Tuesday, 3 May 2016

hakikat maqam

Ilmu makrifat itu, ada tujuh tahap..
Ilmu makrifat itu, ada tujuh maqam..
1) Maqam taubat
2) Maqam warak
3) Maqam zuhud
4) Maqam fakir
5) Maqam sabar
6) Maqam tawakal
7) Maqam redha
Keujuh-tujuh tangga (maqam) itu, adalah melibatkan penyucian hati secara kesufian (pemurnian hati secara makrifat). Tujuh pemurnian hati diatas, adalah penyucian hati mengikut turutan tertib dari satu maqam kepada suatu maqam.
Setiap tangga penyucian hati itu, adalah bertujuan untuk sampai kepada tahap tercapainya “pembebasan hati dari segala ikatan dunia”. Bertujuan untuk mencipta kedudukan atau suasana hati yang tidak lagi terpandang makhluk!.
Suasana hati orang-orang yang berada didalam ketujuh-tujuh maqam tersebut itu, adalah orang yang memandang bahawa setiap apa yang dicipta oleh Allah dan setiap apa yang belum tercipta itu, tidak lagi berharga dihatinya. Tidak berharga itu, seumpama tertanggalnya sehelai bulu roma dari tubuhnya!. Tamak kepada dunia atau tertilik hati kepada makhluk itu, merupakan mata pedang yang sedang membunuh kehidupan para sufi!.
Kehidupan seorang ahli makrifat atau seorang ahli sufi itu, adalah orang yang merdeka jiwanya dari tertilik makhluk!.
Untuk menikmati ketujuh-tujuh tangga ilmu rasa itu, adalah mereka-mereka yang sanggup membelakangi selain Allah secara mutlak atau membelakangi dunia secara total. Rasa makrifat kepada Allah itu, “tidak boleh dimadu” dengan mahluk!. Rasa ingat kepada Allah itu, tidak boleh dimadu dengan ingat kepada makhluk!.
Tidak mungkin tercapai hati seseorang untuk sampai kepada tahap penyucian hati dari ikatan atau belenggu dunia, selama dunia atau selama sifat makhluk ini masih terlekat dihatinya!. Untuk menyisihkan hati dari tertakluk kepada dunia itu, hendaklah melalui tujuh maqam rasa atau tujuh martabat rasa!. Selepas melalui tujuh maqam itu, barulah datangnya ilmu “rasa”.
Beza rasa orang awam berbanding rasa orang makrifat itu, adalah rasa makrifat orang awam itu, adalah diatas dasar “terlepas dari dosa-dosa”. Manakala rasa makrifat orang makrifatullah itu, adalah diatas dasar “tidak lalai dari mengingati Allah!”.
Admin Khairul Mukmin

No comments:

Post a Comment