Monday, 23 May 2016

ANJING?

SAHIHKAH HADIS MASUK SYURGA KERANA BERI AIR KEPADA ANJING?

Assalmualaikum..sy ingin kn pencerahan..sy lihat ramai ank muda skrg suka berkongsi cerita tentang kisah pelacur yg memberi air kpd anjing msk syurga..dan para alim ulama' ade juga ke neraka..spt menggalakkan berkelakuan utk tidak menurut perintah agama..boleh doktor ustaz ceritakn pd sy cerita penuh ttg pelacur yg ke syurga?sememangnya pelacur itu langsung tidak menjalankn tgungjawab agam @ beroleh hidayah dr Allah slps mmberi minum pd anjing menjadikn dia ahli syurga..?terima kasih

Jawapan:

Waalaikumussalam wbt.

Ia hadis Sahih. Dalam Sahih al-Bukhari terdapat dua hadis berkaitan hal ini. Satu berkaitan seorang pelacur, dan satu lagi berkaitan seorang lelaki.

Kisah seorang pelacur:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ـ رضى الله عنه ـ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ  " غُفِرَ لاِمْرَأَةٍ مُومِسَةٍ مَرَّتْ بِكَلْبٍ عَلَى رَأْسِ رَكِيٍّ يَلْهَثُ، قَالَ كَادَ يَقْتُلُهُ الْعَطَشُ، فَنَزَعَتْ خُفَّهَا، فَأَوْثَقَتْهُ بِخِمَارِهَا، فَنَزَعَتْ لَهُ مِنَ الْمَاءِ، فَغُفِرَ لَهَا بِذَلِكَ ".
Daripada Abu Hurairah radiallahu 'anhu, Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: Seorang wanita pelacur diampuni oleh Allah. Wanita itu lalu berhampiran seekor anjing di sebuah perigi. Anjing itu hampir mati kerana kelaparan. Lalu wanita itu menanggalkan seliparnya, kemudian mengikatnya dengan tudung kepalanya, lalu mengambil air untuk anjing tersebut. Wanita itu diampuni kerana hal tersebut.
[Sahih al-Bukhari, Kitab Bad'i al-Khalqi, Bab Iza Waqa'a az-Zubab Fi Syarab..., hadis no: 3321].

Dalam riwayat lain menunjukkan wanita itu daripada Bani Israel.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ـ رضى الله عنه ـ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم  " بَيْنَمَا كَلْبٌ يُطِيفُ بِرَكِيَّةٍ كَادَ يَقْتُلُهُ الْعَطَشُ، إِذْ رَأَتْهُ بَغِيٌّ مِنْ بَغَايَا بَنِي إِسْرَائِيلَ، فَنَزَعَتْ مُوقَهَا فَسَقَتْهُ، فَغُفِرَ لَهَا بِهِ ".
Daripada Abu Hurairah radiallahu 'anhu, Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: Ketika seekor anjing sedang mengelilingi sebuah perigi dan hampir sahaja kehausan membunuhnya. Seorang wanita pelacur daripada Bani Israel melihatnya. Wanita itu membuka kasutnya dan memberi anjing itu minum. Dosanya diampuni kerana hal tersebut.
[Sahih al-Bukhari, Kitab Ahadis al-Anbiya', Hadis no: 3467].

Kisah seorang lelaki:

 عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم  " أَنَّ رَجُلاً رَأَى كَلْبًا يَأْكُلُ الثَّرَى مِنَ الْعَطَشِ، فَأَخَذَ الرَّجُلُ خُفَّهُ فَجَعَلَ يَغْرِفُ لَهُ بِهِ حَتَّى أَرْوَاهُ، فَشَكَرَ اللَّهُ لَهُ فَأَدْخَلَهُ الْجَنَّةَ ".
Daripada Abu Hurairah radiallahu 'anhu, Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam menceritakan bahawa seorang lelaki melihat seekor anjing memakan tanah kerana kehausan. Lalu lelaki itu mengambil kasut lalu memberikan air kepada anjing itu dengan kasut tersebut sehingga anjing itu hilang dahaga. Lalu Allah bersyukur kepada lelaki itu dan memasukkannya ke dalam syurga.
[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Wudhu, Bab Iza Syariba Al-Kalb.., hadis no: 173].

Wallahua'lam.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

"Bukan dari golongan kami, orang yg tidak mengasihi yg kecil dan tidak menghurmati yg tua, tidak menyuruh berbuat yg baik dan melarang berbuat yg jahat"

- Sabda Rasulullah S.A.W

Sucikanlah hatimu daripada segala sesuatu selain Allah, niscaya akan datang rahsia-rahsia Kalamullah ( Khitab Allah )

Hati yg telah merdeka daripada selain Allah itu adalah tempat simpanan segala rahsia Allah

- BUTA SELAIN ALLAH

No comments:

Post a Comment