meninggalkan Dosa Besar®*

Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar di antara dosa-dosa yang dilarang kamu mengerjakannya, niscaya kamihapus kesalahan-kesalahanmu (dosa-dosamu yang kecil) dan kami masukkan kamu ke tempat yang mulia (surga). [An-Nisaa':31]


*Kesimpulan®*

إِنَّ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَالْقَانِتِينَ وَالْقَانِتَاتِ وَالصَّادِقِينَ وَالصَّادِقَاتِ وَالصَّابِرِينَ وَالصَّابِرَاتِوَالْخَاشِعِينَ وَالْخَاشِعَاتِ وَالْمُتَصَدِّقِينَ وَالْمُتَصَدِّقَاتِ وَالصَّائِمِينَ وَالصَّائِمَاتِ وَالْحَافِظِينَ فُرُوجَهُمْ وَالْحَافِظَاتِ وَالذَّاكِرِينَ اللَّهَ كَثِيرًا وَالذَّاكِرَاتِ أَعَدَّ اللَّهُ لَهُمْ مَغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا { ]الأحزاب: 35[

 *Tafsiran Sufi Surah Al-Ahzaab Ayat 35*🔱

_Sesungguhnya laki-laki dan perempuan yang *Muslim (golongan Awam),* laki-laki dan perempuan yang *Mukmin (golongan Khusus),* laki-laki dan perempuan yang tetap dalam *ketaatannya* (Berpegang al Sunnah dlm menjalani syariat), laki-laki dan perempuan yang *benar* (jujur lidah & pebuatannya), laki-laki dan perempuan yang *sabar* (saat ditimpa ujian-Nya), laki-laki dan perempuan yang *khusyuk* (solatnya), laki-laki dan perempuan yang *bersedekah* (infak harta), laki-laki dan perempuan yang *berpuasa* (sunat/wajib), laki-laki dan perempuan yang *memelihara kehormatannya* (dari hal tercela Zahir Jasad & Batin Hatinya), laki-laki dan perempuan yang *banyak menyebut (nama) Allah* (zikirullah Lisan, Hati & Akal), Allah Telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar (iaitu balasan syurga Allah yang bertingkat-tingkat @ golongan Khusus syurga paling atas & golongan Awam syurga tingkat paling bawah)._ [Al-Ahzaab:35] PMS®

_Wallahu'alam - Yang Baik & Yang Benar Hanya Dari Allah__

NISFU SYA’BAN: HENTIKAN PENYEBARAN HADIS PALSU

Abd al-Razzaq bin A.Muthalib

Adalah sesuatu yang tidak dapat dinafikan bahawa bulan Sya’ban mempunyai kelebihannya tersendiri. Namun, menggalakkan orang ramai beribadah pada bulan ini dengan disebarkan hadis-hadis yang palsu adalah dilarang sama sekali. Kebanyakan hadis-hadis yang disebarkan adalah menyentuh tentang kelebihan menghidupkan malam Nisfu Sya’ban serta solat dan doa yang khusus pada malam ini. Begitu juga dengan puasa sunat khusus pada hari Nisfu Sya’ban.

a) Hadis tentang kelebihan menghidupkan malam Nisfu Sya’ban

Tidak terdapat hadis sahih yang menyebut bahawa Nabi saw menghidupkan malam Nisfu Sya’ban ini dengan amalan-amalan yang khusus seperti sembahyang sunat yang khas atau doa-doa tertentu. Malah semua hadis tersebut adalah lemah dan palsu. Di antaranya ialah:

- Hadis yang diriwayatkan daripada Ali ra: ((Apabila tiba malam Nisfu Sya’ban, maka bangunlah kamu (menghidupkannya dengan ibadah) pada waktu malam dan berpuasalah kamu pada siangnya, kerana sesungguhnya Allah swt akan turun ke langit dunia pada hari ini bermula dari terbenamnya matahari dan berfirman: “Adakah sesiapa yang memohon ampun daripada-Ku akan Ku ampunkannya. Adakah sesiapa yang memohon rezeki daripada-Ku, akan Ku kurniakan rezeki kepadanya. Adakah sesiapa yang sakit yang meminta penyembuhan, akan Ku sembuhkannya. Adakah sesiapa yang yang meminta daripada-Ku akan Ku berikan kepadanya, dan adakah begini, adakah begitu dan berlakulah hal ini sehingga terbitnya fajar))..

Hadis ini adalah maudhu’, diriwayatkan oleh Ibn Majah dan al-Baihaqi di dalam Syu’ab al-Iman. Rujuk Dhaifah al-Jami’ dan Silsilah al-Dhaifah oleh al-Albani, Dhaif Ibn Majah.

- Diriwayatkan daripada Ibn Umar ra bahawa Rasulullah saw bersabda: ((Barang siapa membaca seribu kali surah al-Ikhlas dalam seratus rakaat solat pada malam Nisfu Sya’ban ia tidak keluar dari dunia (mati) sehinggalah Allah mengutuskan dalam tidurnya seratus malaikat; tiga puluh daripada mereka mengkhabarkan syurga baginya, tiga puluh lagi menyelamatkannya dari neraka, tiga puluh yang lain mengawalnya daripada melakukan kesalahan dan sepuluh lagi akan mencegah orang yang memusuhinya)).

Hadis ini menurut Ibn al-Jauzi adalah Maudhu’. (Rujuk Ibn al-Jauzi, al-Maudhu’at, Dar al-Fikr, cet. 1983, 2/128). Imam al-Daruqutni pula meriwayatkan hadis ini daripada Muhamad bin Abdun bin Amir al-Samarqandi dan dia mengatakan bahawa Muhamad adalah seorang pendusta dan pembuat hadis. Pendapat ini juga sama seperti yang disebut oleh Imam al-Zahabi bahawa Muhamad bin Abdun terkenal sebagai pembuat hadis.

- Diriwayatkan daripada Ja’far bin Muhammad daripada ayahnya berkata: ((Sesiapa yang membaca pada malam Nisfu Sya’ban seribu kali surah al-ikhlas dalam sepuluh rakaat, maka ia tidak akan mati sehingga Allah mengutuskan kepadanya seratus malaikat, tiga puluh menyampaikan khabar gembira syurga kepadanya, tiga puluh menyelamatkannya dari neraka, tiga puluh akan mengawalnya dari berbuat salah dan sepuluh akan menulis mengenai musuh-musuhnya)). Ibn al-Jauzi turut menghukum hadis ini dengan maudhu’.

Kebanyakan hadis-hadis yang menyebut tentang amalan-amalan yang khusus seperti solat, doa dan sebagainya adalah tidak sahih. Justeru, tidak ada amalan–amalan atau ibadah khusus yang disunatkan untuk dilakukan pada malam Nisfu Sya’ban seperti solat tertentu yang dinamakan solat al-Alfiyah atau membaca sesuatu surah (seperti surah Yaasin) supaya dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, ditetapkan iman atau sebagainya. Jika amalan ini thabit, pasti Rasulullah saw akan mengajarkannya kepada para sahabat dan generasi selepas itu akan menyampaikannya kepada kita.

Al-Hafiz al-Iraqi berkata: ((Hadis tentang solat pada malam Nisfu Sya’ban adalah maudhu’, direka cipta dan disandarkan kepada Rasulullah saw. Hal ini juga disebut oleh al-Imam al-Nawawi di dalam kitabnya al-Majmu’: “Solat yang dikenali sebagai solat al-Raghaib iaitu solat sebanyak dua belas rakaat antara Maghrib dan I’syak pada malam Jumaat pertama bulan rejab dan solat sunat pada malam Nisfu Sya’ban sebanyak seratus rakaat adalah dua jenis sembahyang yang bid‘ah (ditokok tambah dalam agama)). (Rujuk: Abd al-Aziz bin Abdullah bin Baaz, al-Tahzir min al-Bida’, cetakan ke-3, Uni.Islam Madinah, hal. 14).

Syiekh Abd al-Aziz bin Abdullah bin Baaz berkata: ((Dan di antara perkara-perkara ibadah yang direka cipta oleh manusia ialah merayakan malam Nisfu Sya’ban dan berpuasa sunat khusus pada siangnya, dan tidaklah ada sebarang dalil yang mengharuskan perkara ini. Riwayat yang menyatakan tentang kelebihan amalan ini adalah dhaif dan tidak boleh berhujah dengannya. Ada pun riwayat yang menyebut tentang kelebihan solat yang khas, semuanya adalah maudhu’ seperti mana yang telah dijelaskan oleh kebanyakan ahli ilmu)).

(Abd al-Aziz bin Abdullah bin Baaz, al-Tahzir min al-Bida’, hal. 11).

Ulamak kontemporari masa kini, Syiekh Dr. Yusof al-Qaradhawi juga menyatakan di dalam fatwanya: ((Tentang malam Nisfu Sya’ban, tidak terdapat hadis-hadis yang sampai ke martabat sahih yang menyebut tentangnya, kecuali ia berada di martabat hasan di sisi sebahagian ulama, dan terdapat juga sebahagian ulama yang menolaknya dan mengatakan bahawa tidak terdapat sebarang hadis sahih tentang malam Nisfu Sya’ban, sekiranya kita berpegang bahawa hadis tersebut berada di martabat hasan, maka apa yang disebut di dalam hadis tersebut ialah Nabi saw hanya berdoa dan beristighfar pada malam ini, tidak disebut sebarang doa yang khusus sempena malam ini, dan doa yang dibaca oleh sebahagian manusia di sesetengah negara, dicetak dan diedarkannya adalah doa yang tidak ada asal sumbernya (daripada hadis sahih) dan ia adalah salah)).

Beliau menambah lagi: ((Terdapat juga di sesetengah negara yang mereka berkumpul selepas solat Maghrib di masjid-masjid dan membaca surah Yaasin, kemudian solat dua rakaat dengan niat supaya dipanjangkan umur, dan dua rakaat lagi supaya tidak bergantung dengan manusia, kemudian membaca doa yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari kalangan salaf, dan ia adalah doa yang bercanggah dengan nas-nas yang sahih, juga bersalahan dari segi maknanya)). (Al-Qaradhawi, Fatawa al-Muasarah (Kuwait: Dar al-Qalam, cet.5, 1990), 2/379-383)

Para ulama muktabar lain seperti Syiekh al-Islam Ibn Taimiyah, Imam al-Suyuti, Abu Bakr al-Turtusyi, al-Maqdisi, Ibn Rejab dan lain-lain lagi juga menafikan akan wujudnya amalan ibadah yang khas pada malam Nisfu Syaaban ini. Namun, ini bukanlah bererti malam ini tidak mempunyai kelebihannya, bahkan terdapat hadis-hadis yang thabit yang menyebut akan fadhilat dan kelebihannya, tetapi tidak dinyatakan tentang amalan ibadah khas yang perlu dilakukan. Maka sebarang ibadah yang dilakukan pada malam tersebut tidak boleh disandarkan dengan mana-mana hadis atau pun menganggapnya mempunyai kelebihan yang khas dan tidak juga dilakukan secara berjemaah. Hal ini telah disebut al-Imam al- Suyuti: ((Dan pada malam Nisfu Sya’ban itu padanya kelebihan, dan menghidupkannya dengan ibadah adalah digalakkan, tetapi hendaklah dilakukan secara bersendirian bukan dalam bentuk berjemaah)). (Rujuk: al-Suyuti, al-amru bi al-ittiba’ wa al-nahyu an al-ibtida’(Beirut: Dar al-kutub al-Ilmiyah, cet. 1, 1998), hal 61)

b) Hadis tentang kelebihan puasa yang khas pada hari Nisfu Sya’ban.

Berhubung dengan amalan puasa yang khas pada Nisfu Sya’ban, tidak terdapat hadis sahih yang menjelaskan perkara ini, malah ia adalah hadis yang lemah. Tetapi jika seseorang itu berpuasa berdasarkan amalan Nabi saw yang memperbanyakkan puasanya pada bulan ini dan termasuk di dalamnya hari Nisfu Sya’ban, maka ini adalah suatu amalan yang baik dan digalakkan. Begitu juga jika seseorang itu mengamalkan puasa sunat Hari Putih dan termasuk di dalamnya hari yang ke -15 pada bulan ini atau puasa sunat yang dilakukan pada hari Isnin dan Khamis. Jika puasa ini dilakukan pada Nisfu Sya’ban sahaja dengan menganggap ia adalah sunnah, maka inilah yang dilarang. Menurut Dr Yusof al-Qaradhawi: ((Di dalam kaedah syara’, tidak dibolehkan untuk menentukan sesuatu hari khusus untuk berpuasa atau sesuatu malam yang tertentu untuk dihidupkan dengan ibadah tanpa bersandarkan kepada nas syara’ kerana sesungguhnya urusan ibadah ini bukanlah urusan yang sesiapa pun berhak menentukannya, tetapi ia adalah hak Allah semata-mata)).

(Rujuk Al-Qaradhawi, Fatawa al-Muasarah, 2/343)

c) Hadis tentang amalan akan diangkat pada malam Nisfu Sya’ban.

Terdapat juga pendapat yang mengatakan bahawa segala amalan manusia akan diangkat pada malam Nisfu Sya’ban. Justeru, kebanyakan umat Islam akan menghidupkan malam ini dengan membaca surah-surah tertentu dengan niat supaya dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan ditetapkan iman. Pendapat ini adalah tidak tepat dan tidak terdapat hadis-hadis sahih yang menjelaskannya.

Demikianlah beberapa perkara yang sering diperbincangkan di dalam bulan Sya’ban ini. Semoga melalui beberapa hadis yang dibawa ini serta pendapat para ulama, jelaslah kepada kita tentang kedudukan hadis-hadis tersebut di sisi ulama hadis.

Ketahuilah sesungguhnya segala perkara yang melibatkan soal pahala, keberkatan, fadhilat dan kelebihan adalah hak milik kekal Allah swt. Tidak ada seorang makhluk pun yang boleh mendakwa dan menjanjikan sebarang fadhilat atau keberkatan tertentu dengan mereka cipta amalan-amalan yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah saw dan para sahabat. Marilah sekali lagi kita menyemak dan memastikan segala amalan ibadah yang kita lakukan ini adalah bertepatan dengan sunnah Rasulullah saw untuk melayakkan amalan tersebut diterima disamping diiringi dengan keikhlasan kepada Allah swt. Ayuhlah kita bersama-sama membenteras kegiatan penyebaran hadis-hadis palsu dan dusta di kalangan masyarakat kita. Semoga kita semua akan mendapat pertolongan dan diberikan kekuatan oleh Allah swt

[21/05 6:25 pm] KALAM QADIM: Amalam paling utama mlm nisfu syaaban
[21/05 6:25 pm] KALAM QADIM: Mohon keampunan Allah
[21/05 6:25 pm] KALAM QADIM: 😭

No comments:

Post a Comment