Wednesday, 18 May 2016

hakikat cari

Mencari Unta Yang Hilang
(Naik Unta Untuk Cari Unta)
Tuan-Tuan yang dirahmati Allah sekalian. Mencari Allah itu, adalah sesuatu yanng tidak payah dan tidak susah. Sehingga sampai kepada tahap tidak lagi perlu dicari. Apakah cincin yang dicari itu, masih hendak dicari?
Yang hendak digalas itu, sebenarnya sudah pun di bahu tuan-tuan!
Umpama tuan-tuan mencari unta yang hilang, sedangkan kamu sudah berada di atas belakang unta yang hilang, bagaimana mungkin akan ketemu?
Mencari sesuatu yang teramat dekat dan mencari sesuatu yang teramat hampir itu, apabila dicari dia akan semakin menghilang (semakin kehilangan).
Tuan-tuan mencari sesuatu barang dengan mata, sedangkan barang yang dicari itu berada di luar mata! Mana mungkin akan bertemu.
Pandangan mata itu buta! Untuk mencari itu, carilah dengan pandangan penglihatan, kerana pandangan tidak pernah buta (pandangan tidak guna mata untuk melihat). Penglihatan atau pandangan itu, tidak perlu menggunakan mata untuk mencari. Oleh itu renung dan carilah dengan penglihatan dan jangan cari dengan mata! Barang yang kamu cari itu, sedang berada berada di luar mata, masakan mungkin boleh dicari dengan mata!
Mata bersifat buta sedangkan pandangan tidak pernah buta. Oleh itu lihatlah dengan pandangan. Orang makrifat itu, adalah orang yang dapat melihat dalam buta. Lagi buta mata, lagi terang Allah, lagi buta mata, lagi jelas Allah…
Lebih baik buta dari tidak berpenglihatan! Orang makrifat itu, melihat Allah dalam buta matanya! Setelah buta matanya, barulah Allah itu terang dan jelas (nyata). MELIHAT DI DALAM BUTA, itulah makrifat! Hal itu, adalah terlebih baik berbanding CELIK TETAPI BUTA.
Allah tidak berjirim dan tidak berjisim (tidak berhuruf dan tidak bersuara). Allah itu, bukan sekadar nama. Sebenar-benar Allah itu, adalah Tuan yang empunya nama (Sebenar-benar Allah itu, adalah nama yang tidak berhuruf dan tidak bersebutan (tidak berlafaz).
Apa ada pada nama? Nama tidak menggambarkan apa-apa (NAMA TIDAK BOLEH MENGGAMBARKAN APA-APA BENTUK ATAU RUPA UNTUK DITAFSIRKAN). Sebenarnya Allah itu berada di luar mata. Janganlah cuba-cuba untuk mencari Allah dengan mata! Sebenarnya Allah itu berada di dalam penglihatan dan Allah berada di dalam pandangan.
Allah berada di dalam pandangan dan Allah berada di dalam penglihatan walaupun tidak dilihat dengan mata. Walaupun dilihat dengan mata, bentuk dan rupanya tidak dapat digambarkan (laisa kamislihi syaiun atau bersalahan dengan yang baharu).
Sebutan yang keluar dari kedua bibir mulut itu, adalah semata–mata khayalan mata! Walaupun disebut dengan bibir, itu adalah semata-mata khayalan! Maaf jika saya terlampau lantang. Dengan kelantangan itulah sebenarnya ilmu. Jika paku diketuk perlahan, tentunya tidak masuk, paku itu hendaklah diketuk dengan kuat (dengan lantang) baru masuk! Kelantangan saya itulah, yang selalu disalah erti oleh orang yang melihat dengan mata!
Orang yang mengkritik tulisan ini, adalah mereka-mereka yang buta. Oleh itu, jadilah orang yang berpenglihatan dan berpandangan, supaya tidak buta mata hatinya…
Sekian dulu dari saya. Semoga kita beroleh faham yang sebenar-benar faham, dan semoga kita beroleh yakin yang sebenar-benar yakin. InsyaAllah
Ana Al-Haq
LikeShow More Reactions

No comments:

Post a Comment